Sambut Birthday Semanis Kek Red Velvet

Yeay! Hari yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah syukur berpeluang lagi merasa nikmat dunia dengan pertambahan umur tapi tetap maintain forever 21, boleh? Ada yang sama birthday dengan Fiza ke? Happy birthday untuk mereka yang sambut birthday 7 February harini. Terasa lebih disayangi hari ni. Of courselah kan! 


Thank you husband untuk kek red velvet yang sentiasa menjadi pujaan hati dan juga hadiah yang tak sangka-sangka dapat. Kali ni husband buat surprise bagi hadiah kotak besar pula. Ehem, dapat oven besar yang baru. Nak suruh isteri masak macam-macam lah tu kan. Sebelum ni ada oven kecil pun tak berapa nak rajin juga. Macamana tu? 


Tak tahu lah nak potong kek macamana baru nampak cantik. Kena panaskan pisau besi dan potong baru nampak cantik agaknya lah kan macam kat kedai kek buat. Tak cantik takpe, janji kek red velvet tak pernah mengecewakan! Manisnya awak!


Terima kasih untuk semua yang mendoakan dan memberikan ucapan birthday. Sangat-sangat menghargainya.


Ya Allah, panjangkan umur kami, sihatkan badan kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan, dan jauhkan kami dari kejahatan, kabulkan segala keperluan kami, baik dalam agama, dunia, mahupun akhirat. Sesungguhnya Kau adalah Dzat Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah kami memohon kepadaMu, keselamatan di dalam agama, kesejahteraan pada tubuh, penambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati, dan keampunan setelah mati.
Aaminn...

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. happy birthday akak. semoga sentiasa dlam lindungnaNya. ameen

    ReplyDelete
  2. Happy birthday fiza.. semoga bahagia selalu ye

    ReplyDelete
  3. Happy birthday sis!­čśŐ serius terliur tengok kek red velvet tu! Haha

    ReplyDelete
  4. AMIN..betullah tu,semanis kek red velvet tu...hehehe

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Fiza. Semoga diberi kesihatan yang baik sentiasa. Ameen :)

    ReplyDelete
  6. Amin. Selamat ulangtahun kelahiran utk Fizah. sehari je selang dengan Anniversary Qekra ;)

    ReplyDelete
  7. Alamak, Happy Belated Birthday !
    AMIN, Semoga segala impian tercapai, dimurahkan rezeki dan always diberkatiNYA....

    Manisnya tuuu, amboiiiii........ hadiah apa lagi dapat tuu..hahaa..sebok je Nona nih tau!

    ReplyDelete
  8. kek red velvet mmg sedappp. nak wish lagi lah.. hepy belated besday akak syg. doa busyra smoga akak dan husband sntiasa dalam lindunganNYA.. amin ya Rabb. <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.