Resepi Brownies Kedut Senang Ya Amat!

Brownies, sejenis kejadian kek bantat yang semakin popular dan digemari ramai termasuklah Fiza. Kalau dapat merasa sepotong brownies pun dah cukup nikmat terasa. Sekarang memang ramai yang jual brownies dan bermacam jenis ada. Kalau disuruh memilih memang nak pilih semua jenis dan rasa sebab rasa brownies tak pernah mengecewakan.

Dah lama rasanya Fiza nak makan brownies yang sedikit banyak sebab selama ni dapat merasa makan sepotong dua potong je. Itupun bila ada terhidang masa kenduri kahwin. Ikutkan memang ramai kenalan yang menjual brownies tapi sayang semua jauh-jauh. Yang dekat ada tapi ikut masa juga. Kena pula masa teringin makan tapi dia tak buat. Kecewa!

Nak order yang jauh, risau pula tentang pos takut brownies rosak. Rugi pula nanti. Kebetulan husband hadiahkan oven besar sikit daripada sebelum ni, dapatlah juga semangat baru nak membakar kek dan sejenis dengannya. Paling utama nak buat brownies! So boleh makan anytime. Gigih la mencari resepi yang mudah. 


Dah cari resepi, makanya berkumpulllah segala bahan-bahan untuk buat brownies kedut. Kedut ke tidak? Kena tunggu dah siap nantilah. Newbie baru nak belajar faham-faham lah ye. Yang dah otai-otai silalah beri tunjuk ajar mana yang silap. Fiza guna resepi brownies kedut menggunakan sukatan cawan sebab senang nak sukat.


Resepi Brownies Kedut Senang


Bahan A 
1/2 cawan butter (pure butter)
1 cawan dark chocolate ( Fiza guna dark compount chocolate)

Caranya : Cairkan chocolate dan butter menggunakan microwave. Kalau takde, gunakan kaedah double boiler. Dah cair, kemudian ketepikan dahulu.

Bahan B 
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur ( Gred A )

Caranya : Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Tak perlu pukul lama hanya perlu sebati sahaja.

Bahan C 
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko 
Secubit garam 

Caranya : Ayak semua bahan

Adunan Brownies
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam bekas adunan B dan kacau sebati menggunakan whisk dan masukkan sedikit demi sedikit bahan C. Kacau bagi sebati je tak perlu terlebih kacau.
2. Sapukan butter pada loyang 8'x8'. Alas loyang dengan menggunakan baking paper dan baking paper juga perlu disapu dengan butter. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan almond.
3. Sebelum bakar panaskan oven dahulu 160c.
4. Bakar pada suhu 160c dalam masa 40 minit.

Setelah masak, jangan keluarkan terlebih dahulu. Renggangkan sedikit pintu oven dan masa ni kedutan brownies akan menjadi. 


Nampak tak kedutan yang menjadi tu. Tapi bab potong masih failed. Kena belajar lagi ni. Kira menjadi brownies kedut Fiza ni. Rasa pun sedap!


Lepas ni nak buat lagi tebal sikit gunakan loyang kecil dan tinggi sikit.

Selepas tu boleh cuba buat bermacam jenis brownies lagi. 

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. dah lama teringin nak buat tapi takbuat buat jugak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..samalah, baru ni ada kerajinan nak membuat.

      Delete
  2. ya Allah sedap gila nampak. xleh jadi ni. meleleh dah air liur ni

    ReplyDelete
  3. Haish sedap brownies. Teringat brownies masa adik bertunang aritu. Tapi tak puas makan. Yela hak orang kan. Ni dah ada resepi ni bolehlah cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kejadian kek bantat ni, entah bila lah nak mencuba buat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kejadiannya cantik dan rasa juga cantik tapi kena perbaiki lagi nih

      Delete
  5. Sedapnyaaa..tambah2 makan dgn eskrem vanila. yum2.

    ReplyDelete
  6. waaaah jadi cantik tu dan sedap paling penting.. buat lagi kasila kami2 sikit hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hehe..kalau sebelah rumah dah bagi dah :)

      Delete
  7. MashaALLAH sisturrr..meleleh air liur aih!!!!!!
    Ok, nak kena beli microwave nampaknyaaaaaaaa.....kedutan yang sedappp...haha~
    Good try, boleh baiki skill memotong ....huhu

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa! Okay simpan siap siap resepi ni.

    ReplyDelete
  9. wahhh senang yang amat..mummy kena cuba ni..ehhe

    ReplyDelete
  10. dah lama teringin nak buat brownies..tapi sampai sekarang tak buat .hadoiii

    ReplyDelete
  11. dapnya akak. brownies.. bayangkan kalau makan time tengah menaip entri blog.. hehe. terliur!~

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak buat brownies
    Tak sempat nak buat hahaha
    Tp syirah mmg peminat tegar browniess
    Aaaa sedapnya..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.