6 Tips Mudah Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru.

Perempuan bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, instant ke dan macam-macam jenis lagi. Mesti dah berpuluh-puluh koleksi dan mungkin ada yang sampai satu almari koleksi tudung dia. Tak mustahil ada banyak macam tu. Koleksi Fiza setakat ni cuma ada 3 laci bertingkat je. Itupun mana yang tak pakai banyak letak kat kampung je. Kalau tak, memang boleh jadi ada satu almari kecil koleksi tudung je. 


Nak buang sayang. Nak simpan tapi tak pakai, rugi juga kan. Kadang tu jual murah-murah je. Boleh buat koleksi baru? Errr, tu dah di kira menambah koleksi baru lagi. Almaklumlah fesyen tudung ni sentiasa berubah. Kenalah ikut up to date koleksi fesyen tudung terkini kononnya. Tapi lepas dah habis musim tetap juga dengan fesyen yang sama sebab dah terbiasa dan selesa pakai macam yang biasa kita pakai. Betul tak?

Bagi kau orang yang mempunyai banyak koleksi tudung tu, mungkin ada sesetengah tudung tu akan jadi tudung favourite kau orang dan selalu pakai tudung tu. Tapi kalau selalu pakai secara kerap memang agak kusam lah tudung tu. Macamana nak jaga tudung biar nampak macam baru? Haa, kau orang ikut 6 Tips mudah penjagaan tudung sentiasa nampak macam baru ni. Hari-hari lebih bersemangat nak pakai tudung yang cantik dan nampak baru gitu.

6 Tips Mudah Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru.


1. Gunakan Pelembut Fabrik.

Pertama sekali, kau orang gunakan pelembut fabrik tak kisah jenama apa sekalipun. Rendamkan tudung seketika didalam air suam yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci beserta bahan pelembut. Pastikan sabun pencuci tu jenis cecair ye bukan jenis serbuk. Kemudian bilas tudung dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun ataupun kesan pelembut fabrik melekat pada tudung. Sidai macam biasa.

2. Jangan Sental Terlalu Kuat.

Untuk mengelakkan tudung kau orang cepat rosak, sebaiknya cuci tudung dengan cara menyental tudung dengan menggunakan tangan atau menggunakan kaedah ramas je dengan lembut. Kalau ada kotoran, boleh gunakan berus atau gunakan tangan dan gosok perlahan-lahan sampai kotoran hilang pada tudung.

3. Jangan Cuci Tudung Menggunakan Mesin Basuh.

Jangan masukkan tudung kau orang dalam mesin basuh dan basuh bersama dengan baju-baju lain sebab akan merosakkan kain tudung kau orang. Kain tudung kan diperbuat daripada fabrik yang lembut. Kalau nak basuh menggunakan mesin basuh, pastikan masukkan tudung ke dalam bekas berjaring supaya fabrik tudung tak rosak.

4. Tidak Terdedah Dengan Cahaya Matahari Terik.

Memang cepat kering kalau sidai tudung bawah cahaya matahari terik. Tapi kau orang kena beringat, tudung yang disidai di bawah cahaya matahari akan menyebabkan warna tudung kau orang cepat pudar sama macam baju-baju kau orang juga. jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya matahari.

5.  Gosok Tudung Dengan Suhu Yang Sesuai.

Disebabkan jenis fabrik tudung ada pelbagai jenis, kau orang kena tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tudung tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan silk kainnya memang lembut, jadi kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung kau orang terbakar.

6. Simpan Dengan Betul.

Ada banyak cara untuk menyimpan tudung kau orang yang banyak tu. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada yang lipat dan susun elok dalam almari atau laci  mengikut jenis-jenis tudung. Pastikan caranya simpannya betul mengikut jenis tudung kau orang. Kalau jenis bawal dan shawl lipat je. Tapi kalau tudung sarung tu sebaiknya gantung untuk elakkan awning dia elok berbentuk. 

Sebenarnya ada banyak lagi tips penjagaan tudung, ini sebahagian yang Fiza baca dan kongsikan dengan kau orang. Kalau ada lagi tips penjagaan tudung yang lain, tinggalkan dalam kotak komen ye. Jangan lupa sharing is loving.

😜

9 comments:

  1. betul tu.. tudung kena jaga kalau tidak memang kain akan rosak.. tq for the tips ^^

    ReplyDelete
  2. tips yang sangat2 bagus ni.
    mmang akan ada tdung fav kita kan. smpai lusuh2 da warna dia.hehhee

    ReplyDelete
  3. Nice tips. Selalu mmg basuh guna tangan je, habis malas baru campak mesin. Lepastu menyesal. Hahaaa

    ReplyDelete
  4. Tips penjagaan tudung ni sangat-sangat penting bagi perempuan haa.. nak jaga tuding pun ada tips juga ..

    ReplyDelete
  5. ala...baru baca tips ni...
    tudung dah selamat dah dalam mesin basuh...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kita setia gan bawal je tapi itulah tudung lagi banyak dari baju

    ReplyDelete
  7. yu betul. biasa tudung basuh tangan jer..

    ReplyDelete
  8. betul sgt tips fiza bg tu..Inshaa Allah akan dipraktik kan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.