Pisang Goreng Hipster

Tuesday, November 07, 2017

Zaman sekarang bermacam-macam jenis makanan ada. Makanan tradisional banyak di ubah suai menjadi makanan tradisional moden yang kebanyakkannya menjadi viral dan di jual di sana sini. Contohnya pisang goreng cheese yang pernah menjadi viral dan mendapat sambutan ramai. Sampai sekarang masih lagi dijual. Terbaru, pisang goreng hipster pula dah. Nak tahu macamana rupa pisang goreng hipster tu, sila tengok gambar di bawah ini.

pisang-goreng-hipster
Pisang Goreng Hipster

Kalau pisang goreng cheese di taburkan cheese parut dan adakalanya ditaburkan pecahan biskut oreo. Tapi pisang goreng hipster ni ada macam-macam benda manis. Lain macam betul rupa pisang goreng zaman sekarang ni. Siap ada coklat, kekacang dan entah apa lagi diletakkan pun Fiza tak pasti.

Katanya pisang goreng hipster ni kau orang boleh makan di B.L.O.C Johor Bahru. Silalah cari kalau nak cuba rasa. Apakah rasanya? Mungkin sama macam banana chocolate? Daripada gambar macam nampak ada aiskrim juga atas tu kan?

Macam-macam jenis pisang goreng ada. Itu belum yang di lenyekkan baru di goreng tu. Entah apa namanya pun tak pasti. Pisang lenyek goreng tu katanya popular di Thailand. Thailand memang terkenal dengan makanan-makanan macam ni. Lepas tu merebak masuk Malaysia terus viral.

Tapi kalau Fiza, pisang goreng cicah sambal kicap juga paling sedap! Orang johor je makan cara macam tu. Kalau pergi negeri lain beli pisang goreng tak dapat sambal kicap. Tapi kalau di Johor, beli pisang goreng siap sekali pakej dengan sambal kicap.

With Love,
image

34 comments

  1. zaza takpernah lagi rasa pisang mcm ni..kt sini belum jumpa lagi yg jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah! Fiza pun belum rasa lagi sebab belum nampak orang jual kat sini

      Delete
  2. Replies
    1. memang nampak sedap. Kalau dapat rasa lagi sedap :)

      Delete
  3. Pisang goreng kat sini pun ada sambal kicap. Kalau pisang hipster ni taktau lah apa rasanya ye..semuanya manis jer nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang nampak manis semuanya. tak boleh makan selalu..hihi

      Delete
  4. Sedap sungguh nampak dengan aiskrim, coklat :) nyum2

    ReplyDelete
  5. Jauhnya nak pergi sampai ke Johor. Siqah suka makan pisang goreng crispy. Sedap!

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sedap. Hahah. Macam macam jenis pisang dah ada sekarang.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah tengok gambar pun dh terliuq . Tue belum lagi rasa .huhhh ..kat perlis mana nak cari pisang goreng hipster ni ..huaahuaaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh buat sendiri CCL. beli coklat, celup je. hihi

      Delete
  8. hee~ habis semua makanan nak dihipsterkannye..

    ReplyDelete
  9. sedap la rupa.

    makan mesti nak lagi dan lak lagi nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya nak lagi nak lagi tu.tak elok makan manis selalu..hihi

      Delete
  10. kriuk kriuk perut tgk gabar goreng pisang hipster ni.
    tapi mmg betui cicah sambal kicap juge yg win:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii..lagi terliur kalau cakap cicah sambal kicap tu.

      Delete
  11. macam2 la mknan zmn skrg ni.. tp plng best pisang goreng original jgk..
    hipster ni kalo try sekali blh la kot.. hihi

    ReplyDelete
  12. mcm2 cara pisang goreng di komersialkan. tapi mama pun suka pisang goreng cicah sambal kicap johor fuhh sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang macam ni biasanya bermusim tapi cicah sambal kicap sampai bila bila bermusim..hihi

      Delete
  13. nampak sedap tapi saya tetap suka yang original punya. Hehe

    ReplyDelete
  14. Anak2 muda sekarang mmg otak terlebih ligat hahaha
    Mcm2 nk dihipsterkan.

    Kak fiza nnti mai singgah blog syirah taw hehehe

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu