Kek Oreo Cheese Viral Guna 3 Bahan

Sunday, November 19, 2017

Makanan viral kembali lagi. Masing-masing pakat cuba buat kek oreo cheese guna 3 bahan je. Ya, guna 3 bahan sahaja dah boleh siapkan kek oreo cheese yang super sedap katanya. Setakat ni Fiza belum terjebak lagi sebab bahan-bahannya belum beli lagi. Teringin juga nak menjebakkan diri dan mencuba rasa kek oreo cheese tu.

Dengar cheese pun dah rasa sedap bagi seorang yang suka cheese. Memandangkan menggunakan 3 bahan je, of courselah cara buatnya pun mudah je. Jom lah kita ramai-ramai cuba buat kek oreo cheese viral ni. Sebenarnya guna 2 bahan je iaitu susu dan biskut oreo. Bahan ketiga iaitu cheese untuk topping je.


Difahamkan bahan-bahan dan cara seperti ni sebenarnya dah lama wujud cuma masa tu tak wujud lagi media sosial dan perkataan viral tu. Kalau dah guna perkataan viral mestilah terlajak famous bila dah tersebar kan. Cakap banyak tak guna, jom kita buat kek oreo cheese!

Bahan-Bahan
Biskut Oreo ( 2 paket saiz panjang)
200ml susu segar/coklat (any brand) 
Cheddar cheese (*Optional untuk topping) 


Cara
1. Blend hancur biskut ( tak perlu asingkan krim dan biskut)
2. Masukkan susu sikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas
4. Kukus selama 20 minit.
5. Sejukkan, kemudian terbalikkan dan parutkan cheddar untuk topping kek. Nak lagi sedap, taburkan chocolate chip.

Dengan bajet ciput bawah RM10 dah boleh dapat kek sedap dah! Itupun tanpa topping la. Kalau nak tambah topping kena tambah bajet sikit lah. Biskut oreo tu kalau nak jimat lagi beli kat kedai RM2 ada jual. Nak buat pun cepat siap. Kalau tak sempat nak beli kek tu, bolehlah buat kek oreo cheese viral ni.

Kredit : nurul diana
With Love,
image

20 comments

  1. uish mudahnya bolehlah try nanti, bahan pun sikit je guna

    ReplyDelete
  2. Ada nampak resepi ni kat FB. Siqah tak minat sangat Oreo so tak teringin nak buat. Tapi teringin jugak nak makan. Hihi

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedap gila tgk. def gonna try this. thnx for sharingggg

    ReplyDelete
  4. Cheese tu kalau tak bubuh tak jadi kek cheese laa. Kena tukar nama jadi kek Oreo je. Hehe tapi serius senangnya resepi ni.

    ReplyDelete
  5. bahan-bahan simple jak dan cara buat kek dia pun memang mudah..

    ReplyDelete
  6. Hehehe senang dan mudah..kekya pon nak cuba jugak la buat nanti..

    ReplyDelete
  7. hai singgah lg. nak jmput n join my new blog's GA segment here

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  8. k lin dah follow sini....
    semua dah buat kan kek viral ni....kena buat la ni jap lagi hihi...

    ReplyDelete
  9. oh ini ke kek yg viral tu. senang jer buatnya rupanya..

    ReplyDelete
  10. Asal viral sure kita nk try kn.. Fav ada cheese tp kena mkn skit2 nanti muak

    ReplyDelete
  11. hadoiiii..pepetang ni nampak pulak resepi ni..terus rasa lapar uhuhuhu...

    Jemput baca artikel terbaru Cara Turunkan Bacaan Kencing Manis dengan pantas

    ReplyDelete
  12. Wah senang ya. Confirm sedap ni. Tq share resepi mudah ni

    ReplyDelete
  13. Senangnya.. drpd bahan asas tu, boleh tambah krim.. wuuu.. lg terangkat..

    ReplyDelete
  14. sekarang ni nak jual apa2 pun letak perkataan viral

    ReplyDelete
  15. Salam singgah sini dik Fiza...akak pun dah try buat ni...senang nak buat dan sedap...

    ReplyDelete
  16. rasa nak buat jugala..sebb dua bahna je kan

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu