Morning guys! Huh, rasa macam dah lama sangat tak menjengah blog. Padahal baru sehari dua je kot tak berupdate. Sibuk mengalahkan pak menteri! Alhamdulillah sebahagian kerja dah settle, tinggal sebahagian lagi kerja-kerja design yang masih belum siap. Terkejar-kejar nak buat kerja kononnya  nak siapkan sebelum cukup long weekend ni. Sudahnya tak sempat siap.

Bertabahlah lepas cuti kena pulun habis siapkan kerja. Sebelum blog terabai sempat jugalah Fiza join beberapa giveaway dan blogwalking. Itupun sikit je dapat blogwalking. Ada masa free nanti Fiza cuba ye datang blog kau orang. Mana Fiza tak sempat nak join tu, minta maaf banyak-banyak ye. Terima kasih sudi menjemput.

Dalam kesibukan, ada juga pengubat kesibukan kerja. Dapat email daripada Sofinah Lamudin yang baik hati bagi potret karikatur sebagai saguhati untuk semua blogger yang sertai giveaway yang dia anjurkan. Untung kan? Bukan senang nak dapat potret karikatur yang ohsem ni. Cantik kot hasil seni tangan Sofinah daripada Sopheestudio ni.


Hasil potret karikatur tu adalah hasil daripada gambar ini. Nampak macam seakan-akan sama tak? Of courselah nampak lebih kurang.


Bukan hanya dapat yang bewarna, dapat sekali potret hitam putih, bolehlah kalau nak warna kan ikut warna apa yang suka. 


Terima kasih banyak-banyak buat blogger Sufinah yang berikan sudi berikan potret karikatur ini pada semua blogger yang join sementara menantikan keputusan siapakah pemenangnya. Harap-harap ada rezeki Fiza menang kali ni. Lama juga tak menang hadiah ni. hihi...Mana tahu rezeki akhir tahun.

Sensasi sungguh kisah cinta #fattzura (Fattah Amin dan Fazura) ni sampaikan Fiza sendiri tiba-tiba terjebak ambil tahu. Baru minggu lepas mereka umumkan bakal bernikah tahun depan, tup-tup dah selamat nikah malam tadi dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin. Alhamdulillah, takde dah spekulasi yang macam-macam tentang perhubungan mereka. Fazura macam biasalah nampak cantik setiap masa apatah lagi berbaju serba putih rekaan Rizman Ruzaini ni. Nampak lagi berseri-seri pengantin baru ni.

Tahniah buat mereka berdua. Ada yang patah hati ke? Well, baguslah kalau dah selamat berkahwin. Tunggu lama-lama nanti melepas pula. Musim cuti sekolah ni dah mula dah kenduri sana sini. Bersedialah untuk makan nasi minyak je musim orang kahwin ni.

kredit : bharian.com.my
Selamat pagi sabtu! Mendung dan sejuk nampaknya cuaca panas. Mengundang untuk sambung tidur ni. Agak blur pagi nak tak tahu nak update apa sebenarnya. Disebabkan semalam blog sunyi tanpa update sebarang entri, so pagi ni Fiza update entri giveaway je lah ye memandangkan ramai yang invite join giveaway ni. Fiza tunaikan satu persatu mana yang Fiza sempat nak join. 

Mana-mana giveaway yang Fiza tak sempat nak join tu jangan cop Fiza sombong ye. Mungkin ada sesetengah giveaway agak susah syaratnya dan mungkin hadiahnya tak sesuai untuk Fiza. Jadi, lebih baik Fiza peluang itu bagi pada mereka yang lebih layak sepatutnya terima. Nak berkongsi tentang giveaway yang kau orang buat pun, Fiza approved mana-mana link giveaway  yang kau orang letak dalam ruangan komen. So that orang lain boleh join sama walaupun Fiza tak join. 


Tak perlu nak cop atau kecam sudah ye. Harap jelas penjelasan tu. Well, terbebel panjang pagi-pagi ni. Okaylah, bebel nak bagi penuh ruangan entri ni daripada kosong letak gambar je kan. Walaupun tahu tak semua orang suka baca artikel penuh. Ye lah, dalam entri cerita lain tapi dia komen lain. Itu salah satu tanda nak tahu orang tu baca entri atau tidak. Hihi

Kalau kau orang masih belum join giveaway hadiah misteri dari ASTraveler ni, silalah join sebelum tamat pada 31 Disember nanti. Seramai 10 orang pemenang di cari dan hadiahnya adalah misteri. Dah namanya giveaway misteri, of courselah hadiahnya juga misteri. Harap bertuah menerima hadiah misteri tu. Aaminn...



Ramai yang kongsikan cerita tentang Jaan Punching Bag di facebook. Mulanya tertanya-tanya juga apakah 'Jaan Punching Bag' yang dorang dok sibuk kongsikan tu. Nak kata viral, tak jugaklah kot. Bila ramai yang kongsikan sehingga puluhan ribu share, Fiza pun rasa nak tahu dan terjebak membaca kisah seorang gadis yang bernama Alisha.

Disebabkan Fiza bukanlah sejenis yang suka membaca novel, baca part 1 Fiza dah mula rasa bosan dan skip membaca part yang penting je. Macam kurang best penulisan penulis ni. Jadi, tak dapat nak fahami atau menghayati cerita ni sampai habis. Masuk part 2 Fiza baca sikit je sebab macam malas dah membaca cerita tu walaupun nak tahu sangat kisah benar ni.

Sudahnya Fiza tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan Fiza nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya.


Bagi kau orang yang nak tahu sangat tapi malas nak baca macam Fiza sebab tak minat baca macam penulisan novel, baca je sipnosis yang dikongsikan oleh Shahada Fauzi. Thanks sudi kongsikan, senang baca sinopsis je. Terus faham cerita Jaan Punching Bag ni.

Sipnopsis Jaan Punching Bag :
Kisah hidup sorg budak pompuan yg kematian ibu pd umur 9 thn. Bapak start buat perangai gila pompuan dan dadah bila ibu dia sakit teruk. Ibu meninggal dia kena dera dgn bapak. Sampai 2 kali kawen usia muda sebab macam bapak jual utk langsai hutang.
Kena kawen umur 12thn. Tapi secara sembunyi sbb masih bawah umur. Jadi hamba s*** je kat suaminye. Bila famili laki hampir dpt tahu perkahwinan rahsia dorg tu dia kena cerai.
Umur 15 thun kena kawen dgn Pakistan umur 49tahun. Kena kongkong. Sama jln hidup dgn laki 1st. Jadi hamba s*** jgk. Lagi tragis. 😅
Kena dera dengan famili laki tu masa kat pakistan. Anak dia kena ambik dgn famili laki tu. Tinggal kat Pakistan. Dipisahkan dari dia. Dah cerai dengan Pakistan. Cuma masih berhubung sebab anak.
Skrg umur pompuan tu dh 16 tahun. Dah hidup bebas dr cengkaman lelaki2 yg kawen dgn dia utk jadikan dia hamba s*** je. Sedang bina hidup baru. Bapaknye dah insaf. Katanye baru meninggal.
Punching bag sebab dia selalu kena pukul dengan bapaknye. Lepas tu dengan suami yg Pakistan tu pulak. Katanye org nye lawaaaa amat. Ada penulis tu kongsi gambar. 

Fiza pun tak pasti ini kisah sebenar atau tidak.  Wallahu a'lam. Kalau ianya kisah benar, moga Allah lindungi Alisha dan dipertemukan dengan anaknya.

Update terkini : Dikatakan kisah ini hanya kisah dongeng semata-mata. Baca penjelasan di bawah ini yang dikongsikan oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di facebook.

Akhi Fairuz Al-JengkawiNovember 27 at 8:39pm 
Tiket sold out! Kisah viral Jaan Punching Bag dan Beautiful Me kini dilayar perak. Para penonton tak sabar menyaksikan adegan s*** 5 hingga 7 kali sehari, domestic violence, tumbuk sampai lebam, jenayah s***ual kanak-kanak, softp*** dan child p***ography difilemkan.
Ibu-ibu mengheret suami untuk ke panggung. Anak-anak kecil juga dibawa bersama. Kata mereka, kisah ini bagus, tak kisahlah didalamnya ada adegan rogol, cabul atau grooming sex, yang penting ianya untuk kebaikan bersama. Ambil pengajaran, jangan pandang yang negatif sahaja.
Sudah pasti air mata akan tumpah pada babak akhir filem. Andrea Kiss selaku penulis skrip tersenyum bangga dan terharu atas sambutan rakyat Malaysia. Usaha beliau mengolah cerita, berimaginasi s*** dalam menghasilkan karya Jaan Punching Bag dan Beautiful Me berbaloi.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada wanita di luar sana yang menularkan kisah itu sehingga dikongsi lebih 200,000 kali. Ini satu pencapaian yang paling luar biasa atas kerjasama kaum ibu di Malaysia.
Ibu-ibu ini tidak sabar menyaksikan lakonan mantap pendatang baru yang membawakan watak Syakiq. Sudah pasti kacak, putih melepak, katang, bermata kebiru-biruan, berbulu di dada, lincah dalam tarian dan ganas di ranjang.
SOFTP***, CHILD P***OGRAPHY & PEDOFILIA.Puan-puan yang saya kasihi sekalian, tanpa kita sedar kedua kisah viral ini mengangkat isu yang sering saya kongsikan bersama teman-teman yang lain, Puan Zeeda Aziz dan Tuan Mohd Fadhli.
Saya sengaja memulakan ulasan tentang Jaan Punching Bag dan Beautiful Me dengan membayangkan situasi yang boleh berlaku pada masa depan.
Jujurnya, saya sangat terkejut dengan penerimaan kisah ini. Setahu saya, ia bermula di page Kisah Rumah Tangga, kemudian diolah kembali oleh Andrea di pagenya.
Kau tahu Puan, untuk dapatkan sharing beratus ribu dan ia bersifat local sangat mustahil untuk dilakukan. Posting yang dikongsi sebanyak ini biasanya bersifat worldwide. Maksudnya, satu dunia share. Tapi ini, hanya orang Malaysia yang kongsikan. Power nok!
Kau pun tahu, kisah ini berepisod. Penulisannya panjang ya ampun. Paling kurang, 3 jam diperlukan untuk baca perenggan demi perenggan sehingga habis.

Kenapa ia tetap juga dibaca oleh Puan-puan? Sebab ia diadun kemas dengan ketiga topik yang saya tulis diatas : Softp***, Child P***ography dan Pedofilia.
Mari kita ikuti satu-satu, Softp*** adalah penulisan atau bahan bacaan atau lakonan yang bersifat lucah, tetapi masih belum hardcore atau extrem. Ia masih berkisar tentang s***ual, pembaca boleh membayangkannya, tetapi tak sampai tahap z**** dimasukkan ke dalam faraj atau dubur atau mulut.
Child P***ography pula adalah video atau penulisan atau bahan bacaan lucah yang memaparkan kanak-kanak sebagai subjek. Walau di barat industri p***ografi bersifat legal, tetapi mereka menentang keras penglibatan kanak-kanak di dalam industri ini.
Apa itu Pedofilia? Bahasa mudahnya adalah lelaki atau perempuan yang ada kecenderungan atau orientasi s***ual terhadap kanak-kanak. Maka, mereka akan menyimpan gambar berbaju atau tidak berbaju atau berbikini, video, bahan bacaan dan yang berkaitan.
Bilamana ketiga aspek ini diadun dalam kisah Jaan, maka pembaca akan berasa kebersamaan. Simpati, empati dan sedih. Apatah lagi bila penulis memasukkan elemen keganasan dalam rumah tangga.
Elemen ini sangat penting untuk menarik minat kaum wanita. Mereka rasa lelaki ini tak guna, hanya mahu s***, memandang wanita golongan kelas kedua serta hanya tahu melampiaskan kemarahan pada isteri semata-mata.
Maka, para pembaca terus bersolidariti dengan menge'tag' pasangan masing-masing, teman lelaki serta kawan-kawannya. Inilah kebersamaan yang saya maksudkan.
Unsur lucah diketepikan, yang penting kisah ini memberi pengajaran. Kata mereka, paling kurang kita dapat tahu betapa naifnya anak-anak di pedalaman yang dinafikan hak mereka.
Baik, jika itu alasan Puan-puan, mari kita study tentang isu di bawah ini :
AKTA KANAK-KANAK.Puan-puan yang saya kasihi, tahukah anda pertengahan tahun ini telah digubal satu akta di Dewan Rakyat dalam menangani jenayah s***ual terhadap kanak-kanak?
Salah satu kesalahan yang termaktub adalah, jenayah s***ual bersifat non fizikal. Ia bukan cabul, rogol atau liwat.
Kisah yang Puan baca itulah salah satu kesalahan s***ual non fizikal. Ia boleh jadi berbentuk pembacaan, menghantar gambar dan video lucah di media sosial dan whatsapp group hinggalah sexual grooming di internet.
Apa itu sexual grooming? Puan-puan boleh tonton video garapan R Age dalam mengulas bagaimana Predator/ Pedofilia ini merosakkan anak-anak kita melalui bahan bacaan, gambar dan video lucah.
Dahulu, budak lelaki suka baca cerpen lucah berjudul Cikgu Suraya. Mereka sorok-sorok membacanya. Hanya berkongsi sesama kawan yang boleh dipercayai. Namun kisah Jaan dan Beautiful Me ini ditularkan semahu mungkin oleh Puan-puan atas dasar sedihnya cerita ini. Sisi halus s*** non fizikal tidak nampak atau buat-buat tak nampak?
Puan, kisah itu bukan sahaja tak elok dibaca oleh anak-anak, orang dewasa pun tak boleh! Apatah lagi yang berkongsi kisah itu Anonymous, kita tak kenal pun. Si penulis Andrea itu siapa pula? Entah-entah beliau seorang lelaki! Rujuk facebook Cikpuan Auni Ameera ya.
Jika ada yang report, penulis boleh didakwa di mahkamah kanak-kanak, dibicarakan serta dijatuhi hukuman penjara 15 ke 20 tahun.
DIDIK ANAK-ANAK KITA.Bila nak didik anak, tak perlulah jadikan kisah seperti ini sebagai bahan rujukan. Please, educate anak-anak kita mengenai kesihatan reproduktif, private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, apa yang perlu mereka buat andai ada individu yang dikenali atau tidak dikenali cuba mencabul mereka dan yang berkaitan.
Itu yang sepatutnya Puan. Bukan habiskan masa membaca karya fake yang di klaim true story.
TRAUMA MENJADI MANGSA S***!.Perempuan yang menjadi mangsa keganasan s***ual tidak sewenang-wenangnya akan bercerita hal itu dengan orang lain. Ia mengaibkan, menyakitkan, trauma, boleh mengalami depresi.
Mereka akan hilang percaya dengan lelaki, dirasakan semua lelaki sama, memandang wanita dengan simbol s*** semata-mata.
Namun berbeza dengan kisah Jaan, juga Beautiful Me. Watak utama menjadi mangsa cabul, rogol dan liwat. Kemudian, hari esok beliau bangkit tidur, ceria seperti kebiasaannya, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.
Eh! Bodohnya! (Maaf, terpaksa guna ayat ini). Puan, kau tahu tak anak-anak kita yang menjadi mangsa jenayah s***ual sukar sekali untuk bangkit dari sejarah hitam ini.
Realitinya, ada yang menyimpan rahsia ini berbelas tahun lamanya bahkan ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka malu pada diri sendiri, stress hingga tahap berfikir mahu bunuh diri.
Itu yang trauma. Belum lagi kisah adik-adik kita yang ketagih melakukannya. Ia bermula ketika kanak-kanak, beliau dicabul atau dirogol oleh abang atau bapa kandung atau datuk atau bapa saudara atau mana-mana individu syaitan di luar sana.
Kes-kes seperti ini tidak seronok untuk dikongsikan oleh mana-mana mangsa penderaan s***ual kepada sesiapapun. Apatah lagi ditularkan di media sosial dalam bentuk penulisan panjang dengan alasan memberi pengajaran kepada orang lain, melainkan ianya fake dan ditulis oleh penulis yang memiliki fake identity juga.
KESIMPULAN.Puan, kalian tahu tak, di tangan kau oranglah viralnya satu-satu posting. Maka, gunakanlah kuasa yang kalian ada untuk tularkan kisah-kisah yang baik untuk masyarakat.
Oleh sebab kisah ini dkongsi lebih 200 ribu kali, maka izinkan saya bertanya : Rasa-rasa puan, kisah fake Andrea ini dibaca tak oleh para remaja dan pedofilia di luar sana? Jika mereka membacanya, agak-agak apa yang boleh berlaku kemudiannya?
Ingat, jangan sampai isteri dok ralit mengalirkan air mata membaca kisah softp*** sambil si suami sorok-sorok tonton video lucah minah salleh beraksi di ranjang! Anak-anak pula layan p*** di telefon bimbit bapak yang didalamnya terdapat koleksi video lucah yang disimpan dalam satu folder!
Wahai kaum ibu, bangkitlah! Bersatulah! Bantu saya untuk share post ini, tag kenalan anda dan tularkan.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Baca sampai habis woih! Satu jam setengah aku mengarang post ni pakai handphone. Kahkah
#TukangCeramahBudakSekolah#TukangCeramahMakMak#TukangKongsiKisahManusia

Happy Belated birthday untuk blogger Anum. Ucapan untuk Anum, semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Aaminn...

Sempena birthday Anum, Anum mengadakan Giveaway Bday Anum 2017 untuk semua blogger sertai beramai-ramai. Giveaway akan tamat pada hari esok 24 November 2017 pukul 8:30pm. Sempat lagi kalau nak join ni sebelum tamat. Syarat mudah je!


Fiza tak pasti hadiah apa yang bakal dimenangi oleh pemenang. Yang penting kau orang join dulu. Kalau ada rezeki menang, kira rezeki kau orang lah tu.

Aduhaiii. Pantang tengok iklan makanan kat TV. Mesti nak! Selagi tak dapat, selagi tu lah rasa teringin lain macam nak rasa. Kau orang perasan tak iklan baru daripada KFC yang tengah promosi kan Chizza iaitu Chicken dan Pizza (CHICKEN X PIZZA). Sekali pandang terus request kat husband beli. Kuat betul pengaruh iklan makanan ni. Buat orang terliur je selagi tak dapat. Aduh!


Alhamdulillah, permintaan telah ditunaikan. Pertama kali tengok Chizza ni agak kecewa. Of courselah rupa paras tak sama dengan iklan tu. Saiz fillet ayam agak kecil, kalau tak silap saiz yang sama macam double down KFC sebelum ni. Cuma untuk chizza ni single fillet je lah. Itu yang tak puas makan. Kalau makan masa lapar ni confirm tak cukup satu. Cheese pun macam segan jadi topping fillet chicken tu sebab tak berapa nak banyak. Lebih bagus beli pizza lagi puas hati. Pendek kata, tak selaras dengan harga. Ke harga dah cukup standard dah?

So far okaylah rasa dia cuma mungkin saiz dan kuantiti cheese tak berapa. Mungkin juga kena cut sebab semua barang kan mahal sekarang. Jadi, kena faham kenapa harga mahal. Well, setakat dah rasa tu dah lah kot. Nak beli lagi lepas ni mungkin taklah, prefer beli ayam KFC yang sejak berzaman tak pernah mengecewakan. Tiada ayam goreng lain setanding KFC. Gituh! Ni puji kira nak backup balik yang komplen tadi. Boleh?

Bila ayam dan pizza bergabung confirmlah meletop! Rasa sedap dan pedas. Tapi kalau cheese banyak tu lagilah meletop rasa dia. Barulah jadi kegilaan ramai. Atau mungkin rezeki Fiza kali ni tak dapat cheese banyak. Kalau dah rasa, apa pendapat kau orang? Mungkin pendapat kita berbeza. 



Bulan November ni macam ramai blogger yang buat giveaway dan contest. Fiza pun tak ketinggalan buat giveaway juga. Ada rezeki dan masa lebih, buat giveaway untuk berkongsi bersama blogger lain. Dalam masa yang sama, blogger Ray juga sedang buat giveaway untuk penyertaan blogger Malaysia sahaja.

Jadi, kalau kau orang  blogger Malaysia sememangnya layak untuk sertai "Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy" yang kini kembali aktif dalam dunia blog selepas lama menyepi. Comeback dengan mood baru, blog baru dan wajah baru blog juga. Welcome back Ray!


Hadiah Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy adalah a jar of Organic Hair Removal by Norah, satu produk tempatan yang digunakan untuk membuang bulu-bulu. Kalau kau orang nak dapat hadiah tu, jangan segan silu join Comeback Giveaway by Raydah Alhabsy ye.

Syarat yang ditetapkan pun tak susah. Yang penting kau orang rajin buat entri. Malas karang ayat pun takpe, asalkan kau orang letak banner dan backlink kan kepada entri giveaway pun dah cukup dah. Ada masa sebulan lagi sebab tamat pada 20 Disember 2017.  


Kalau tak silap Fiza, shawl jenis eyelash jahitan hemming atau lebih dikenali dengan nama eyelash hem shawl mulanya keluaran dUCk scarves. Lepas tu owlbynd pula muncul dan sekarang sebut  je hem shawl, dah ada pelbagai jenama dan jenis di pasaran. Nak beli jenama yang gah, kau kena menabung dulu kalau nak beli sehelai. Apatah lagi berhelai-helai. Melainkan kau orang golongan bangsawan yang boleh beli apa saja.


Tak dinafikan jenama mahal memang setaraf dengan kualitinya. Kena tengok poket masing-masing lah ye. Bagi yang bukan sejenis yang ada-ada, haruslah memilih produk yang mampu milik daripada memilih jenama. Kalau dulu nak pakai hem shawl ni kena beli yang mahal. Tapi sekarang tak susah dah nak cari hem shawl. Berlambak peniaga jual di media sosial terutamanya instagram. Cari lah guna hashtag. Gerenti jumpa!

Dah jumpa, pandai-pandai lah survey harga sendiri. Kalau Fiza memang suka bandingkan harga sebelum membeli. Kemudian tengok jenis kain, saiz dan sebagainya. Biasanya kalau shawl Fiza suka pakai jenis heavy chiffon dan panjang 2m. Senang nak menggayakan shawl untuk apa jenis fesyen. Tapi rasanya fesyen yang sama je Fiza aplikasi kan pun. Sebab mungkin lilitan lain tak sesuai. Ada orang pakai shawl macam serabai pun nampak cantik. Sendiri pakai? Kelihatan macam makcik-makcik je.

Setelah survey, Fiza berkenan dengan eyelash hem shawl dari satu instagram ni. Harga masih mampu milik dan termurah antara instagram yang lain. Warna pun cantik-cantik sesuai dengan citarasa Fiza. Kau orang boleh dapatkan di instagram @b_comelscarf. Rambang mata nak memilih warna tu terutamanya warna pastel yang memang ramai suka. Kalau lambat beli memang tak dapatlah.


Fiza beli warna Chamoisee dan cidet blue. Saja cuba warna pastel. Asyik beli warna gelap je kan! Kali ni eyelash hem shawl beli warna pastel je. Harga RM35 sehelai sebab Fiza beli yang ada batu swarovski. Kalau plain RM32 dan ada banyak lagi jenis eyelash hem shawl. kau orang boleh terjah instagram b_comelscarf tu ye.



Kain dia memang jenis flowy dan lembut. Sesuai untuk di gayakan dengan apa juga jenis lilitan shawl yang kau orang suka. Fiza pakai macam biasa je! Gaya-gaya lain tak berapa selesa nak pakai. Kena pentingkan keselesaan dulu daripada gaya. Kalau tak selesa, rasa serabut je seharian. Eyelash hem shawl ni ada juga yang murah lebih kurang RM2+.00 sehelai tapi kena beli borong pula. Sudahnya Fiza pilih shawl yang mahal sikit sebab nak beli sikit je pun.

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.

Ciri-ciri Photo Polaroid
  • High  Quality Glossy Paper
  • Gambar tak blur
  • 100% tak pecah
  • RM0.80/pcs
  • Minimum print serendah 20pcs
  • 200pcs dapat RM0.70/pcs
  • Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)
  • Siap dalam 1-2 hari sahaja

Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random. Adil dan senang nak pilih. Keputusan adalah muktamad! Sekiranya pemenang tak tebus hadiah dalam masa seminggu, akan ditukar kepada pemenang yang lain. Tak kisah berapa ramai join pun giveaway akan tetap diteruskan.

Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Cara Sertai Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com


1. Buat entry bertajuk "Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com"
2. Copy kod di dalam kotak dibawah dan paste dalam html compose entri. 

<div style="text-align: justify;">
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "<b>Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com</b>" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.</div>
<br />
<div style="text-align: center;">
<img border="0" src="https://1.bp.blogspot.com/-bZ5guHx_fik/WhMZJeWKoFI/AAAAAAAAsvw/70C_3g2IdeQnnSP51KC9JAvKr0yzlPBWACLcBGAs/s1600/banner%2Bgiveaway%2Bphoto%2Bpolaroid%2Bazhafizah.jpg" />
</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<div style="text-align: center;">
<b><u>Hadiah</u></b></div>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<div style="text-align: center;">
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.</div>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<div style="text-align: center;">
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.</div>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<div style="text-align: center;">
<b><u>Tarikh Tamat </u></b></div>
<div style="text-align: center;">
30 November 2017, 23:59</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: start;">
</div>
<div>
<div style="text-align: center;">
Note : Pemilihan pemenang secara random.</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
&gt;&gt;<b><a href="http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html" rel="nofollow" target="_blank">KLIK SINI UNTUK SERTAI GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM</a></b>&lt;&lt;</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : <b>azhafizahmdnor@gmail.com</b> atau whatsapp terus &gt;&gt; <a href="http://azhafizah.wasap.my/"><b>http://azhafizah.wasap.my/</b></a></div>
</div>
</div>

3. Publish entri.
4. Copy link entri dan paste di ruang komen ini.
Makanan viral kembali lagi. Masing-masing pakat cuba buat kek oreo cheese guna 3 bahan je. Ya, guna 3 bahan sahaja dah boleh siapkan kek oreo cheese yang super sedap katanya. Setakat ni Fiza belum terjebak lagi sebab bahan-bahannya belum beli lagi. Teringin juga nak menjebakkan diri dan mencuba rasa kek oreo cheese tu.

Dengar cheese pun dah rasa sedap bagi seorang yang suka cheese. Memandangkan menggunakan 3 bahan je, of courselah cara buatnya pun mudah je. Jom lah kita ramai-ramai cuba buat kek oreo cheese viral ni. Sebenarnya guna 2 bahan je iaitu susu dan biskut oreo. Bahan ketiga iaitu cheese untuk topping je.


Difahamkan bahan-bahan dan cara seperti ni sebenarnya dah lama wujud cuma masa tu tak wujud lagi media sosial dan perkataan viral tu. Kalau dah guna perkataan viral mestilah terlajak famous bila dah tersebar kan. Cakap banyak tak guna, jom kita buat kek oreo cheese!

Bahan-Bahan
Biskut Oreo ( 2 paket saiz panjang)
200ml susu segar/coklat (any brand) 
Cheddar cheese (*Optional untuk topping) 


Cara
1. Blend hancur biskut ( tak perlu asingkan krim dan biskut)
2. Masukkan susu sikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas
4. Kukus selama 20 minit.
5. Sejukkan, kemudian terbalikkan dan parutkan cheddar untuk topping kek. Nak lagi sedap, taburkan chocolate chip.

Dengan bajet ciput bawah RM10 dah boleh dapat kek sedap dah! Itupun tanpa topping la. Kalau nak tambah topping kena tambah bajet sikit lah. Biskut oreo tu kalau nak jimat lagi beli kat kedai RM2 ada jual. Nak buat pun cepat siap. Kalau tak sempat nak beli kek tu, bolehlah buat kek oreo cheese viral ni.

Kredit : nurul diana
Selamat pengantin baru buat pelakon cantik, Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid yang merupakan anak kepada Datuk K. Finally kahwin juga mereka berdua ni. Majlis pernikahan mereka berdua of courselah serba mewah dan gah.  Dalam gahnya ada juga yang tak kena di mata netizen.

Veil Kahwin Izara Aishah juga yang menjadi tarikan utama. Aduhaii... sila bertabahlah je lah. Paling pedih dan terkesan perekanya iaitu Rizalman. Fiza rasa veil kahwin ni confirm beribu harganya. Tengok je la hiasan penuh pada lace tu. Kalau menggunakan veil jenis kain lembut mesti flowy dan cantik kan. Apapun busana yang serba putih dan ringkas tu dapatlah sedikit sebanyak menutup  kekurangkan veil tu.


Selain baju kahwin yang cantik, suka juga tengok ukiran inai Izara Aishah yang unik, lain dari yang lain. Pelamin dia jangan cakaplah, memang cantik sangat. Warna putih memang pilihan yang tepat untuk majlis nikah. Tak pernah mengecewakan dan tak payah pening nak pilih warna apa sebab putih masuk je dengan warna lain.


Oh ya, bunga tangan juga unik okay! Macam candeliar gitu. Mungkin ada yang meniru gaya  kahwin/ nikah Izara Aishah lepas ni? 
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang cukup terkenal dengan sebuah kota yang penuh kemeriahan tidak kira siang ataupun malam. Tidak hairanlah mengapa Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan para pelancong ataupun rakyat Malaysia sendiri yang gemar menghabiskan percutian mereka  menginap di Hotel Kuala Lumpur. Memandangkan tidak lama lagi akan bermula cuti sekolah, mungkin Kuala Lumpur boleh di senaraikan dalam tempat percutian anda sekeluarga.


Bercuti di Kuala Lumpur dan bermalam di Hotel Kuala Lumpur akan membuatkan anda dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga daripada aktiviti lasak sehingga lah aktiviti santai samada berbayar atau percuma. Rugilah kalau dah bercuti di Kuala Lumpur tapi tak terokai semua tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur yang gah ini.

Rumah terbalik atau lebih dikenali dengan nama Upside Down House suatu ketika dulu sangat popular di Sabah. Rumah terbalik salah satu tempat menarik wajib pergi sekiranya bercuti di Sabah. Rumah terbalik yang terletak di Sabah adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara yang mempunyai struktur terbaik di didunia dan telah dinobatkan sebagai rumah terbalik pertama di Malaysia di dalam Malaysia Book of Records.


Kini, rumah terbalik bukan hanya terdapat di Sabah sahaja kerana kebanyakkan negeri-negeri di Semenanjung telah menjadikan rumah terbalik sebagai tarikan utama untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti. Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung berpeluang merasai pengalaman berada di rumah terbalik tanpa perlu pergi ke Sabah lagi. Salah satunya rumah terbalik yang anda semua boleh pergi adalah rumah terbalik di Kuala Lumpur.

Rumah Terbalik di Kuala Lumpur

Rumah terbalik di Kuala Lumpur dikatakan antara tempat menarik terbaru yang terdapat di Kuala Lumpur yang ramai tidak tentang kewujudannya. Bagi anda yang singgah di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk singgah di rumah terbalik di Kuala Lumpur kerana rumah terbalik ini terletak di Menara Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur Tower)



Menariknya, rumah terbalik ini adalah yang pertama wujud di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Apa yang uniknya tentang rumah terbalik ni adalah kesemua barangan yang terdapat di dalam rumah ataupun luar rumah berada di dalam kedudukan terbalik. Keunikan sebegini memberikan pengalaman yang menyeronokkkan untuk semua pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.


Golongan dewasa juga tidak mahu ketinggalan merasainya pengalaman tersebut dan teruja untuk bergambar sakan ketika berada di rumah terbalik ini. Rekaan rumah terbalik juga mempunyai daya tarikan tersendiri selain berada di dalam keadaan terbalik, warna-warna yang digunakan juga sangat menarik dan menceriakan membuatkan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang bergembira di apabila berada di sini.

Waktu Operasi
Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)

Harga Tiket Upside Down House
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10

Alang-alang dah berada di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang juga untuk rasakan pengalaman berada di dalam Skybox sambil menikmati panorama kotaraya Kuala Lumpur. Skybox juga dalah tarikan terbaru yang ada di Menara Kuala Lumpur di mana ianya merupakan sebuah kotak berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inci yang berada pada ketinggian 300 meter. Akan tetapi, ianya di buka untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja. 

Harga tiket Skybox
RM105 untuk pelancong asing
RM75 untuk warganegara Malaysia. 

Menginap di Hotel Kuala Lumpur

Rasanya tak puas jika bercuti di Kuala Lumpur dalam masa yang singkat. Sebaiknya ada perlu menginap di mana-mana Hotel Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa cuti anda ketika berada si sini. Untuk percutian yang bajet, anda boleh memilih untuk menginap di Hotel Kuala Lumpur yang banyak menawarkan harga-harga yang sangat berpatutan.


Atau anda boleh pilih untuk menginap di hotel mewah yang terkenal seperti Grand Hyatt, The Majestic dan Capri By Fraser untuk kelesaan yang maksima. Terpulang kepada bajet dan keperluan masing-masing ketika bercuti di Kuala Lumpur. Yang pastinya bercuti di Kuala Lumpur akan memberikan kenangan bercuti yang menyerokkan buat semua orang walaupun Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang sangat sibuk. Menginap di Hotel Kuala Lumpur pula akan memberikan pengalaman menikmati suasana malam yang penuh bercahaya dengan lampu warna warni. 

Jika anda ingin menikmati lebih banyak keseronokan ketika bercuti, anda boleh terokai banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers atau lebih dikenali dengan KLCC), Batu Caves, Bangunan Sultan Abdul Samad, Sunway Lagoon Theme Park, Aquaria KLCC, Taman Burung (KL Bird Park) dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang terkenal di Kuala Lumpur.

Jom Shopping di Kuala Lumpur!

Tidak lengkap kalau bercuti di Kuala Lumpur tanpa ber shopping. Sedia maklum kita tahu yang Kuala Lumpur sangat kaya dengan pusat membeli belah yang cukup besar dan mewah. Sebut sahaja barang apa yang anda hendak beli, sudah pasti ada di jual. Antara pusat membeli belah yang popular di Kuala Lumpur adalah Pavilion, Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square, IKEA, The Curve, IOI City Mall, Quill City Mall dan banyak lagi.



Selain itu, anda boleh shopping sourvenir atau barang antik di Pasar Seni (Central Market) dan juga barangan murah di Chinatown/Petaling Street atau barangan berjenama di Bukit Bintang. Untuk memastikan anda berpeluang merasakan semua pengalaman di tempat-tempat menarik di sini, pastikan anda menginap di Hotel Kuala Lumpur yang lebih strategik.

Bercuti di Kuala Lumpur juga memberikan pengalaman yang menarik di mana anda berpeluang menaiki KRT (Light Rail Transit), MRT ( Mass Rapid Transit), KTM Komuter dan hop on hop off bus untuk terokai suasana Kuala Lumpur dengan lebih lagi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain kerana terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam. 


Malah, dengan kemudahan sebegini secara tidak lansung boleh menjimatkan tenaga untuk memandu ataupun mengelakkan berhadapan dengan trafik jammed. Percutian anda sekeluarga menjadi lebih santai dan dapat menikmati percutian yang lebih bermakna bersama keluarga. Tambahan lagi, dapat menikmati permandangan Kuala Lumpur dari sudut yang berbeza yang tidak dapat di lihat jika anda menaiki kereta.

Bercuti di Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang menarik untuk di abadikan jika anda pandai merancang perjalanan percutian anda dan tidak merancang di minit akhir yang mungkin menjadikan percutian anda sesuatu yang tidak mahu dingati. Jadi, rancanglah percutian anda lebih awal dan rancanglah secara bijak supaya anda tidak membuang masa, tenaga dan duit anda  dengan sia-sia.

Untuk ketahui lebih banyak lagi tempat-tempat menarik atau tarikan terbaru yang anda tidak tahu di Malaysia, anda boleh lihat senarai Malaysia's hidden gems untuk anda masukkan dalam tempat-tempat yang wajib anda terokai semasa bercuti atau akan bercuti di masa akan datang.

Selamat bercuti!

Semakin trending print gambar polaroid di media sosial. Kalau dulunya kamera yang menggunakan filem kodak memang wajib cuci kalau nak tengok gambar kan. Sekarang dah ada digital kamera, tak perlu dah nak print gambar bagai. Tengok je dalam kamera atau phone masing-masing. Pendek kata, tak laku dah nak print gambar di kedai.

Tapi dengan kewujudan print gambar polaroid ini membuatkan kau orang nak print gambar kau orang yang terperam lama tu kan. Simpan gambar banyak-banyak dalam phone atau komputer mesti jadi penuh atau tak tahu nak letak kat mana dah. Kena simpan dalam hardisk lah jawabnya sebagai back up. Selain tu, kau orang boleh back up dengan print gambar polaroid ni. 

Boleh juga belek-belek gambar mengimbas kenangan. Selain tu, print gambar polaroid ni kau orang boleh hadiahkan kepada mereka yang tersayang. Boleh jadi hiasan untuk majlis kahwin, harijadi, hiasan meja study, bilik tidur dan macam-macam lagi boleh dibuat dengan gambar polaroid ni. Especially dibuat hiasan dan dijadikan sebagai hadiah.


Kalau kau orang tercari-cari kat mana nak print gambar polaroid, boleh contact whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/


Harga Print Gambar Polaroid

➽ Untuk followers blog Fiza, harga RM0.80 untuk sekeping
➽ Minimum print 20pcs
➽ 20pcs x RM0.80 = RM16
➽ Postage = RM8 SM | RM12 SS

Saiz Gambar Polaroid

➽ Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)

Berapa Lama Proses Tempahan

➽ Hanya ambil masa dalam 1-2 hari waktu bekerja


Pakej Print Gambar Polaroid Murah

➽ High  Quality Glossy Paper
➽ Gambar tak blur, 100% tak pecah
➽ RM0.80/pcs
➽ Minimum print serendah 20pcs
➽ 200pcs dapat RM0.70/pcs



Hai peminat Lasagna! Siapa suka lasagna? Kita geng! Sebenarnya macam dah lama tak makan lasagna. Tiba-tiba rasa nak makan lasagna pula. Agak mengada-ngada tekak ni pula kan. Bukanlah mengidam pun, cuma teringin makan sebab dah lama tak makan. Teringat sebelum ni blogger Yui pernah post kat facebook lasagna yang dia beli kat Tesco. Nampak macam menarik je tu.


Sudahnya Fiza pun terjebak sekali mencuba lasagna frozen daripada Tesco ni. Fiza ni memang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lasagna seperti memanggil manggil selagi tak cuba merasa. Rutin shopping Fiza biasanya dekat Mydin sebab Mydin macam-macam barang dapur ada kan. Tapi kebetulan nak beli minyak masak yang takde dekat Mydin, kat Tesco je ada. Jadi, dah alang-alang pergi Tesco, beli terus lah lasagna. 

Fiza beli 2 jenis lasagna sebab nak rasa dua-dua. Beli lasagna frozen chicken & lasagna frozen beef. Harga setiap satu RM7.++. Kira murah lah berbanding yang dijual fresh home made tu. Kira okaylah nak membeli jenis frozen di Tesco ni sebab kalau teringin kau orang boleh dapatkan segera. Itu pun kalau stok lasagna masih ada lah.


Saiz lasagna ni macam besar  tupperware petak empat segi sama tu. Lebih kurang lah selaras dengan harganya. Dalam direction tu kata panaskan selama 6-8 minit tapi Fiza panaskan lebih kurang dalam 20 minit sebab kalau 6-8 minit masih berair sebab baru keluar peti ais sejuk beku kan. Tapi selepas 20 minit tu kejadian lasagna tu buat meronta-ronta nak makan cepat! Kecur air liur!


Rasa Lasagna Frozen Tesco Sedap Tak?

Jujur Fiza kata, boleh tahan sedap kena dengan tekak sendiri yang suka lasagna. Just nice lah orang kata. Bahan-bahan dan cheese pun secukupnya. Okaylah buat lepas layan tekak merasa daripada tak merasa lansung. Tak rugi mencuba rasa sebenarnya. Lepas ni senang lah kalau teringin makan, beli je kat Tesco. Murah dan berbaloi. Kalau kau orang rajin buat lagilah berbaloi masak sendiri. Betul tak?

Semacam nampak sibuk je semua orang hari sabtu dan ahad yang dah berlalu. Masing-masing mungkin sibuk dengan tarikh 11.11 dan sibuk dengan aktiviti yang lain. Fiza pun tak ketinggalan pergi majlis kenduri kahwin sepupu husband 11.11 yang lepas. Senang nak ingat tarikh tu dan ramai sungguh pilih tarikh tu untuk buat majlis sampai satu tempat ada 2 majlis. Semua pakat berebut nak buat hari tarikh 11.11 tu ye.

Tahniah buat semua yang melansungkan majlis bertunang, bernikah dan lain-lain. Salah satu benda yang diberikan untuk tetamu adalah doorgift kekacang yang di letakkan di dalam botol comel macam ni. Sekarang zaman bunga telur dah berlalu. Dah banyak door gift yang macam-macam diberikan oleh tuan rumah.


Bekas plastik atau botol kaca yang comel dah banyak digunakan untuk meletakkan kekacang, pop corn, biskut dan sebagainya untuk para tetamu. Sangat menarik. Botol tu pun nanti boleh digunakan untuk simpan apa yang patut dan boleh juga dijadikan perhiasan dalam rumah.


Door gift macam ni agak mahal juga costnya. Harga botol kaca lebih kurang RM1, kekacang sen-sen, tali sen-sen dan sticker sen-sen. Lebih kurang kos untuk satu botol lebih kurang RM2 lebih. Okay, Fiza tolong kira untuk kau orang yang nak buat door gift macam ni nanti. Kena pandai cari supplier botol kaca murah dan kekacang murah. Baru lah tak over bajet untuk door gift sahaja. Fiza antara orang yang suka jenis door gift macam ni sebab comel dan cantik. Memang simpan buat kenangan. For sure tetamu yang dapat ni tak kan buang.
Selain picarts, phonto dan photo editor, aplikasi apa yang lagi boleh letak watermark dan kualiti gambar okay? Setakat ni Fiza dah cuba ketiga-tiga aplikasi iaitu picarts, phonto dan photo editor. Tapi kecewa sebab gambar tak berkualiti sangat selepas save. Apatah lagi bila upload di media sosial. Soalan ni Fiza pernah tanya di facebook. Ramai yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan beberapa aplikasi edit gambar dan letak watermark menggunakan smartphone memberikan kualiti gambar yang terbaik.


Antara perkongsian mereka di post status Fiza, Fiza senaraikan mana yang terbaik untuk perkongsian bersama. Mana lah tahu kau orang pun sedang mencari aplikasi edit gambar dan letak watermark yang paling bagus kan. 

5 Aplikasi Edit Gambar Dan Letak Watermark Menggunakan Smartphone


1. Snapseed
Kebanyakkan daripada mereka mencadangkan aplikasi snapseed. Tak dinafikan aplikasi snapseed memang menghasilkan editing gambar yang menarik dan terbaik. banyak tools yang ada dalam snapseed.. Kualiti gambar tak pernah mengecewakan. Tapi sayang, tak boleh nak add watermark yang dah siap, sebaliknya kalau nak letak watermark boleh menggunakan tulisan yang disediakan. Walaupun tak boleh add watermark yang dah telah siap, tapi tulisan yang sedia ada pun tidak kurang menariknya. Semua tulisan cantik-cantik kot.

2. Pixlr 
Aplikasi Pixlr dikatakan antara aplikasi editing gambar yang serba boleh. Ada button autofix yang boleh memberikan kualiti gambar lebih elok dan menarik. Boleh crop gambar, rotate dan fine-tune any pictures secara Percuma.  Dan banyak lagi features yang menarik. Boleh download melalui google play store (android) dan app store (iOS).

3. Photofy
Tengok pada tulisan logo photofy pun dah tahu yang aplikasi edit gambar photofy ini semestinya akan membuatkan gambar jadi lebih menarik. Ada banyak tulisan yang fancy macam logo photofy. Gambar yang disimpan juga memberikan kualiti yang terbaik.

4. Overlays
Untuk buat typography, layout masks yang cantik, letak sticker dan sebagainya, kau orang boleh gunakan aplikasi Overlays yang nampak macam menarik ni. Tools pun banyak yang kau orang boleh gunakan untuk jadikan gambar lebih menarik bila upload di sosial media.

5. Photolayers
Aplikasi photolayers merupakan aplikasi superimpose yang terbaik. Kau orang boleh gambar menjadi transparent dan gantikan dengan background yang lebih menarik untuk jadikan photomontage yang superb. Sesuailah untuk promote produk atau buat poster.


Selain itu, aplikasi Watermark Photo Free juga memberikan kualiti gambar yang terbaik. Kalau kau orang sejenis yang cerewet nak guna gambar cantik dan berkualiti, silalah guna aplikasi seperti di atas. Rate pun lebih daripada 4 bintang. maksudnya bagus lah tu. Tapi kalau kau orang sejenis yang tak kisah lansung tentang kualiti, ada banyak lagi aplikasi yang kau  orang boleh gunakan. Apapun terima kasih buat kawan-kawan di facebook yang sudi kongsikan aplikasi edit gambar dan letak watermark yang terbaik ni.

11.11 Tarikh keramat setiap tahun yang buatkan semua orang ternanti-nanti. Ada yang menunggu tarikh 11.11 untuk bertunang, bernikah dan sebagainya. Memang banyak lah event pada hari esok 11.11. Betul tak? Kenyang makan nasi kenduri je la ni. Esok Fiza ada jemputan satu majlis kahwin sepupu husband je. Takde apa lagi yang menarik selain itu.


Nak tahu apa yang lagi menarik 11.11? Of courselah jualan sale besar-besaran semua gudang perniagaan tak kiralah online mahupun offline. 11.11 ni lah masa berebut-rebut buat sale. 11.11 disebut juga sebagai Online Revolution.

Awas kau orang semua. Jaga-jaga tarikh 11.11 esok ye yang bakal buat kau orang tak senang duduk tengok barang murah-murah semuanya. Kalau tidak, rabak poket nanti. Sila tutup mata kalau nampak perkataan Sale 90%, harga terlajak murah, harga tak masuk akal, flash sale dan bla-bla. Pesanan untuk diri sendiri juga. 


Tengah malam, idea nak menulis tak berapa nak ada. Kebetulan tengah blogwalking jumpa giveaway dari Kak Mia ni. Jadi, ada baiknya kita join sebelum tamat. Lagipun giveaway tak susah mana. Kalah menang belakang cerita okay. 

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
Klik banner untuk sertai


Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana, Like Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....



Nampak macam dah trend je upload gambar bergerak di instagram. Tak pasal-pasal Fiza pun terjebak sekali. Gigih mencari macamana nak buat gambar bergerak macam tu. Gambar bergerak yang dimaksudkan tu seperti contoh di bawah. Hanya awan je bergerak yang lain statik je.

Cari punya cari, Finally baru Fiza ketahui nama aplikasi tu iaitu 'Plotagraph'. Fuhhh..finally jumpa juga aplikasi buat gambar bergerak yang paling awesome dan kualiti gambar pun okay selepas save. Yang tak bestnya aplikasi ni berbayar. Aduhai..disebabkan kau memang nak sangat, memang kena bayar lah RM19.90. 


Cara Buat Gambar Bergerak Dengan Aplikasi Plotagraph. Pertama sekali, kau orang perlu ada sistem requirements yang diperlukan seperti dibawah.

iPHONE: iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6s, iPhone 6 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus
iPAD 64Bit and Higher: iPad Air, iPad Air 2, iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 4, All iPad Pro Models.

Untuk android Fiza tak pasti samada ada atau tidak. Kau orang boleh cuba try cari di play store.

1. Masuk App Store dan cari plotagraph

2. Purchase aplikasi Plotagraph
3. Selepas purchase dia akan automatik download dan install, kemudian open.
4. Selepas open aplikasi plotagraph, tekan + untuk pilih gambar



5. Kemudian tekan icon ANIMATE tu untuk buat animation. Selepas pilih icon animate, kau orang tap, hold dan tarik arrow tu pada gambar mengikut arah gerakan yang kau orang nak buat dia jadi bergerak.


6. Lepas dah tambah arrow gerakan animate tu, pilih MASK untuk highlight bahagian yang kau orang tak nak bergerak (statik).


7. Untuk buat gerakan perlahan atau laju pada bahagian animation tu, kau orang boleh SPEED. Kemudian tekan play untuk view gerakan yang kau orang dah buat tu.


8. Dah puas hati, lepas tu boleh lah save. Tekan icon share tu.
Export Sizes
• GIF, aPNG - 600px
• MP4 - up to 1200px
• MP4 for camera roll - up to 1920px for most devices
• MP4 for camera roll - up to 1200px for iPhone 5S and iPad Air


9. Kau orang boleh save ikut kesesuaian yang kau orang nak. Kemudian save to camera roll. Siap! 

Mudah sangat kan? Aplikasi yang sangat friendly user.

What's New in Version 1.4
- Improved compatibility with iOS 11 and iPhone X
- Drag & Drop support
- Hold undo/redo button to undo/redo all changes in current session
- Full HD resolution enabled for all MP4 export presets
- Speed optimization and bug fixes

Sangat menarik buat gambar bergerak macam ni. Lagi-lagi kalau view yang cantik. Sesuai juga untuk buat gambar bergerak pada produk yang kau orang jual tu untuk tujuan promosi. Thumbs up!
Selamat pagi! Alangkah seronoknya kalau pagi-pagi dapat pergi hiking dan menikmati udara segar dalam hutan tu. Huh! Lama sangat tak pergi hiking rasa rindu pula. Rindu nak sakit kaki, rindu nak sakit peha, rindu dengan alam semulajadi. Rindu nak sakit tu bukan tahap rindu teruk lah. Rindu biasa-biasa je. Keluar peluh barulah rasa rehat dari menghadap kerja hari-hari. Kerja yang tak pernah habis.

Well, kalau sesekali ada masa dan berpeluang hiking memang seronok. Untuk kau orang yang suka hiking dan nak menikmati keindahan semasa hiking, Fiza kongsikan beberapa senarai bukit dan gunung yang menarik untuk hiking di Malaysia

senarai-bukit-dan-gunung-yang-menarik
Kredit image : Lokalocal

Johor
Mount Pulai : Easy
Gunung Muntahak : Moderate
Gunung Arong : Easy
Gunung Ledang : Moderate to Fairly Challenging

Melaka
Bukit Beruang : Easy

Negeri Sembilan
Gunung Datuk : Easy to moderate
Bukit Batu Putih : Fairly easy
Gunung Angsi : Moderate to Challenging

Kuala Lumpur
Kiara Park : Easy
Taman Eco Rimba : Easy

Selangor
Broga Hill : Easy to moderate
Gasing Hill : Easy to moderate
Templer Park : Easy
Bukit Chenuang : Moderate to Hard
Chilling Waterfall : Moderate
Jugra Hill : Fairly easy
Saga Hill : Moderately challenging
Bukit Tabur : Moderately challenging

Perak
Maxwell Hill : Moderate 
Bukit Kledang : Moderate to Challenging
Gunung Bujang Melaka : Moderate
Gunung Liang : Challenging to Very Challenging

Pulau Pinang
Penang Hill : Moderate
Teluk Bahang : Moderate

Kedah
Gunung Raya : Easy to Moderate
Gunung Baling : Easy to Moderate
Mount Jerai : Moderate

Perlis
Pintu Wang Gunung : Moderate
Bukit pelarit 553m -perlis

Pahang
Gunung Nuang : Challenging
Panorama Hill : Easy
Cameron Highlands : Moderate to Challenging
Pine Tree Trail : Challenging
Taman Negara : Easy to Very Challenging
Gunung Tahan : Very Challenging

Terengganu
Bukit Keluang : Easy
Chemerong Hill : Moderate to Challenging

Kelantan
Gunung Yong Yap : Challenging
Gunung Stong : Challenging
Gunung Chaman : Very Challenging

Sabah
Bukit Botak : Moderate
Bukit Padang : Easy
Mount Trusmadi : Very Challenging
Mount Kinabalu :Very Challenging

Sarawak
Lintang Trail : Moderate
Mulu National Park : Challenging
Mount Santubong : Moderately Challenging

Sebenarnya ada banyak lagi bukit dan gunung yang menarik, ini antara yang paling menarik. Bila dah ada senarai macam ni senang lah kau orang nak buat senarai mana yang dah pergi tu kan dan untuk pergi akan datang. Disertakan sekali difficulty level, jadi kau orang boleh pergi mengikut tahap kemampuan masing-masing. 

Daripada senarai di atas, Fiza dah berjaya hiking Broga Hill 5 kali, Bukit Batu Putih sekali, Gunung Angsi sekali dan Gunung Datuk 2 kali. Yang lain-lain belum berkesempatan lagi. Kalau ikut tahap Fiza ni fairly easy, easy, moderate dan moderate challenging je mampu. Yang betul-betul challenging tu tak pasti cukup kuat ke tidak kaki ni nak mengharunginya. Pewai lah macam biasa. Fuhhh!

kredit :siakapkeli & lokallocal
Dah kenapa sana sini tak tun tuang tak tun tuang! Menjadi-jadi pula viral tak tun tuang dia. Disebabkan semangat nak tahu, gigih lah mencari apakah tak tun tuang yang dia orang maksudkan tu. Oh rupanya lagu kat youtube tak tun tuang tu.


tak-tun-tuang
Gambar sekadar hiasan
Kenapa jadi viral? Katanya lawak dan luar biasa mungkin? Itu yang jadi viral. Lagu tak tun tuang di nyanyikan oleh Isil/Upiak Isil dari Indonesia. Lagu "Tak Tun Tuang" menceritakan kisah seseorang yang berbangga dengan diri sendiri walaupun apa orang lain kata. Yang penting, dia tak kacau orang. Begitulah kot lebih kurang. No wonder lah dalam video tu dia punya serabai lain macam. Tak tun tuang betul. Tak tahu nak kesian ke nak gelak tengok video Tak Tun Tuang ni.

Tapi baris lirik pertama dah buat rasa tak tahan nak gelak. Lirik baris pertama juga ramai yang buat caption di media sosial..Siapa buat? Baik ngaku..Hihi

Lirik Lagu Minang Tak Tun Tuang - Isil / Upiak Isil

Aku belum mandi 
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga 
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali 

Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang

Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang... iiiyesss

Aku belum mandi 
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga 
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali 

Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang

Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang... iiiyesss

Faham  ke tidak? Faham-faham sendiri lah ye kena bukak kamus minang ni. Maksud Tak Tun Tuang tu apa? Maksudnya adalah bunyi gendang.