Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online Dengan SAPS

Di zaman era teknologi yang semakin canggih ini, ibu bapa pelajar sekolah boleh semak keputusan peperiksaan pelajar secara online dengan wujudnya SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Tiada lagi terjadi kes pelajar menyorokkan buku rekod keputusan peperiksaan mereka daripada diketahui ibu bapa mereka disebabkan prestasi merosot ataupun keputusan peperiksaan yang teruk kerana takut akan dimarahi oleh ibu bapa. 

Selain itu, ada juga pelajar yang gigih meniru tandatangan ibu bapa mereka di dalam buku rekod peperiksaan sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. 

Untuk mengelakan perkara-perkara sebegini berlaku lagi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang berfungsi sebagai medium pengumpulan, penyimpanan serta menganalisis data-data keputusan peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Dimana sistem ini melibatkan semua pelajar sekolah di Malaysia, iaitu:

  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga Tahun 6
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini dapat memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan serta memantau prestasi dan markah keputusan peperiksaan secara online. Sistem ini juga untuk lebih memudahkan para guru untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar secara online. Selain itu, ibu bapa juga boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan anak mereka untuk simpanan. Namun, sistem ini hanya untuk keputusan peperiksaan dalaman sekolah sahaja, iaitu:

  • Ujian 1 dan 2 
  • Peperiksaan pertengahan tahun
  • Peperiksaan akhir tahun
  • Peperiksaan percubaan

Ibu bapa dan pelajar tidak boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini untuk menyemak keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Untuk berbuat demikian bolehlah terus merujuk kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online


Langkah 1
Pergi ke website https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk masuk ke laman utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk semakan ibu bapa:

Langkah 2
Carian Murid, Masukkan maklumat no. sijil lahir (bagi anak yang bersekolah rendah) atau kad pengenalan (bagi anak bersekolah menengah) tanpa simbol“-” atau SPACE. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
>>Tekan butang cari

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 3
Setelah masukkan no.sijil lahir ataupun kad pengenalan, seterusnya pilih negeri Sekolah.
>> Masukkan negeri sekolah pelajar 
>> Tekan butang Cari Disini
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 4
Kemudian senarai semua sekolah di negeri yang dimasukkan akan dipaparkan. Untuk memudahkan pencariaan, terus taip nama sekolah, kemudian klik nama sekolah.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 5
Setelah nama sekolah dipilih. 
>> Tekan butang semak.


Langkah 6
Maklumat pelajar akan dipaparkan dan pilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin di semak oleh ibu bapa. 
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 7
Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak sama ada ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan UPSR/PT3/SPM.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 8
Tekan butang Papar Slip Keputusan bagi menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih bagi mengetahui maklumat lebih lanjut seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.

Tekan butang Papar Markah Peperiksaan bagi menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Bagaimana sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak?

Sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan bagi menyemak kembali Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) jika terdapat kesilapan teknikal. Biasanya kejadian seperti in berlaku disebabkan oleh kesalahan pengisian nombor kad pengenalan di APDM.

Semoga kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini boleh memberi manfaat buat semua pihak dan dapat membantu para ibu bapa dalam memantau serta meningkatkan lagi tahap prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah. Semoga anak-anak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan dan diusahakan. Semoga berjaya!!
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Wah... Memang senang mak bapak nak pantau dengan adanya sistem ni

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni dah senang sebab semua di hujung jari..kekya memang check.keputusan peperiksaan anak2 melalui online dah skarang ni..

    ReplyDelete
  3. Mana nak lari wahai anak, dulu bolehlah tiru tandatangan ayah kat report card.. huhu

    ReplyDelete
  4. haah betul. dah mudah dah skrg nak tgk results exam anak-anak.
    Akak skrg tgk online jer. Adam tak dapat paper lagi akak dah tau results hehe..

    ReplyDelete
  5. Kadang kala x boleh masuk laman web tu sbb server down ke?
    saps nkra

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.