iPhone 8 Blush Gold

Thursday, September 14, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sedia maklum iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X telah dilancarkan secara rasminya pada pukul 1:00 pagi 12 September 2017 dan akan mula di jual pada 22 September 2017. Pencinta warna merah jambu dah tentu lah tergoda teruk dengan warna iPhone 8 Blush Gold/ Copper Gold yang dikeluarkan menggantikan warna rose gold. Rose gold pun menarik juga!

Tapi dari pandangan mata Fiza, warna iPhone 8 Blush Gold ni lagi menarik perhatian mata peminat pink. Seriously cantik yang amat! Tapi untuk memilikinya rasanya kena simpan angan-angan dulu lah. Angan-angan je mampu simpan. Nak menabung entah tahun bila baru cukup. Kalau cukup pun, mesti dah keluar dengar model baru nanti kan.

Kredit foto : Google

Pencinta tegar iPhone confirmlah akan beli model terbaru ni sebagai koleksi. Ye, orang ada-ada je lah mampu nak pakai iPhone yang bertaraf tinggi ni. Harga dia boleh menangis tengok. Kalau takde RM6 ribu duduk diam-diam kat tepi. Perhati dari jauh je lah ye.

Well, kalau berbajet lebih memang Fiza nak iPhone Blush Gold itu. Siapa yang tak nak pakai handphone yang mahal serba serbi high end ni kan. Of course lah I do! Tapi buat masa ni cukuplah sekadar untuk padangan mata sahaja. Pun boleh lah.

Ciri-Ciri Menarik iPhone 8 and 8 Plus

➤ Silver, space grey, new gold finish
➤ Apple claims it's the most durable glass ever in a smartphone
➤ water and dust resistant
➤ 4.7" display in the 8 and 5.5" display in the Plus
➤ Stereo speakers. 25% louder than the speakers in the 7
➤ A11 bionic chip
➤ 12MP camera
➤ 4K 60fps video
➤ Cameras calibrated for augmented reality
➤ New Portrait Lighting feature: machine learning creates facial landmarks and enhances light effects on the face (8Plus)
➤ Wireless charging
➤ Pre order on September 15, available on September 22
➤ iOS 11 available on September 19
➤ 64GB and 256GB
Untunglah kalau dapat iPhone 8 Blush Gold ni. Jangan terbawa-bawa dalam mimpi pulak kang!
3 comments on "iPhone 8 Blush Gold "
  1. cantik kaler dia walaupun bukan peminat iponnn tp rega dia tu blh dpt sebijik kitchen kabinet. siappp aksesori bagai..ekekek

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dik Fiza...memang tergoda sangat ni tapi boleh pandang jak nak memiliki hanya dalam mimpi kot....hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature