Hari Bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

Saturday, September 09, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sekarang ni tengah sibuk dengan musim kenduri kahwin sana sini. Macam biasalah pemilihan tarikh perkahwinan biasanya akan dibuat ketika musim cuti-cuti. Keadahnya untuk memudahkan tetamu datang ke majlis. Tapi ada juga yang suka memilih tarikh hari yang biasa. Ikut suka masing-masing lah sebab majlis tu kau orang yang punya. Lebih bertuah kalau dapat buat majlis yang sama tarikh dengan harijadi dan kebetulan jatuh pada hari yang sesuai.

Hari ni 9 September 2017 (090917) tarikh yang cantik juga  merupakan hari bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran yang telah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup dengan mas kahwin RM300. Pasangan pengantin baru telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri.

Laudya Cynthia Bella pelakon Indonesia dan Engku Imran merupakan bekas suami Erra Fazira. Hari bahagia mereka juga bersama dengan Aleesya, anak Engku Imran bersama dengan Erra Fazira. Nampak manis bertiga di atas pelamin.

Hari Bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran
Kredit foto : google

Sebelum tu, gambar majlis mengaji Al Quran semasa pernikahan mereka telah menarik perhatian ramai dengan kemanisan raut wajah muka Bella yang sejuk mata memandang. Bagaikan bak bidadari katanya!

Kredit foto : google

Antara kata-kata Bella yang menyentuh hati 
“One step closer to happiness”
Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”.
Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.
Terimakasih ya Allah
#BAE
Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini.InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir.
YaAllah tolong jaga keluagaku. Amieennn…ea sayang kalian
Apa pun tahniah buat Laudya Cynthia Bella & Engku Emran . Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat. Doakan yang terbaik buat mereka dan yang terbaik juga buat kita.

Nota pink : Saja nak kongsikan gambar perkahwinan Laudya Cynthia Bella & Engku Emran  untuk entri hari ni. Entri santai-santai je sudah. Why so serius?
6 comments on "Hari Bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran "
  1. suka benar tengok Bella dengan baju dan tudung biru, nampak ayu sangat <3

    ReplyDelete
  2. Semoga terus berbahagia buat mereka...suka sangat bila tengok Aleesya jadi peneman Bella...

    ReplyDelete
  3. cantik Laudya tu...cuma prefer mekap dia masa mengaji tu..nampak natural..sbb dia mmg cantik dah & x perlu mekap tebal2... sama cam mekap Tunku Aminah masa kawin aritu..sweet jer nampak... :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature