Gaya Terkini Shawl Urban Neelofa

Thursday, September 28, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Neelofa, selebriti terkenal yang tak perlu diperkenalkan lagi. Juga merangkap usahawan muda yang berjaya. Siapa yang tak kenal dengan Naelofar Hijab. Satu jenama tudung yang popular di Malaysia kot! Berebut orang nak pakai sebab nak cantik pakai tudung macam Neelofa. 

Baru-baru ni agak kontroversi dengan gaya tudung turban Neelofa semasa minggu fesyen di Milan dan sekembalinya dari Amerika Syarikat, beberapa hari lepas dalam episod terbaru rancangan Meletop Neelofa menggayakan gaya terkini shawl dengan gaya urban mungkin. Belum ada nama spesifik lagi sebab masih baru gaya ni. Mungkin gaya ini akan di beri nama shawl urban Neelofa ke kan. Siapa tahu.

Mungkin gaya terkini tudung Neelofa akan menjadi ikut-ikutan kepada hijabista-hijabista di luar sana. Mula lah tu mencari tutorial di you tube kan? Kat instagram Neelofa pun dah ada yang request suruh buat tutorial. Nampaknya memang akan ada tutorial tudung Neelofa terkini ni nanti. Percayalah!

Neelofa tak pernah tak cantik

Kalau Fiza buat memang tak menjadi lah. Bukan tak menjadi malahan tak sesuai. Almaklumlah, bukan hijabista. Balik-balik pakai cara shawl standard yang sama je. Lain lah kau orang yang dah biasa pakai shawl berbelit-belit tu.

Nak pakai boleh cara macam ni tapi pastikan menutupi apa yang sepatutnya terlebih dahulu. Barulah nampak double cantik. Apa-apa pun tetap tahniah untuk Neelofa sebab dah berjaya sampai ke tahap yang sekarang. Bukan mudah nak berjaya macam dia. Orang kecam pun dia tak heran sebab dia berjaya pun bukan sebab atas usaha tukang kecam. Berjaya atas usaha dia sendiri dan dengan izin Allah dia berjaya.

By the way, bercakap tentang tudung Naelofar ni paling Fiza suka shawl lady warda. yang boleh digayakan dengan bermacam gaya. Material pun best! Tapi sayang, sekarang dah tak keluar lady warda lagi. Mana nak cari entah. Rugi tak beli banyak sikit masa beli hari tu. Kan dah menyesal! Kebanyakkannya jenis instant atau double loop. Yang shawl biasa punbentuk square hujung dia bukan curve. Aduhaiii...no more Lady Warda.
With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. Abih la...sure kakak dania nak cuba buat style macam ni...anak dara akak tu suka mencuba...

    ReplyDelete
  2. Moga semangat Neelofa terus dicontohi belia...hendak berfesyen tak ada salahnya asal lulus syarak..

    ReplyDelete
  3. oklah tu, reti jugak pakai shawl. saya pandai pakai bawal je

    ReplyDelete
  4. Kalau mama pun X sesuai berturban. X berapa masuk laa

    ReplyDelete
  5. Neelofa mmg bijak tonjolkan diri.. tp klu ena xsuaila kot pakai cmni muka dah lah bulat kn..haha..jdi mcm apa je kn nmpak penuh

    ReplyDelete
  6. dah cantik pakai apa pun cantik kan hehe.. tapi my personal opinion yg ada anak2 ni dah tak sesuai kot haha, asyik nak jaga tudung jer nnt dar jaga anak haha..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.