Aiskrim Magnum Red Velvet Terlajak Sedap!

Thursday, September 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mungkin orang lain dah makan berbatang-batang  aiskrim magnum red velvet yang super sedap ni. Tapi manusia yang bernama Fiza ni baru nak merasa aiskrim magnum perisa red velvet ni. Yang lain dah merasa, cuma red velvet baru dapat merasa. Kebetulan tengah shopping yang tak di rancang, nampak pula ais krim magnum red velvet ni terus ambil sebab macam teringin nak rasa je.

The Most Playful of Magnum Pleasures

Indulge in the most playful of Magnum pleasures with new Magnum Red Velvet. Rich chocolate ice cream swirled with cream cheese sauce and coated in Magnum cream cheese flavoured cracking white chocolate. Discover the pure joy of indulging in your playful side-Magnum
Balik rumah of courselah tak sabar nak rasa. Seriously Fiza suka dengan gabungan white chocolate  dengan red velvet ni sama macam gabungan kek red velvet. Rasa aiskrim magnum red velvet ni tak cepat muak walaupun rasa lemaknya terasa. Rasanya sedap tak terkata sedap. Rasa nak kemam je tak nak telan boleh tak?


Rasa white chocolate yang tidak terlalu manis pada Fiza. Mungkin pada orang agak manis tapi tidak pada Fiza. Selalunya kalau makan yang classic atau double chocolate cepat muak kan. Tapi red velvet tak muak lansung! Ye lah, kalau dah pencinta red velvet mana nak muak. Betul tak?

Ais krim magnum boleh di katakan ais krim yang premium juga. Harganya bukan seperti harga ais krim biasa dan bukan luar biasa. Harga masih mampu beli lagi kalau nak di bandingkan dengan aiskrim baskin robbins ataupun haagen dazs. Kalau beli 1 batang, harga dia lebih kurang dalam RM4.++ dan kalau nak jimat boleh beli yang triplet Pack dengan harga RM10.++ kalau tak silap Fiza lah. Lebih murah dan lebih berbaloi semestinya.

Kalau nak makan sesekali boleh lah. Kalau hari-hari rabak juga poketnya kan dan rabak juga diet kalau di kira kalori dalam ais krim tu. 
4 comments on "Aiskrim Magnum Red Velvet Terlajak Sedap!"
  1. sha takpernah try lagi nii, kena tunggu batuk baik dulu baru boleh gi cari hehe

    ReplyDelete
  2. belum cuba.. teringat dulu ms pregnen yg n0. 2 tu, mmg addict dgn asikrim magnum strawbery. seminggu mesti 2x beli hehe

    ReplyDelete
  3. perghh sdapnya akak.. busyra tak pernah try lg yg ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature