Aiskrim Hitam Arang Thailand Yang Macam Best!

Wednesday, September 27, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bila cuaca tengah panas, dapat pula makan aiskrim yang sedap terasa nikmatnya. Kau orang dah cuba belum Aiskrim hitam Thailand yang macam best tu? Katanya aiskrim ni sangat popular di Thailand yang kini dah masuk jualan di Malaysia.

Cawangan pertama aiskrim arang Thailand telah dibuka di Element Mall, Melaka. Mall yang juga baru di Melaka. Orang Melaka mesti lah tahu kan?

Kenapa Nama Aiskrim Arang?

Setelah Fiza google tentang maklumat aiskrim arang ni. Fiza masih tak dapat maklumat yang tepat. Jadi tak tahu kenapa namanya arang dan kenapa ianya sangat popular di Thailand. Tapi kalau di ikutkan aiskrim berwarna hitam ni dah lama bertapak di Los Angeles, California. Aiskrim ini dikenali dengan nama Goth Ice Cream dan nama kedai tersebut Litter Damage Ice Cream Shop. Disebabkan asikrim ni warna hitam. Jadi di beri nama Goth iaitu gothic. Arang tu digunakan sempena warna atau perisa? Mohon jawab kalau kau orang tahu jawapannya. 

Bila munculnya menu yang rare ni, mulalah ramai yang nak mencubanya. Kadang kala diri sendiri pun terjebak sama. Dapat rasa sekali pun dah cukup untuk memuaskan hati sendiri. Nampaknya semakin hari semakin sesak bandar Melaka tu kena serbu setiap minggu.

aiskrim-hitam-arang-thailand-yang-macam-best

Tergoda tengok aiskrim "walaupun hitam tetapi manis" ni. Apakah rasa di sebalik aiskrim hitam arang ni? Teringin nak rasa!. Nampak je warna hitam ni terus terasa macam aiskrim coklat yang hitam pekat likat tu. Wow!

aiskrim-hitam-arang-thailand-yang-macam-best
Kredit foto : CempedakCheese

Agak-agak berapa pula harga untuk 1 kon aiskrim yang di hiasi dengan biskut oreo dan biskut stick ni? Adakah bawah RM10? Bawah RM5? Kau orang rasa? Kalau mahal, mungkin sekali je la mencuba aiskrim hitam arang ni. 

Aiskrim hitam arang ni nampak menarik dan unik sebab warnanya! Lagipun kita dah biasa tengok aiskrim yang bewarna warni tu. Aiskrim warna hitam memang jarang sekali kita nampak kan. Bagus juga idea membuat aiskrim hitam. Lain daripada yang lain dan marketing yang bagus juga dalam penjualan aiskrim.

With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. mggu ni trn melaka nk try lah... dah lama tgk ais krim ni kt IG ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnya dapat merasa. harap ada rezeki fiza juga merasa :)

      Delete
  2. Mcm2kan..dulu burger hitam..skrg aiskrim plak hitam..hehe.. tgk pon tliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..lepas ni fenomena makanan apa pulak yang hitam :)

      Delete
  3. eh aiskrim tu mcm memanggil-manggil je... bestnye kalau dpt mkn aiskrim

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi..hitam itu menawan katanya.hehe

    ReplyDelete
  5. wow... menariknya aiskrim itam ni... cam elegant lak nampak...

    ReplyDelete
  6. Menariknye..aduh, bila la nak turun melaka ni..huhu

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa, tapi mcm ala2 roti mcd hitam tu jugak kan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.