Butter Chicken Masak Cara Fiza

Friday, August 18, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kau orang lunch apa tadi? Hari ni Fiza masak menu istimewa sikit disebabkan husband ada kat rumah masa lunch, jadi masak butter chicken untuk pertama kalinya. Ya, untuk pertama kalinya Fiza masak butter chicken. Entah kenapa rasa tiba-tiba nak mencuba masak butter chicken masak cara Fiza definitely. Setelah Fiza google dan scan resepi butter chicken yang mudah. Akhirnya menjadi menu chicken butter Fiza. Menu yang mudah dan ringkas.

Butter Chicken Masak Cara Fiza

Bahan bahan
Bahagian dada ayam ( dipotong²)
1-2 cubit garam
1 sudu besar gula
1 camca serbuk lada hitam
1 camca serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Butter ( potong dalam tebal 1 inci)
Beberapa potong cili padi- Ikut tahap kepedasan masing-masing
2 pelepah daun kari
200ml susu segar ( guna air kotak fresh milk dalam separuh lebih sikit-ikut kepekatan masing-masing)
2 keping cheese
Minyak masak

Cara Masak
1. Perap ayam bersama garam, gula, serbuk lada hitam, serbuk kari, tepung gandum dan telur selama 30minit.
2. Selepas 30 minit, goreng ayam sehingga masak. Lagi garing lagi sedap. * Gunakan non stick pan. Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan dahulu.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama tapi keluarkan dulu minyak goreng ayam tadi. Panaskan butter dalam kuali, tumiskan cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan cheese.
4. Akhir sekali baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Masak cara Fiza, Fiza kurangkan penggunaan garam dan gula. Sebelum kau orang tutup api tu lebih baik rasa dulu. Jika kurang rasa, kau orang boleh tambah garam. Jika terpedas, tambah gula. Nak lagi sedap sikit boleh tambahkan serbuk lada hitam lagi. Ikut citarasa masing-masing ye.

Tapi Butter chicken ni tak boleh makan selalu sebab cepat muak dengan creamy ditambah dengan cheese tu. Tak sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet. Sesekali teringin tu bolehlah layankan tekak ni.
7 comments on "Butter Chicken Masak Cara Fiza"
  1. Perghhhh sedapnyaaa. Ena haritu baru buat. Tapi jenis yang tak berkuah. Lepas ni nak buat letak banyak sikit susu nya. Nyumnyum! Fav! Lepas tu nak try cara kak fiza letak cheese

    ReplyDelete
  2. memang sgt sedap! Tapi x pernah pula cuba letak cheese mcm fiza ajar ni. Orait, bleh cuba ni!

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak. nnt nak buat la.. mesti budak2 suka ni..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa.....kalau buat mcm shellout tu pun sdapp ni

    ReplyDelete
  5. Kena cuba ni hehehe pernah buat dgn udang je.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature