Tisu Basah Serbaguna

Wednesday, April 12, 2017

Tisu basah bukan benda wajib yang mak mak je bawa ke mana saja. Untuk Fiza, tisu basah salah satu benda wajib ada dalam kereta dan juga hand bag. Kenapa perlu letak dalam kereta? Kadang-kadang kita makan dalam kereta susah nak basuh tangan kan. Jadi bila ada tisu basah tak perlu lah nak keluarkan botol air dan mana pula tempat nak cuci tangan. Tak kan nak buka tingkap dan basuh tangan dan dan tu juga. Jadi ada tisu basah memudahkan kerja.

Kalau ada tertumpah makanan basah di baju atau dalam kereta pun senang nak lap ada tisu basah. Letak dalam hand bag tu tujuanya senang nak tanggalkan make up untuk solat. Bagi Fiza agak leceh nak bawa pencuci muka atau make up remover melainkan korang rajin nak bawa. Guna beberapa helai pun dah cukup bersih untuk make up yang nipis-nipis. Nak senang tanggalkan make up, make up simple simple je sudah. 

Dulu Fiza suka beli jenama pureen jenis pack kecil senang nak bawa travel sana sini. Nak masukkan dalam hand beg pun muat ruang. Murah pun murah dalam RM3.++ kalau tak silap sebab dah lama sangat masa beli ni. Harga sekarang tak pasti.


Lepas tu beli packaging yang banyak sebab sedar yang banyak kegunaannya. Beli yang 100 helai tu. Simpan je dalam kereta.



Satu hari tu Fiza terlupa nak letakkan semula tisu basah dalam kereta. Terpaksa lah beli tisu basah yang baru sebab nak guna untuk tanggalkan make up. Kalau cuci guna air atau tisu biasa memang kurang bersih lah jawabnya. Make up remover memang tak bawa pun. Singgah lah petronas pergi beli. Husband belikan tisu basah jenama kleenex khas untuk tangan dan muka. Mungkin jenama ni je yang ada kat Mesra Petronas tu. Janji ada, Fiza tak kisah lah jenama apa pun. Fiza tak ingat harga tapi dalam tu ada 3 pack travel setiap satu ada 10 helai.


Pertama kali guna tisu basah jenama kleenex ni dah buat Fiza tersuka tanpa sengaja. Sangat berbeza dengan tisu basah yang pernah Fiza guna sebelum ni. Bau wangi macam tisu basah yang lain juga dan lebih lembap. Tesktur tisu bercorak dan tebal sikit. Kalau di tanya Fiza suka yang mana, of courselah suka yang kleenex ni sebab ada packaging yang kecil dan mudah di bawa kemana-mana. Lagi pulak, tisu dia best. Tapi sayang bila Fiza cari kat Mydin, AEON, tesco takde pun. Yang ada jenama pureen je. Entah mana nak beli stok entah le. Tak kan ada jual kat Mesra Petronas je. Ada sesiapa guna atau tahu kat mana nak beli selain Mesra Petronas. 




With Love,
image

5 comments

  1. betul tu, tisu basah wajib ada dlm beg seorang wanita hehe

    ReplyDelete
  2. yep ju sokong xsemestinya mak2 sj yg guna tisu basah, ju pun guna ni. stok dekat ruma smpai 3-4pek utk tisu pureen =D

    ReplyDelete
  3. memang wajib ada dalam handbag dan kereta..senang nak lap anak...hehehe

    ReplyDelete
  4. ni mmg sentiasa ada dlm beg seorang ibu..hihi

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu