Tempahan Sampul Duit Raya Hipster 2017

Sakan masing-masing nak sambut raya. Eh, ramadhan pun belum masuk lagi. Semua tempahan untuk persiapan raya ramai dah ambil awal dan tutup tempahan awal. 

Masing-masing tak nak terlalu sibuk dengan persiapan raya bulan puasa nanti. Jadi, bolehlah penuhi masa bulan puasa dengan pengisian pahala. Betul tak?

Disebabkan itu, saya pun nak buka tempahan sampul duit raya hipster awal tahun ni sebabnya saya pun nak banyak berehat di bulan puasa juga. Tak nak lah jadi macam tahun lepas agak bertungkus lumus nak siapkan tempahan sampai kerja lain pun terganggu disebabkan ramai yang tempah last minit. 

Jadi, siapa tempah last minit tahun ni memang saya terpaksa mengecewakan kau orang je lah. Nampak macam kejam kan tapi lagi kejam kalau kau orang tempah last minit.

Tahun ni ada pembaharuan sikit sampul duit raya hipster yang saya buat. Sebelum ni saiznya kecil dan perlu lipat duit untuk masukkan dalam sampul. 

Tapi tahun ni saya dah upgrade sikit jadi saiz lebih besar dan tak perlu nak lipat duit dah. Saiz duit RM50 pun muat. Dan ada beberapa design yang baru. Lebih hipster kononnya. Padahal gitu je la hipster nya pun.

Lagi satu pembaharuan yang saya buat, lebih murah dari yang sebelum ni. Suka tak? Kualiti masih sama menggunakan laser ink. Macam biasa, mengekalkan gaya hipster masih menggunakan kraft paper dan yang penting glueless. 

Tahun ada saya buat 5 corak yang menarik. AN1, AN2 dan AN3 masih corak yang sama macam tahun lepas. Tahun ni saya tambah lagi 2 corak (AN4 & AN5) yang agak hipster. Hipster ke?


Paling penting, sampul raya boleh tulis nama sendiri dan nak tempah dalam kuantiti sikit pun boleh. Tapi kalau beribu riban tak sanggup lah saya sebab buat secara manual bukan pakai robot. 

Handmade okey! Nak gunting dan lipat tu memang kena ada kegigihan terlampau. Handmade with love by saya.






Maaf, kalau kualiti gambar kurang best sebab ambil gambar waktu malam pencahayaan kurang. Nanti saya kongsikan gambar yang lebih cantik ye baru jelas tengok.

Closed up 

Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 90gsm
Glueless
Minimum order : 10pcs
Pos : Selasa dan Khamis

Harga Sampul Duit Raya Hipster
10pcs = RM6
20pcs = RM12
30 pcs = RM18
40 pcs = RM24
50 pcs = RM30
Postage RM8 SM | RM11 SS

Saya cadangkan lebih baik tempah banyak baru berbaloi nak pos. saya gunakan pos laju sebab lebih selamat. Kalau gunakan pos biasa agak risiko kalau tak sampai dan tak boleh nak trace. Bagi yang berminat, boleh tempah awal ye. Proses menggunting dan melipat agak mengambil masa.



6 comments:

  1. cantiknyaaa.. sejak2 makin tua ni memang memberi tidak menerima da hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..bagus tu, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima..betul tak? :)

      Delete
  2. cntik smua design ni, harga pun bbaloi ju tgk ! =D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.