Sarapan Pagi Roti wholemeal dan Telur Hancur

Selamat pagi semua orang. Dah sarapan ke belum? Untuk sediakan menu sarapan pagi, kebanyakkan orang lebih memilih masakan menu yang mudah-mudah. Ye lah kan, pagi-pagi biasanya agak sibuk dan kelam kabut nak bersiap pergi kerja. Itu kalau sediakan masakan sarapan pagi sendiri. Kalau orang lain buat, sudah tentulah nak menu yang sedap dan tidak semudah menu biasa-biasa yang buat sendiri.

Syukur dapat suami yang tidak cerewet. Apa yang Fiza masak semua dia makan kecuali yang dia memang tak makan. Tapi kalau apa yang dia tak makan memang Fiza tak masak lah. Untuk menu sarapan pagi, biasanya malam sebelum tu dah tanya dah " Esok nak sarapan apa?". Kalau dua-dua takda idea, Fiza masak telur hancur dan tepek atas roti wholemeal senang. Kalau tak pun, roti telur pun senang. Sebab roti telur kegemaran husband. Asalkan ada telur dengan roti dah okay dah tu. 

Tak perlu susah-susah nak buat nasi lemak, nasi goreng, kuew teow goreng bagai. Semua menu tu dibuat atas permintaan ataupun teringin nak makan. Tengah diet, kadang-kadang teringin tu makan juga cuma kurangkan minyak untuk menumis.



Telur hancur versi diet perlu gunakan non stick pan sebab nak goreng telur tanpa gunakan minyak. Kalau nak gunakan minyak sangat, guna minyak zaitun. Letak sikit dah memadai. Tak perlu letak garam tapi Fiza tambahkan lada sulah untuk penyedap rasa. Kau orang yang tak diet tu boleh letakkan mayonis lagi sedap. Roti tu kalau nak bakar dulu pun boleh. Ikut suka kau orang. Kalau tak cukup masa, cukup sekadar roti kosong wholemeal tu. 

Hidangkan bersama green tea tanpa gula atau pencinta kopi boleh memilih kopi o tanpa gula. Biasanya Fiza buat green tea je sebab husband tak suka kopi o. Lagi-lagi tanpa gula. Green tea tanpa gula macam takde rasa sangat. Jadi, bolehlah dia telan. Kenalah gigih hadap cabaran untuk kurus. Untuk diri sendiri juga bukan untuk orang lain. Fighting!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.