Resepi Spaghetti Telur Masin

Monday, April 17, 2017
Perasan tak hari-hari ada saja up entri menu makanan sedap-sedap. Saja lah nak bagi kau orang rajin memasak hari cuti. Mana tahu tengah takde idea nak masak apa, boleh jadi bila tengok entri Fiza adalah idea nak masak apa  nanti kan. Bukan saja-saja nak bagi kau orang terliur. Hanya berkongsi menu dan resepi.

Sebelum ni pernah nampak kawan Fiza update gambar spaghetti telur masin di instagram. Macam menarik je untuk dicuba. Kebetulan juga ada stok telur masin lebihan masak udang goreng butter telur masin hari tu, terus rasa nak masak spaghetti telur masin. Google punya google jumpalah resepi yang mudah tapi Fiza tak ikutlah resepi asal sebab mereka masak hanya menggunakan telur kuning masin tu. Tapi Fiza derhaka sikit pada resepi asal sebabnya Fiza tak nak membazir atau simpan telur putih tu tak tahu nak masak dengan apa nanti. Jadi, gunakan sekali telur putih masin tu. Lagipun Fiza masak tak banyak, gunakan sebiji telur masin pun dah cukup rasa telur masin tu.



Spaghetti telur masin ni ala-ala spaghetti Aglio Olio je sebenarnya. Tak perlukan sos khas untuk masak. Bahan-bahan sos buat sendiri je kaedahnya. Lebih kurang juga caranya macam nak masak udang goreng butter telur masin.

Bahan-bahan
2 genggam spaghetti rebus dan toskan
1 biji telur masin direbus dan di lenyek-lenyek
Udang ( ikut suka nak letak berapa banyak)
3 ulas bawang putih cincang halus
1 biji bawang besar di potong dadu
3 tangkai cili api di cincang
1 tangkai daun kari
100ml susu full cream
1 sudu besar butter

Cara Masak

1. Panaskan kuali dan masukka butter. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api.
2. Setelah garing sikit dan naik bau, masukkan udang dan biarkan udang masak dan kemudian masukkan daun kari.
3. Masukkan telur masin yang telah di lenyek tadi dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi.
5. Last sekali masukkan spaghetti yang dah rebus masak tadi dan kacau rata. Siap!

Menu ni tak perlu letak garam dah ye sebab telur masin tu dah cukup rasa masin dah. Kalau nak letak black pepper pun ikut suka kau orang. Yang penting rasa telur masin tu ada.

7 comments on "Resepi Spaghetti Telur Masin"
  1. new resepi gandingan bersama telur masin. boleh try buat

    ReplyDelete
  2. Menarik ni.. Tak prnh lagi cuba resepi cenggini.. :)

    ReplyDelete
  3. alahai..sedapnya...terus rasa nak buat plak...

    ReplyDelete
  4. wow rare ni.. macam menarik je nak cuba..
    tak pernah beli telur masin sbenarnya.. selalu makan kalo ada kat kedai makan ja..

    ReplyDelete
  5. nmpk mudah nak buat tp ju xperna lagi buat spagetti sdiri dekat ruma =D

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature