Resepi Nasi Minyak Mudah

Dalam Fasa diet ni banyak betul dugaan dan cabaran terutamanya godaan makanan menu sedap-sedap. Tergoda betul alahaiii...Tekak ni pula mengada-ngada terasa nak makan itu ini. Apa yang Fiza boleh buat kalau nak makan macam-macam, Fiza kurangkan apa yang patut seperti kurangkan penggunaan minyak, garam dan gula. Biar tak berapa nak rasa macam resepi sebenar, janji boleh rasa apa yang kita nak rasa pun dah mencukupi. 

Sebelum ni Fiza pernah cuba menu tanpa garam, gula dan minyak. Tanpa minyak tu Fiza boleh terima seadanya tapi tanpa garam tu akan azab juga nak masuk tekak. Fiza berjaya beberapa hari je tanpa garam tu. Kemudian Fiza ambil keputuasan buat menu biasa tapi kurangkan penggunaan garam. Nasi tu tetap dalam kuantiti yang sedikit. Karborhidrat tak perlu ambil banyak sangat ye.

Husband Fiza kononnya nak makan nasi tomato tapi tak sempat nak beli barang takut Fiza tak sempat nak masak untuk berbuka. Jadi, belek punya belek stok apa yang ada. Fiza cadang buat nasi minyak je la yang lebih kurang nasi tomato sebab laukknya sama cuma nasi je berbeza. Jadi Fiza buat guna resepi nasi minyak yang mudah-mudah je la. Sajalah nak buat menu special sikit untuk berbuka. Hidangan lengkap nasi minyak mestilah kena ada ayam masak merah dengan acar. Acar ni ada pelbagai jenis. Yang Fiza tahu dan paling senang nak buat acara timun dan carrot.

Resepi Nasi Minyak Mudah

untuk hidangan 2 orang

Bahan-bahan
1 cawan beras perang (Fiza guna beras perang sebab diet)
3 cawan air (sukatan air ikut jenis beras)
1/2 biji bawang besar dihiris
1 btg kayu manis, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang. Kalau ada buah pelaga letak sekali.
1 sudu besar unsalted butter (biasanya orang guna minyak sapi tapi kat rumah takde minyak sapi, gantiakn dengan butter pun boleh)
1 ketul kiub ayam
serbuk kunyit 
garam secukup rasa

Cara Masak Nasi Minyak
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan butter dan masukkan bawang, rempah tumis dan goreng sedikit garing dan naik bau. 
3. Masukkan kiub ayam dan serbuk kunyit. Kacau rata dan kemudian masukkan beras. Kacau lagi. Kalau nak beras masak tu wangi boleh letak daun pandan.
4. Masukkan air mengikut sukatan beras dan taburkan garam secukup rasa.
5. Pindahkan campuran beras ke dalam periuk nasi dan biarkan masak.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1 Bahagian dada - potong kecil(kalau tak diet guna je bahagian yang mana-mana)
Secubit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang merah* dikisar
2 ulas bawang putih* dikisar
1 inci halia * dikisar 
1 batang serai - ketuk
1 batang kayu manis, 1 bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu besar cili kisar 
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kicap manis
1/2 sudu gula
Kalau nak berkuah tambah air sikit.

Cara Masak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hampir masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar. Masukkan rempah tumis, serai dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Jika agak kering, tambahkan air sikit.
3. Taburkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Biarkan masak.

Disebabkan Fiza guna bahagian dada, jadi masa memasak tu agak cepat sikit.


Resepi Acar Timun
Bahan-bahan 
1/2 biji timun jepun
1/2 batang carrot
1 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
Secubit Garam
1 sudu gula
1/2 sudu kecil cuka makan

Cara Masak
1. Hiris timun, carrot, lada merah dan bawang merah.
2. Kemudian gaul rata dengan garam, gula dan cuka makan.


Siap sempurna nasi minyak untuk hidangan berbuka. Alhamdulillah menepati citarasa tekak sendiri dan husband.  


Lepas ni kita cuba masak nasi tomato pula.

6 comments:

  1. wah nampak menyelerakan. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Fizaaaaaaaaaaaaa sedapnye... Paling mengancam jiwa acar timun ngan ayam tu.. hadoii..

    ReplyDelete
  3. Dlm masa cuti 3 bln no boleh la try nanti

    ReplyDelete
  4. kira macam buat nasi tomato jugak..bahan nya sama je fiza...lagi senang..selalu tak pakai pes tomato,blend je tomato tu...hehe

    ReplyDelete
  5. wahh mcm hidangan restoran ju tgk =D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.