Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Menu Diet Dinner : Ayam Kukus Halia


Bertemu lagi dalam entri resepi menu diet. Resepi yang mudah-mudah je. Baru lah kau orang senang nak buat nanti. Fiza pun ambil yang mudah dari dapur eat clean. Menu ayam kukus halia sesuai untuk makan malam. Sangat sesuai untuk mereka yang amalkan diet dan pada mereka yang tak amalkan diet pun boleh cuba kalau mahu. Cuma kalau yang bukan pendiet tu perlu tambah garam sikit untuk lagi sedap. yang diet tu cukup sekadar bahan yang perlu sahaja ye.


Bahan-bahan
100gm dada ayam-dipotong kecil
Brokoli-dipotong kecil
1 inci halia
2 sudu kecil lada hitam

Cara Membuat
1. Kukus ayam, halia bersama lada hitam terlebih dulu
2. Apabila ayam hampir masak, masukkan brokoli dan biarkan masak.

Mudah sangat kan cara nak masak ayam kukus halia ni. Biasanya untuk menu diet ni, Fiza akan perap dulu. Nanti nak masak cuma tinggal keluarkan dan masak samada nak kukus, bakar dan rebus. sangat menjimatkan masa tak renyah. Cuma kau orang kena bertabah makan masakan tanpa garam. Nasib baik ada black pepper pun penyedap rasa.
Kukus adalah sejenis cara memasak bahan makanan dengan menggunakan wap dimana bahagian bawah berisi air dan bahan makanan diletakkan  di bahagian lapisan atas. Dengan menggunakan kaedah kukus dapat mempertahankan rasa, warna, dan kandungan gizi dalam makanan yang dimasak (vitamin) tidak hilang kerana larut dalam air. Mengukus adalah cara memasak terbaik untuk mereka yang mahukan makanan yang berkhasiat.
Jadi, mulai sekarang kalau nak turunkan berat badan gunakan kaedah memasak cara kukus je. Lagipun lebih mudah tak perlu nak menumis bagai. Bahan-bahan pun sikit je. Masak pun cepat. Sedap pun sedap. Betul tak? Cuma nak tak nak je la. Apapun nak diet kena bertekad dan jiwa kental hadapi dugaan makanan sedap yang lain. Kalau dalam seminggu dah biasa, inshaAllah akan datang pasti tak tergoda dengan makanan sedap yang berlemak, bergoreng semua tu. Tapi sesekali cheat day kira boleh lah kan. Bukan apa, kadang-kadang tekak teringin juga makan sedap-sedap. Lepas tu hapuskan lemak dengan bakar kalori.

Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

12 comments:

  1. Semoga berjaya misi diet kak

    Makan resepi kukus sedap jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fae. Sedap tu memang sedap tapi kalau jemu hadap je :)

      Delete
  2. Resepi senang! Makan macam ni pun sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat senang dan sedap juga kalau ada garam :)

      Delete
  3. Yeahhh choyok2 fiza.. moga mendapat berat badan yang diidamkan,...

    ReplyDelete
  4. sama la dgn Liez... sometimes dh jemu makan ayam bakar je... tapi liez mkn lebih sikit because BF anak lagi...good luck fiza

    ReplyDelete
  5. menu sihat ni kak.. bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  6. Menu simple .. all the best ya fiza. Moga mendapat berat idea yang diidamkan

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor