Kinohimitsu Collagen Diamond Perilla Seed

Perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan sejak zaman berzaman. Tak pernah lagi jumpa perempuan yang tak nak cantik. Semua perempuan nak cantik. Di zaman serba moden ni bermacam teknologi ada untuk jadikan perempuan lebih cantik. 

Tapi bukanlah dengan cara pembedahan plastik semua tu tapi kita boleh jaga kecantikan dengan mengamalkan pengambilan vitamin, makanan tambahan dan sebagainya.

Walaupun dah moden tapi ada juga yang masih mengamalkan cara dan petua tradisional zaman dahulu kala. Tapi kau orang faham-faham je lah zaman sekarang malas nak amalkan benda yang leceh dan rumit melainkan ada masa banyak. 

Semuanya nak amalkan benda yang mudah. Salah satunya dalam menjaga kecantikan dengan mengamalkan minum/makan collagen.

Sebelum ni saya pernah cuba pelbagai jenis collagen. Kebanyakkannya saya cuba yang jenis serbuk. Pertama kali cuma minum minuman kolagen kecantikan jenis cecair. Entah apa rasanya agaknya ye. Agak teruja nak cuba jenis minuman ni. Dapat peluang rasa kinohimitsu collagen diamond perilla seed daripada Lazada Malaysia memang saya tak sia-siakan.


Antara kandungan yang ada dalam Kinohimitsu Collagen Diamond Perilla Seed. Korang sendiri tahu yang jenama Kinohimitsu dah lama di pasaran dan produk yang dikeluarkan semuanya adalah yang terbaik. Halal dan selamat di amalkan. 


Kalau kau orang ada masalah berkaitan dengan kulit muka, cuba amalkan Kinohimitsu Collagen Diamond Perilla Seed selama seminggu. Jika ada perubahan yang baik , terus amalkan.


Saya baru je minum satu botol sebab buat masa ni saya kena ikut jadual pemakanan saya. Setakat saya dah amalkan sebotol saya cuma rasa yang collagen diamond ni sangat sedap. Disebabkan kandungannya mengandungi lychee juice, memang terasa sangat rasa laici tu. Sedap! Bila dah sedap, memang tak teragak-agaklah nak amalkan selalu tanpa tinggal.

Dalam satu kotak ada dalam 6 botol, cukup untuk 6 hari. Disarankan ambil 1 botol je sehari samada ambil sebelum breakfast atau sebelum tidur. saya ambil sebelum tidur sebab biasanya waktu pagi saya selalu terlupa sebab mulakan setiap hari dengan air masak dulu.

Berita baik untuk kau orang semua yang nak cantik dengan Kinohimitsu Collagen Diamond Perilla Seed ni, boleh beli di Lazada. Ada banyak deal yang kau orang boleh dapat. Ada 1 kotak, 2 kotak dan ada pakej deal lain yang lebih berbaloi.

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.