Buat Jus Buah Lebih Senang Dengan Personal Blender

Thursday, April 06, 2017
Pensonic Personal Blender salah satu barang yang Fiza dapat dalam Lazada Surpri5e Box bulan lepas sempena ulang tahun Lazada Malaysia yang ke lima. Hari tu tak berkesempatan nak review panjang-panjang sebab tak cukup masa. Jadi, Fiza post mana yang ada je la dulu. Hari ni baru ada masa lebih untuk buat entri satu persatu.

Ramai juga blogger yang dapat personal blender ni. Fiza ingatkan setiap orang lain-lain barangan yang dapat. Apapun Fiza bersyukur sebab ada rezeki untuk Fiza dapat personal blender ni. Dah lama mengidam nak beli sebenarnya tapi bertangguh dan bertangguh. Akhirnya dapat juga untuk diri sendiri. Macam tahu-tahu je Lazada ni. Terima kasih Lazada kerana memilih Fiza antara blogger yang dapat Surpi5e Box.

Apa yang buat Fiza teruja sangat dapat personal blender ni sebab nak buat bermacam jenis air buah dan smoothie. Setakat ni belum cuba lagi buat ice blended. Nanti dah cuba Fiza akan update je entri ni. Paling Fiza suka dapat personal blender ni sebab di datangkan dengan 2 botol. Senang kalau nak buat 2 hidangan air dan boleh buat 2 jenis air buah. Betul tak?


Tak perlu dah nak bersusah payah buat air buah dalam blender biasa tu. Leceh juga nak pindahkan air dalam botol air kalau nak bawa bekal. Bila dah ada botol macam ni senang je. Masukkan buah-buah yang dah dipotong dan air kemudian blend je. Tanggalkan pengisar dan gantikan dengan penutup botol. Dah boleh bawa bekal terus. 


Tersedia cangkuk untuk sangkut pada beg. Tak payah nak pegang guna tangan dah. Pada Fiza, sangat praktikal dan bagus adanya personal blender ni. Bukan setakat blend buat air buah je, boleh buat puree baby food juga. 


Sebelum ni harga dalam RM100.++ tapi sekarang Fiza tengok harga dah bawah RM100 dah. Kalau nak beli, beli sekarang sementara harga masih tengah murah. 
1 Year Local Manufacturer Warranty

BPA-free sports bottle
Stainless steel cutter blade
Safety lock protection
Switch "ON" with "Pulse" function.
Easily blend fruits, veggies and crush ice
Non-slip grip feets
Leak-proof lid and snap hook
Ideal traveller choice
Power : 250W

4 comments on "Buat Jus Buah Lebih Senang Dengan Personal Blender"
  1. Bagus jgk blender tu ye.. kalo convert duit Brunei dalam $40-$50 plus..

    ReplyDelete
  2. best juga dpt brg elektronik cmni kan. senang utk kgunaan harian kita =)

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature