Image Slider

Fresh Flower Murah-Murah

Monday, October 16, 2017
Punyalah susah nak mencari bunga segar @ fresh flower yang murah-murah area Seremban ni. Sebelum ni pernah pergi Seremban Florist beli fresh flower bouquet yang dah siap untuk konvokesyen anak buah Fiza. Harga boleh tahan murah juga tapi tak semurah harga bunga segar murah di Petaling Street.

Kalau di tanya kat mana kedai bunga murah, rata-rata akan jawab Petaling Street. Gigih lah Fiza dan husband pergi ke Petaling Street cari bunga segar untuk konvokesyen 2 orang anak buah Fiza. Motif utama memang nak beli bunga segar untuk buat sendiri flower bouquet. Tujuan lain saja nak tengok banyak mana murah yang dikatakan tu. Kalau berbaloi nanti boleh pergi lagi kan.

Chrystanthemum pom pom RM14.84 satu bundle ni. Boleh buat 2 flower bouquet

Sampai je kat sana, tak tentu arah mata ni nak tengok mana satu. Banyakkkkk sangat bunga yang ada. Rambang mata nak memilih. Pulak tu murah-murah daripada kedai bunga yang biasa-biasa yang pernah Fiza pergi. Dua tiga kali juga pusing-pusing dalam kedai sebab tak tahu nak buat pilihan yang mana satu.

Baby breath 1 bundle RM2+.++, baby filler, yellow peacock harga belas-belas je 1 bundle.

Aim Fiza bukan lah bunga ros sebab dah biasa sangat dengan bunga ros. Jadi, pilih yang agak rare dan tak sama dengan orang lain. Well, Fiza lebih suka sesuatu yang unik dan tak sama dengan orang lain. Baru nampak menarik.

Carnation RM14.++ satu bundle

Sebelah kanan bunga ros RM16.++ satu bundle 


Selain bunga, lengkap dengan barang-barang untuk buat hiasan bunga. Fiza beli sekali wrapper untuk flower bouquet. Banyak juga pilihan yang ada. Fiza beli 1 bundle Wrapper RM19.08. Senang untuk stok nak guna akan datang.


Hari tu Fiza cuma beli bunga chrysanthemum pom pom, statice dan yellow peacock je. Ikutkan hati nak je beli bunga-bunga segar yang lain yang murah gila ni.

Chrysanthemum pom pom 1 bundle RM14.84

Statice flower 1 bundle RM14.56
Yellow peacock 1 bundle RM12.72
Total semua RM61.20 sahaja untuk buat 2 flower bouquet. Nanti Fiza kongsikan hasil flower bouquet yang dah siap next entri. Kalau kau orang nak cari bunga segar murah, carilah di Petaling Street ada 2-3 buah kedai bunga yang popular dengan kemurahan harganya. Yang Fiza pergi nama kedai tu Lee Wah Florist Sdn Bhd. 

Kalau nak datang sini kau orang gunakan waze pun dah boleh sampai terus ke kedai. Tapi kat sini agak sesak untuk parking. Tapi jangan risau lah sebab ada tempat parking berbayar tak jauh daripada kedai tu. Kalau nampak kedai Lee Wah sebelah kanan, jalan depan lagi masuk kiri ada tempat parking berbayar. Agak mahal juga parking nya tapi takde pilihan parking juga kat situ. 1/2 jam RM3.50.

Lee Wah Florist Sdn. Bhd

Florist in Kuala Lumpur, Malaysia
129, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2078 2822

Makan-Makan Makanan Korea di Namoo Grey Korean Cafe

Kalau siapa suka tengok game show Running Man mesti tahu beberapa jenis makanan korea yang dia orang selalu makan dalam rancangan itu. Yang paling popular sudah tentulah kimchi. Cakap pasal korea je mesti ingat Kimchi! Kimchi pun dah senang nak dapat di Malaysia, salah satunya yang Fiza pernah cuba dan sedap adalah kimchi by Kak Lo. Halal dan pastinya sedap sampai Fiza repeat order.

Kimchi, kimchi dan kimchi. Itu saja lah makanan korea yang Fiza pernah makan pun. Yang lain-lain entah bila nak cuba rasa. Teringin nak rasa  tteokbokki buat sendiri tapi kemalasan melanda sebab bahan-bahan makanan korea susah nak dapat di Malaysia ni. Tak semua pasaraya ada jual. Kecewa! Bukanlah teringin sangat cuba nak rasa je lah. Tak lebih dari itu

Hari jumaat lepas, adik ipar datang rumah dan katanya nak belanja makan Bingsoo. Bingsoo ni kalau di Malaysia lebih kurang macam ABC. Ada ice shavings dan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan, jelly, aiskrim dan lain-lain.


Adik ipar ajak makan di Namoo Grey Korean Cafe di Seremban Gateaway sebab dia pernah makan sebelum ni. Kiranya boleh tahan sedap lah kot. Tak banyak soal, ikut kan je dah ada orang nak belanja. Bak kata "rezeki jangan di tolak. Kebetulan juga kerja tak berapa nak ada, so ada masa nak makan kat luar.


Air cuma order blue lemonade dan air mineral je. Elakkan minum air manis ye. Lagipun lebih jimat. Air blue lemonade pun dah RM8.90 dan air mineral RM0.60 kalau tak silap. Well, standard harga air minuman di cafe.


Ini antara makanan-makanan yang kami orang order. Fiza pilih korean spicy ramyun. Rasanya boleh tahan sedap ala-ala makan maggi kari campur kimchi kaedahnya. Di datangkan sekali dengan coleslaw, kimchi lobak dan kimchi ape entah lagi satu tak tahu namanya.


Adik ipar pilih tteokbokki chicken cheese kalau tak silap. Lupa sudah namanya. Akhirnya dapat juga rasa tteokbokki yang kenyal-kenyal tu. Tambah pulak dengan cheese dan sauce yang boleh tahan sedap masuk tekak.


Hot and spicy crunchy chicken pilihan adik ipar juga. Rasa dia crispy seperti namanya. Tak berapa nak pedas sangat. 

Husband pula pilih King cheese hot and spicy ramyun chicken. Yang ni antara masakan korea yang tersedap lah yang kami orang order. Samyang ramen tu macam lebih kurang makan samyang ramen pedas tu je. Bila di tambah dengan cheese yang banyak tu bertambah sedap.


Ini semua yang kami orang order. Tengok cheese bila di tarik tu. Tak mahu putus pulak dia. Kalau tak potong, tak tahu kena tarik sampai atas bumbung agaknya. Ini tak kelakar.


Sebelum habis makan main menu yang kami orang order, kami orang order Banana chocolate bing soo sebagai pencuci mulut. Pencuci mulut mana yang tak pernah tak sedap. Yang bestnya rasa manis tu tak manis sangat sebab ada snowy (ice shavings ) kat bawah sekali tu. Bila dah blend dengan rasa manis tu jadi tak terlalu manis. 


Stail makan di sini disediakan mangkuk kecil seperti stail orang korea makan. Orang korea kan makan ambil sikit-sikit dalam mangkuk dia orang untuk makan macam-macam hidangan. Kalau tengok hidangan dia orang atas meja memang banyak kan. Tapi makan sikit-sikit setiap satu menu tu. Dapatlah rasa setiap satu hidangan tu. Tapi kalau kau orang tak nak berkongsi nak makan sorang satu pun takde masalah. Takde sapa kesah pun. Cuma kalau kau orang nak feelings korea lebih, ikutlah stail makan korea. Total lost RM12+.++. Semoga murah rezeki yang belanja. Aaminn

Makan di Namoo Grey sangat selesa dan staff pun sangat friendly. Service tak lembap dan paling suka dengan dekorasi cafe. Yang penting, lagu korea sentiasa ON.

NAMOO GREY KOREAN FRESH FOOD

No. 3-L1, Level 1, Gerbang Gateway), 
Jln Sg Ujong, 70200 Seremban, 
Negeri Sembilan.

Datuk Siti Nurhaliza hamil empat bulan.Tahniah!

Saturday, October 14, 2017
Sah! Datuk Siti Nurhaliza hamil empat bulan. Tahniah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa. Wanita mana yang tak gembira bila dapat berita yang menggembirakan ini setelah 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Of course lah rasa happy.

datuk-siti-nurhaliza-hamil
Berseri-seri muka bakal ibu.

Bukan hanya Datuk Siti je yang happy, bahkan semua peminat Datuk Siti pun tumpang happy buat nya. Well, pengalaman mengandung dan melahirkan anak adalah saat-saat yang di nantikan oleh setiap wanita. Betul tak?
“Setelah melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya sedang hamil empat bulan,” katanya menerusi sidang media khas itu.
Selain itu Siti mendedahkan dia sebelum ini pernah beberapa kali melakukan rawatan feterliti bagi mendapatkan cahaya mata dan bersyukur usaha itu akhirnya berjaya.
“Sebelum ini ada bertanya sama ada saya tidak berusaha mendapatkan cahaya mata dan sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba lakukan rawatan feterliti.
“Alhamdulillah selepas 11 tahun berkahwin, akhirnya Allah memberikan kami rezeki dan tiada kata dapat menggambarkan perasaan saya. Kredit : www.mstar.com.my
Walaupun Fiza masih belum berpengalaman. Fiza percaya, satu hari nanti pasti akan tiba masanya juga. Doakan untuk Fiza juga ye. Allah telah membuat perancangan yang terbaik untuk setiap manusia. Percayalah pada perancangan Allah SWT dan dalam masa yang sama jangan berhenti berusaha, berdoa dan tawakal.  

Rezeki masing-masing. Ada yang kahwin terus dapat rezeki anak, ada yang tunggu berpuluh tahun baru dikurniakan rezeki anak. Walaupun kadangkala hati macam tisu tapi kenalah buat-buat kuat dengan pelbagai soalan manusia yang mungkin kurang faham atau mungkin takde topik nak di perbualkan. Takpelah, pujuk hati dan fikir positif.

Selagi masih berdua, bergembiralah dan nikmati hidup berdua sepuas-puasnya. Nanti dah ada anak, lain pula jalan ceritanya. Apa apa pun tahniah sekali lagi dan semoga segala urusan Datuk Siti dipermudahkan kelak. Aaminn...

Trend Terkini Pakai Bulu Mata Palsu

Friday, October 13, 2017
Biasa kita nampak bulu mata palsu di pakai di bahagian bulu mata. Nama pun bulu mata, haruslah pakai di bulu mata. Tapi trend terkini bulu mata di pakai di hidung. Bukan luar hidung tapi dalam lubang hidung. Motif??? Mungkin dipakai macam nak menonjolkan kononnya bulu hidung lah kot.

trend-terkini-pakai-bulu-mata-palsu

Ke salah tanggapan Fiza tu? Tak faham lah definisi seni kecantikan makeup ni. Ini boleh di panggil sebagai seni makeup ke macamana? Tolong jawab sis. Eh, tiba-tiba nak ber sis-sis pula. Ye lah, trend zaman sekarang juga kalau jual online tu semua sis-sis. I is cukup tak gemar. Cukup sekadar panggil akak, cik, puan, tuan dan panggilan yang lebih elok. Jarang nak ikut trend sangat.

Berbalik pada trend terkini pakai bulu mata palsu tu. Pertama kalau kau orang tengok mesti rasa geli. Pada mulanya Fiza ingatkan bulu hidung betul tapi setelah di amati betul-betul. Oh, bulu mata palsu rupanya. Hilang sikit kegelian tapi masih lagi geli. Lepas tu dok terfikir juga, gigih sungguh lau dia orang lekatkan bulu mata palsu dalam lubang hidung, siap rapikan pakai mascara lagi tu. Sejenis kegigihan yang terpuji betul.

trend-terkini-pakai-bulu-mata-palsu

Ada yang jadi ikutan di Malaysia tak? Setakat ni belum nampak lagi kelihatan. Kalau ada, hentikan je lah kot. Bukan nampak cantik malah sebaliknya. Nanti  kalau nampak hodoh, katanya cantik dalam bidang makeup. Jadi, kita yang noob bab makeup ni tak boleh nak cakap lebih-lebih. Nanti kena kecam. 

Apa pendapat kau orang? Yang pelik-pelik aje lah yang dibuat, lepas tu jadi viral. Then ada pula yang mencubanya. Berani ke kau orang keluar dengan bulu-bulu kat hidung tu? Confirm semua orang akan pandang pelik semacam je kat kau orang nanti. Apa apa pun biarlah berfesyen dan bermakeup ikut gaya yang sebetulnya. Jangan buat benda pelik-pelik dan jangan salahkan orang kalau pandang pelik pada kau orang nanti.  Jadi, tak payah buat okay!

MYLARA Skincare 4-in-1 Facial Set Bukan Produk Biasa-Biasa

Thursday, October 12, 2017
Untuk pengetahuan semua MYLARA SKINCARE 4-in-1 Facial Set satu lagi jenama terbaru dipasaran untuk produk penjagaan kulit muka yang lengkap untuk kekal sihat dan terawat. Menariknya, ia di rumus khas dari ekstrak tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan yang membuatkan produk MYLARA SKINCARE 4-in-1 Facial Set ini selamat digunakan oleh pelbagai jenis kulit muka.


Kulit sensitif ke, kulit berminyak ke, kulit kering ke, kulit kusam ke, kulit jerawat, kulit berjeragat, hiperpigmentasi dan sebagainya tetap kau orang boleh guna 1 set lengkap ni. Bahan-bahan serta formulasi juga telah di uji secara klinikal dari aspek keselamatan dan keberkesanan. Jadi, sila gunakan dengan yakin. Jika terdapat kesan sebaliknya, kau orang boleh buat aduan dengan cara yang betul sebab produk ni bukan produk timbang kilo yang kalau terjadi apa-apa kau orang tak boleh aduan. Jadi, pilih produk yang selamat di gunakan dan dipercayai.

Keistimewaan MYLARA SKINCARE

1. SELAMAT

Mylara diformulasi daripada bahan-bahan tanpa bahan kimia merbahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan serta dijamin halal untuk digunakan.

2. TERBUKTI BERKESAN

Produk Mylara telah laris terjual dan mempunyai lebih daripada 99 testimoni daripada pengguna-pengguna Mylara.

3. MUDAH DIGUNAKAN

Penggunaan yang mudah, ringkas dan sepantas 5 minit dengan 4 produk lengkap dalam 1 set untuk kelihatan lebih cantik.

4. KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 

Jika di pakai secara konsisten, kulit akan sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut yang baru.


5. TIADA KESAN SAMPINGAN

Mylara menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah. Di yakini selamat!

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Pencuci muka yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan makeup, minyak dan kekotoran pada muka. Menghilangkan kesan makeup pada mata dengan lembut serta eksfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Cuci muka dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.


Facial Toner (60ml) 

Pelembap wajah yang membantu proses semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, mengimbangi kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit kelihatan lebih sihat, anjal dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering: 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
- Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.


Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang merbahaya dengan SPF 30. Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Revitalizing Night Cream(7g)

Krim malam yang berfungsi mencerahkan kulit yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner


Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik?

  • untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka Mylara Skincare adalah pilihan yang tepat untuk merawat kulit muka kau orang. Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. 
  • Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini lebih menyakinkan untuk menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.
  • MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin yang sesuai untuk perempuan dan lelaki. 

Cara Untuk Membuat Pembelian MYLARA SKINCARE

whatsapp
013-9200960
Website
www.mylaraskincareofficial.com
Facebook
  www.facebook.com/mylaraskincare
Instagram
www.instagram.com/mylaraskincare
e-mail
mylaraskincare@gmail.com

Dapatkan secara PERCUMA dengan menyertai contest MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani untuk pemenang yang bertuah. Giveaway berlansung sehingga 15 Oktober. Cepat sertai sekarang dan mungkin kau orang pemenang di cari atau Fiza bakal jadi pemenangnya. 

KFC Spicy Sawadee Crunch. Pedas dan Rangup!

Inilah dia penangan godaan iklan televisyen. Pantang nampak makanan yang nampak sedap. Masa iklan tu juga rasa nak pergi beli. Kan? Kuat betul pengaruh iklan. Lain kali kalau ada slot iklan tu, pergi lah buat kerja lain. Kalau dah terpengaruh agak payah nak tepis.

Well, kalau kau orang perasan baru-baru ni ada keluar iklan KFC Spicy Sawadee Crunch Chicken tu. Fiza pun baru perasan tengok iklan tu semalam. Sejenis yang jarang tengok televisyen agak ketinggalan zaman sikit bab-bab iklan baru ni. Tak sure lah iklan dah lama atau masih baru. Apa apa pun iklan tu dah berjaya menggoda Fiza dan husband untuk membelinya.

Sedang elok pula iklan keluar masa tengah plan dengan husband nak makan apa untuk dinner semalam. Bila keluar iklan tu, tak payah fikir dah terus decide makan KFC Spicy Sawadee Crunch untuk dinner. Kebetulan menu tu macam menarik untuk di cuba. Why not try sebab Fiza memang suka menu yang ada Thai Thai ni. 

3-pc Spicy Sawadee Crunch Combo

Disebabkan tergoda lebih, terus beli 3 pcs ayam Spicy Sawadee Crunch. Pakej Combo ni sekali dengan ais lemon tea lipton, coleslaw dan mashed potato. 

Harga RM16.90 untuk satu set 3-pc Spicy Sawadee Crunch Combo

Harga agak berbaloi ke tidak? Berbaloi atau tak kalau dah teringin tu tolak tepi tentang harganya. Betul tak?

Rasa Rempah Ala-Ala Tom Yam

Negara Thailand kan sangat terkenal dengan rasa keseimbangan lima rasa asas dalam setiap hidangan atau makanan secara keseluruhannya iaitu rasa pedas, masam, manis, masin, dan pahit. Spicy Sawadee Crunch dihasilkan daripada gabungan cili, limau, bawang dan seafood spices. Jadi, bila semua bahan tu bergabung, Fiza rasa macam rasa tom yam. Pedas rempah tu memang sedap dan ada kalanya rasa macam masam limau tu. Memang terbaik lah! Plus, rangup! Sekali hadap, habis 3 ketul.

Gambar kurang menarik dan kurang menggoda sebab lighting malam tak cantik
Gambar Fiza ambil tu tak mungkin akan membuatkan kau orang kecur tapi sebaliknya kalau tengok gambar iklan daripada KFC ni sure kecur air liur! 

Saja nak uji tahap godaan kau orang terhadap makanan. Ini salah satu pengaruh iklan yang bahaya juga. Gambar cantik memainkan peranan. Hehe. Siapa dah kecur tu silalah beli nanti.

Buat Tampalan Baru Gigi Depan Fraction

Fuhhh..ingatkan tak bertemu lagi dengan doktor gigi. Rupanya jodoh kuat betul dengan doktor gigi ni selepas 6 bulan reda dengan kronologi cabut gigi geraham bongsu december 2016 tahun lepas, hari ni terpaksa bertemu lagi dengan doktor gigi. Bukanlah sakit gigi pun tapi di sebabkan rimas dengan gigi depan yang fraction bertukar warna. Retakan tu di sebabkan tampalan lama dah mungkin sampai masanya kena buat tampalan baru.

Dah lama bertangguh nak buat tampalan baru bagi nampak sama warna dengan gigi asal. Tangguh punya tangguh, hari baru dapat pergi. Nasib baiklah bukan sakit gigi. Kalau sakit gigi bertangguh pergi memang azab! Sebelum pergi klinik gigi, Fiza tanya dulu kawan Fiza yang kebetulan kerja di klinik gigi samada doktor kerajaan boleh buat ke tampalan depan sebab takut doktor malas nak layan kes macam ni. Sebab tak sakit, cuma tujuan utama nak nampak gigi cantik je. 


Since kawan Fiza kata boleh dengan yakinnya pergi juga. Pergi agak lewat sikit dalam pukul 9 macam tu dan tak ramai orang. Alhamdulillah, lega tak perlu tunggu lama. Hari ni sekali lagi dengan doktor india juga yang friendly. Tak pernah jumpa lagi doktor gigi yang kasar. Setakat ni so far alhamdulillah okay layanan doktor gigi. Masuk je bilik doktor tanya "puan nak buat rawatan apa ye hari ni?" Terus Fiza tanya dulu boleh tak buat tampalan baru gigi depan. Lepas dia check-check semua, then doktor kata boleh.

Lepas dah kata boleh tu lega rasa sebab tak perlu nak tunggu lagi dan lagi atau pergi klinik swasta untuk buat tampalan ni sebab sebelum ni buat kat klinik swasta. Beratus ratus wei! Rabak poket. So kali ni cuba klinik kerajaan je.  Okay, then doktor pun mulalah menggerudi gigi. Aduhaiii bab bunyi tu memang ngilu rasanya. Kau orang pun dah pernah rasa kan kalau tampal gigi tu. Takpelah, sabar dan tenang je. Beauty is pain, right? Kejap je tu! Pujuk hati sendiri. Lebih kurag dalam setengah jam lebih siaplah tampalan gigi baru Fiza. Tadaaa..cantik dah bila senyum. 


Kalau tengok betul-betul middle teeth gap macam senget tapi kalau sekali imbas tak nampak pun sebab ikut struktur gigi asal. Sebelum buat tampalan baru lagi lah obvious nampak. Tambahan lagi faction tu lain warna agak kelabu memang nampak kurang cantik gigi tu. Walaupun dalam gambar tak jelas tapi diri sendiri kurang selesa tengok setiap kali tengok cermin. Lepas ni misi buat scaling pulak. Harap-harap gigi lebih putih bersih dan cantik. Susunan gigi walau tak cantik mana tapi tak rasa nak pakai braces. Satunya kos mahal dan lagi satu risau tak mampu nak menanggung risiko semasa pakai. Takut gigi terbarai je la. Lagi-lagi kes yang baru-baru ni kan. 

Walaupun terpaksa menunggu giliran sanggup je tunggu sebab  bayar pun murah. Daftar RM1 dan tampalan RM2. Total baru RM3. Kalau sebelum ni Fiza buat di klinik swasta RM2++ hampir 3 ratus kalau tak silap. Apapun tepuk poket sendiri lah ye. 

8 Muslim Planner 2018 Termurah di Pasaran

Wednesday, October 11, 2017
Lebih kurang kira-kira lagi 2 bulan lebih nak masuk tahun baru 2018. Bersediakah? Salah satu persediaan yang wajib ada adalah planner untuk merancang apa yang perlu dalam tahun 2018. Eloklah kita merancang dan mengatur jadual kita seharian supaya lebih tersusun dan berjalan dengan lancar. 

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran

Kenapa Perlu ada Planner

1. Jadual Harian Tersusun Kemas

Bila ada nya sebuah planner ni, secara automatiknya jadual harian kau orang lebih tersusun mana yang perlu dibuat setiap hari. 

2. Lebih menghargai masa

Jika kau orang rajin membuat checklist kerja-kerja harian terlebih awal. Kau orang akan rasa lebih menghargai masa. Sebabnya? Setiap masa kau orang akan terisi dengan apa yang telah kau orang senaraikan. Buat dulu, baru tahu best atau tidak.

3. Menjadi seorang yang lebih positif

Bila kau orang mempunyai satu planner, setiap hari kau orang akan check planner kau orang apa yang perlu dibuat. Jadi, bila semuanya tersusun jadual menjadikan kau orang lebih positif untuk buat apa yang perlu tanpa bermalasan. Betul tak?

Dapatkan 8 Muslim Planner 2018 Termurah di Pasaran Sekarang!!!

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran
Kalau kau orang sedang mencari-cari muslim planner yang murah-murah, boleh contact Fiza ye. Setakat ni ada 7 design muslim planner yang cantik-cantik dan murah untuk pilihan kau orang. Yang kod H tu tak available ye. Jadi, pilih mana yang ada.

Apa yang Menarik dalam Muslim Planner 2018

✔Set Goal 2018
✔Calender 2018 & 2019
✔Calender Hijri
✔2018 Planning Chart
✔Info islamik dan trivia
✔monthly plan
✔Weekly plan
✔Mood tracker
✔Exercise Log
✔Mutabaah Amal
✔Prayer times
✔Finance Tracker
✔Month review
✔Ramdhan zone
✔Hafaz Quran in 365 days
✔52 Weeks (1 year) money saving
✔4x free note (setiap bulan)
✔Cash flow duit bulanan

Ciri-Ciri Muslim Planner

✔Planner ni adalah planner versi Islamik dan juga kontemporari
✔Size standard A5 size
✔208 page
✔Setiap muka surat adalah FULL COLOUR
✔Kertas adalah 80gsm dan kertas ini berkualiti tinggi
✔Design dalaman planner sangat-sangat-sangatlah Catchy
✔Segala planning anda untuk 365 hari anda boleh lengkapkan secara ALL OUT 100% untuk planner 2018 ini

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran
52 week saving challenge & jadual 

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran

Muslim planner sesuai untuk semua golongan. Semua orang boleh ada satu untuk kegunaan harian.


1. Student
Bila ada planner boleh semak semula due date nak submit assingment, quiz, exam, presentation dan tarikh-tarikh penting. Takdelah terlupa dan buat kerja last minit nak submit. 

2. Orang yang bekerja
Kepentingannya adalah untuk mark meeting, submit task, jumpa client, tarikh gaji (yang ni paling penting) dan lain-lain.

3. Surirumah / WAHM
Siapa kata surirumah tak perlukan planner? Malah lebih memerlukan sebab kerja seorang surirumah sangatlah banyak dan tak pernah habis. Surirumah sekarang ni bukan macam zaman dulu, kebanyakannya surirumah sekarang banyak buat bisnes di rumah. Selain kena buat household chores, jaga anak, nak uruskan online bisnes juga sangat-sangat perlu planner ni. Nak masak pon at least dah mark kat date tu seminggu awal, buat postage, collect stok dan sebagainya. Maklumlah kerja sendiri ni lebih memerlukan time management yang betul.

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran
Aktiviti bulan ramadhan

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran

8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran
Weekly plan
8-muslim-planner-2018-termurah-di-pasaran
Positive quotes
Lengkap semua dalam sebuah planner. Setiap seorang wajib ada satu untuk hargai setiap hari kau orang. Kalau sebelum ni tak pernah ada planner, boleh cuba ada satu dan tengok macamana perubahan harian setiap hari. Gerenti lebih bermakna. Be organize person!

Preorder with payment
RM25 sahaja 

Nasi Goreng Cili Kering Sedap

Nampaknya macam makin viral nasi goreng cili kering di media sosial. Haruslah terjebak sekali mencubanya. Padahal sebelum ni bukan tak pernah rasa pun. Seingat Fiza nasi goreng cili kering ni dah lama wujud sejak zaman kanak-kanak lagi.  Menu nasi goreng cili kering paling popular di kantin-kantin sekolah. Cuma masa tu tak di panggil nasi goreng cili kering dan hanya di panggil nasi goreng je. Takde nama spesifik!


Bila zaman sekarang ada yang berkongsi cara masak nasi goreng cili kering, itu yang terus jadi tular di media sosial. Ye lah, dulu mana nak ada viral-viral bagai ni. Bila nasi goreng cili kering muncul, terasa macam dah lama tak makan nasi goreng merah merah cili kering macam ni. Gigih lah buat semata-mata nak rasa nasi goreng yang pernah melalui zaman kegemilangan masa sekolah dulu-dulu. Boleh di katakan nasi goreng legend juga sebab ramai mak-mak yang suka buat nasi goreng macam ni kan?

Bahan-Bahan
(Hidangan untuk 2 orang)
2 Mangkuk nasi putih
2 sudu besar Cili Kering Kisar
1 biji Bawang besar 
1 ulas Bawang putih 
10 ekor ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
Garam secukupnya

Kalau nak pedas boleh tambah cili padi. Cili kering kisar kalau takde, kau orang boleh tumbuk sekali dengan cili kering tu. Tapi kalau nak selalu masak nasi goreng cili kering ni, siap-siapkan lah stok cili kering kisar tu. Lagi cepat nak masak nanti.

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan-bahan
2. Panaskan minyak dan setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Setelah garing, masukkan garam.
4. Masukkan nasi dan kacau rata. Siap!


Sama je kaedahnya dengan cara masak nasi goreng lain. Cuma bahan utama cili kering tu wajib ada. Nak sedap lagi tambahkan telur atau bahan lain. Tapi pada Fiza, cukuplah nasi goreng cili kering yang ringkas macam ni pun dah cukup sedap. Memang boleh buat makan bertambah-tambah.


Lagu Terbaru 1234U Fattah Amin

Monday, October 09, 2017
Selepas lagu wanita terakhir, Fattah Amin kembali dengan lagu terbaru yang bertajuk 1234U. Kalau lagu wanita terakhir lebih kepada irama putus cinta tapi lagu 1234U lebih kepada lagu yang santai dan sedap untuk di dengar. Lagu 1234U di lancarkan serentak dengan video klip rasmi dan juga sebagai OST telefilem Wanita Terindah lakonan Fattah Amin sendiri dan Fazura.Wahh, bergandingan sekali lagi nampaknya #fattzura.

Telefilem Lakonan Fattah Amin, Fazura dan Adam Mika

Baru sehari lagu ni di lancarkan, dah lebih 50k tontonan dah. Macam bakal meletop-letop je lagu Fattah Amin ni. Masih memilih Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan untuk single kedua sama seperti single pertama, Wanita terakhir. 

Kalau budak-budak dengar lagu ni, mesti akan terikut-ikut nyanyi macam lagu I AM ME tu kan. Tahniah lah buat Fattah Amin. Walaupun di kecam pelakon kayu, di kecam menyanyi dan di kecam menulis buku, dia tetap maju weh. Nak dengar lagu 1234U, play je video di bawah. Selamat mendengar.


Lirik Lagu 1234U-Fattah Amin

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak ku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma di bibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two three sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you I adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

Lirik dia ulang-ulang yang sama je tapi lagu yang catchy la. Sesuai menyanyi santai-santai.

Rambang Mata Pilih Vintage Pants Murah The Kamers

Fiza bukanlah sejenis manusia yang pandai dalam bab fesyen ni. Jadi, tak tahu lah mana yang sesuai mana yang tak. Ikut rasa macam sesuai, pakai je apa yang patut. Janji selesa dan sesuai. Kadang kala pakai main hentam tak fikir mix and match baju, seluar dan tudung. 

Pemilihan baju bukan jenis mahal-mahal sangat. Janji baju yang di beli tu ade kualiti, boleh tahan lama dan selesa. Lately perasan tak ramai peniaga yang menjual fesyen seluar ala palazo ataupun seluar office orang panggil. Kalau kau orang sejenis fashionista mestilah tahu fesyen terkini. Jarang dah nampak fesyen jeans berkeliaran di instagaram. Kebanyakkannya mengenakan seluar selain jeans. Salah satunya adalah vintage pants.

Fiza pun baru kenal vintage pants ni daripada anak buah Fiza yang sibuk mencari vintage pants murah-murah. Nak beli buat tambah koleksi katanya. Then, dia suruh Fiza tengok vintage pants murah-murah dan cantik di instagram thekamers.

Eh, macam cantik dan best je kalau ada vintage pants ni sehelai dua. Kebetulan, hari sabtu lepas Fiza pergi UKM teman husband macam biasa. Then, thekamers ada buat car boot sales di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Jadi, Fiza singgahlah nak tengok-tengok dan kalau ada berkenan boleh lah membeli.

Sampai rambang mata nak memilih vintage pants
Ya, memang rambang mata di buatnya nak memilih vintage pants ni. Banyak pilihan warna, jenis kain, jenis cutting dan corak. Disebabkan tak boleh mencuba, Fiza pilih jenis pinggang yang bergetah gerenti muat. Selain tu, kau orang boleh cuba ukur pinggang seluar menggunakan lilitan leher kau orang. Kalau muat satu lilitan leher tu, kira muat lah tu. 

Yang di sangkut hanger tu RM10 dan yang lambak RM5

Pilih punya pilih berjaya beli 6 helai. Itu pun rasa macam nanti nak pergi beli lagi je.  Fiza beli 6 helai vintage pants RM60. Paling suka beli vintage pants ni sebab Fiza tak payah potong bawah dah. Elok je sampai pada paras bawah buku lali sikit. Almaklumlah tak tinggi. Kalau orang tinggi pakai macam tergantung sikit lah macam fashionista pakai tu. Lagi satu, kain dia jenis selesa di pakai.

Vintage pants ni sangat sesuai untuk mereka yang bekerja di office kalau tak boleh pakai seluar jeans ataupun student yang tak dibenarkan pakai jeans. Murah pun murah. Berbaloi beli banyak senang nak mix and match dengan baju tshirt atau blouse.

Hari ini beli, esok excited nak pakai
Untuk pengetahuan kau orang, thekamers menjual vintage pants bundle. Jadi, semasa membeli kau orang kena pilih betul-betul. Check segala jahitan yang ada takut nanti terbeli yang dah koyak. Tapi setakat Fiza beli kualiti semua tip top. Cuma kalau beli bundle ni, kau orang kenalah basuh dulu sebelum pakai ye.  Seriously sangat berbaloi membeli vintage pants daripada the kamers. Seronok koleksi seluar dah bertambah dan boleh dipadankan dengan mana-mana baju ikut warna. Kalau tak, bosan dengan jeans je kan. Nak beli vintage pants the kamers, jangan lupa ke instagram @thekamers.

Pulut Nangka Sedap ke?

Sunday, October 08, 2017
Selepas pulut mangga, pulut durian dan terkini pulut nangka pula bakal jadi perhatian ramai lepas ni sebagai pemanis mulut @ pencuci mulut. Mungkinkah bakal viral satu hari nanti? Kita tunggu dan tengok je lah nanti. Siapalah yang mencetuskan idea membuat menu  nangka pulut ni. Terperasan seseorang kongsikan di facebook. Tak pasti siapa pemilik sebenar tuan punya gambar dan tuan punya idea ni.

Pulut nangka satu idea yang menarik juga yang boleh diketengahkan. Boleh mempromosikan buah nangka dan jangan tak percaya kalau nanti harga nangka melambung tinggi. Sedangkan sekarang pun buah-buahan tempatan dah mahal, apatah lagi bila jadi viral dan permintaan pun tinggi. Lagi tinggi lah level harga dia.  Setuju tak?

Pulut Nangka sebenarnya dah lama wujud di Thailand cuma baru je Fiza nampak di Malaysia. Mungkin belum viral atau tak mendapat sambutan dan tidak jadi viral. Mungkin antara kau orang dah tahu lama wujudnya Pulut ni.

Kredit foto : pemilik gambar

Bila tengok pulut nangka ni nampak macam sedap je. Kombinasi buah nangka yang rangup, manis dan pulut yang berlemak santan tu memang power. Tapi awas! Dua-dua jenis makanan ni adalah jenis makanan berangin. Nanti angin satu badan pula. Yang tak boleh makan benda berangin tu, sila elakkan makan sebelum badan masuk angin dan kena membuang angin.

Lepas ni buah apa lagi yang nak digabungkan dengan pulut? Mungkinkah buah cempedak? pisang? Cubalah buat ekperimen sendiri gunakan pelbagai buah dengan pulut. Rasa sedap ke tidak. Teringin juga rasa pulut nangka ni. Kalau nak cuba rasa, buat sendiri je sudah.


RESEPI PULUT NANGKA

Bahan-bahan

Beras pulut (cuci dan rendam semalaman)
Santan
Garam
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan
Nangka (terpulang nak buat banyak mana)

Cara Penyediaan

1. Rendam beras pulut selama 8 jam atau boleh direndam semalaman kalau tak nak menunggu.
2. Toskan dan masukkan beras pulut ke dalam loyang.
3. Masukkan santan separas beras pulut. Tambah garam, minyak masak dan daun pandan di ikat
4. Kukus selama 30 minit dan untuk memastikan pulut masak sekata, gaul rata pada setiap 10 minit.
5. Sekiranya beras pulut belum masa sepenuhnya, tambahkan sedikit air panas, gaul rata dan tambah masa mengukus sehingga masak.
6. Ambil buah nangka, buang bijinya terlebih dahulu. Gumpal-gumpal kan pulut dan sumbat penuh-penuh dalam nangka tu seperti dalam gambar di atas.

Bahan SOS

Nangka
Santan
Garam
Gula

Cara Penyediaan

1. Blender nangka yang telah dibuang biji bersama santan hingga hancur.
2. Tuang dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau-kacau sehingga agak pekat.
3. Kemudian masukkan garam dan gula.

kredit resepi : Facebook KISAH Resepi,masak & MAKAN

Cara Mudah Kenalpasti iPhone Original atau refurbished

Saturday, October 07, 2017
Bergenang air mata tengok pelancaran model iPhone yang terbaru iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X baru-baru ni. Harga dia bukan sikit punya mahal. Beribu ganda mahalnya! Mahu tak menangis tengok. Ada yang sampai nak jual buah pinggang untuk dapatkan iPhone. Fuuhh! Hebat penangan iPhone ni. Almaklumlah segala produk Apple kan sememangnya terkenal dengan smartphone yang popular dan premium. Jangan hairan lah kenapa harga juga mahal. Tepuk poket sendiri sebelum membeli.

iFags sekalian mesti dah tak sabar-sabar nak tunggu keluaran pada 30 oktober 2017 nanti kan. iPhone X pula akan dikeluarkan pada bulan November 2017. iFags mesti nak upgrade kepada yang baru. Of course! Bagi kau orang yang ada-ada bolehlah pakai iPhone. 

Harga  iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X di Malaysia 

iPhone 8 64GB = RM3,499
iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099
iPhone X 64GB = RM5,199

Atau ini adalah masanya untuk kau orang merasa pakai iPhone sebab harga model lama mesti jadi lebih murah bila adanya keluaran model baru. Betul tak? Tapi kalau kau orang nak beli iPhone second hand, mesti kau orang ragu-ragu nak membelinya. Jadi, kau orang boleh gunakan cara mudah untuk kenalpasti samada iPhone yang dijual tu original (retail) model atau refurbished.

Refurbished bukan bermakna tidak original. Cuma ianya pernah diguna oleh seseorang dan dipulangkan semula pada apple centre atas sebab kerosakan atau lain-lain. 

Cara nak tahu iPhone anda Original (retail) model atau refurbished


1. Setting
2. General

3. About

4. Serial Number

5. Lihat di model number

M - Retail Unit
N - Replacement Unit ( Can be refurbished)
P - Personalized Unit
F - Refurbished Unit

Sejauh mana kebenarannnya Wallahu a'lam. Lepas ni kau orang boleh lebih yakin nak beli iPhone. Ye lah kan, harga iPhone mahal kot. Takde sapa sanggup kena tipu hidup-hidup. Kalau kena tipu memang nangis lah! Nak beli yang second hand pun bukan murah sangat dan kena pastikan original juga. 

Kredit kepada Rare TV

Auto Post Signature

Auto Post  Signature