Istana Kesultanan Melaka

Dah ronda di sekitar  Bangunan Stadthuys  terus pergi Istana Kesultanan Melaka pulak dalam Area Bandar Hilir. Jalan kaki je dari Bangunan Stadthuys. Parking banyak kat sini tapi kalau hari cuti memang jenuh la cari parking. Nak masuk Istana Kesultanan Melaka ni bayaran cuma RM2 seorang untuk dewasa.

Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.




Kat dalam ni ada pelbagai maklumat tentang kesultanan melayu melaka dan pelbagai replika yang ada serta sejarah yang telah berlaku. Ini je la antara yang Fiza dapat snap. Kalau nak ambil semua memang banyak. 




Hang Jebat dan Hang Tuah pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka.


Tak lama kat sini sebab dah nak tutup pukul 5:00petang. Sebelum ke Istana Kesultanan Melaka ni singgah dulu di Muzium. Macam biasa cuma jalan jalan je la tengok pelbagai artifak,replika dan tambah pengetahuan sikit tentang sejarah Melaka ni.





Tak sempat nak explore banyak lagi kat sini sebab dah lambat tempat ni pun nak tutup dah sebelum pukul 5. Jom ke destinasi seterusnya okay :)


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Zaman sekolah dulu pernahla ke sini...rindu pulak nk ke sini lg...

    ReplyDelete
  2. Lama dah x pergi tp nmpk still mcm dulu jugak

    ReplyDelete
  3. banyak cerita angker kat istana ni. cik fiza tak try korek2 ke? heeeeee...

    ReplyDelete
  4. Bestnya...bilalah dapat pergi Melaka ni...teringa pula nak pergi..

    ReplyDelete
  5. best..xpenah masuk pun..slalu lalu je

    ReplyDelete
  6. Masa pergi Melaka jln2 zaman baru kawen pernah pegi sekali kat sini ..Ngan anak2 tak pernah bawak pergi lagi ..Hehehe

    ReplyDelete
  7. Lain kali kalau pergi boleh la masuk ngan anak2 pulak hehhee

    ReplyDelete
  8. nak bawa anak-anak lah... tunggu mereka besar sikit senang bawa berjalan2 kalau sekarang asyik berlari jer ...

    ReplyDelete
  9. Tempat bersejarah Melaka, tak pernah pergi ..Nanti ada masa, nak juga pergi intai. Nampak menarik.. :)

    ReplyDelete
  10. melaka banyak tempat sejarah yg kita boleh tau n belajar

    ReplyDelete
  11. sepanjang kawin dgn orang melaka tak pernah masuk lagi istana melaka.. hehehe
    kena pergi jg 1 day nnt

    ReplyDelete
  12. Dulu x masuk dalam sebab dah lambat...just bergamar depan tu je...

    ReplyDelete
  13. Hritu pusing bndar hilir xdan jelajah hbis. Nk repeat lg la..

    ReplyDelete
  14. ayah NS suka sgt mai sini...masuk istana...

    ReplyDelete
  15. rindu melaka, dulu study sana, selaluu jenjalan,cuci mata, time raya pun, psal rumah sdre kt sane, he he

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.