Wordless Wednesday #102 | Cara Mudah Lipat Stokin

Wednesday, June 11, 2014
Melipat, Salah satu kerja yang tidak disukai ramai. Betul tak? Kenapa ye? Salah satu sebabnya adalah Malas. Nampak je kain baju bertimbun secara automatiknya rasa malas. Setuju tak? Fiza ada tips untuk membuatkan korang semua rajin melipat baju.

Pertamanya, kalau baju dah kering terus lipat sebab lagi banyak baju bertimbun lagi bertambah malas jadinya. Keduanya, korang boleh jadikan kerja melipat tu satu exercise tangan dan melipat dengan cara yang kreatif, mudah dan sangat menarik. Bila lipatan menarik mesti korang akan teruja nak melipat dan terus lipat.

Contohnya kalau melipat stokin yang comel ni. Kalau jenis malas memang lipat dua terus. Takpun, humban terus dalam bekas stokin. Nanti bila nak guna terkial-kial mencari sepasang stokin. Pernah jadi macam tu tak?

Untuk tidak berhadapan dengan masalah kehilangan sebelah stokin, jadi mulai sekarang korang kena rajin gunakan cara mudah melipat sepasang stokin korang yang comel. Senang nak mencari bila nak memakai dan lipatan stokin yang comel ni membuatkan bekas stokin korang mesti kemas tersusun. Sangat sistematik bila stokin dah dilipat macam ni. Caranya sangat-sangat mudah dan Fiza gerenti bila korang dah biasa korang akan happy melipat stokin. Begitu juga dengan lipatan pakaian dalam dan pakaian harian. 

Kalau Tshirt husband untuk pakai di rumah Fiza lipat gulung je, senang encik suami nak memilih dan mencari baju. Untuk pakaian ke luar, Fiza gantung je lebih senang encik suami nak memilih pagi-pagi. Fiza sejenis yang agak bersistematik bab susunan ni. Pantang nampak bersepah sikit, gerenti mulut bebel kejap. Kejap je tak lama. huhu..Biasalah kan, perempuan mana yang tak pernah membebel. Hehehe..Okaylah, kunci utama untuk lebih rajin melipat adalah RAJIN. Kalau tak raji, tak siaplah kerja tu. 
cara mudah lipat stokin

Dari dulu sampai sekarang Fiza amalkan cara melipat stokin macam di atas. Bila bukak drawer tu, rasa senang je nak memilih stokin mana yang nak di pakai. Drawer pun nampak kemas je bersusun. Lagi satu, confirm stokin korang tak kan pernah hilang sebelah kalau dah melipat cara macam ni. Selamat merajinkan diri.

32 comments on "Wordless Wednesday #102 | Cara Mudah Lipat Stokin"
  1. selama ni lepas pakai main campak2 je .. hihi :)

    ReplyDelete
  2. adeh..
    ada cara rupanya..
    biasa main sumbat dalam stokin sebelah lagi jer..
    org rajin je bleh lipat cmnie.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Comelnya lipatan stokin ni. Okay okay, lepas ni ena nak lipat macam ni la hehehe

    ReplyDelete
  4. selalu akak sumbat je yang kiri dalam yang kanan..hahah

    ReplyDelete
  5. Salam, haha kalau stokin sy suka gulung2 dia lepas tu jadikan dia bulat gemok comel..haha xreti nak explain cmne :p owh, u pernah ber-online shopping di LAZADA? Jom join giveaway sy, ada nak bagi Voucher Diskaun LAZADA bernilai RM35..jom join reramai..terima kasih..hehe :D

    Klik sini utk join : http://lynndamya.blogspot.com/2014/06/giveaway-voucher-diskaun-lazada-1.html

    ReplyDelete
  6. Lah baru tahu..sebelum ni pakai main gulung sampai bentuk bulat. Yang ni, nampak kemas siket. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  7. Comell!! Wow. Nak try ah pasni, selame ni sepah2, abes hilang stokin. Ngehehe..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah terfikir pulak, macm ni caranya lipat stokin ^^ Ingatkan baju je ada cara lipatnya ==' haha

    ReplyDelete
  9. bestnyaa.. kemaslah. memang lipat camnila dah pasni. hihi

    ReplyDelete
  10. pernah tengok ada org share gambar ni kat fb.. senang betulll

    ReplyDelete
  11. memang cantik..pandai lipat!

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  12. ni tahap rajin kena maksima ni nk lipat cmni heheee ^_^

    ReplyDelete
  13. bleh cube ni, kemas sikit rak kain klo tak lipat dua jerk...;)

    ReplyDelete
  14. Selama nih akak hulung gulung aje..huhuhu

    ReplyDelete
  15. oooo cantik la lipat camni..leh try..eheh

    ReplyDelete
  16. wah, nampak lagi kemas macam ni, selalu gulung2 sumbat jek jadi bulat, sampai getah longgar, hahaha

    ReplyDelete
  17. aku try lipat stail origami pulak... hihih...

    ReplyDelete
  18. wahhh senangnyaa. cara uyul pulak gulungkan.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  19. wah, senangnya! lepas ni boleh jimat ruang.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lipat stokin macam ni.nampak lebih kemas cara ni.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature