Logo Halal Jakim

Logo Halal Jakim yang patut korang amek tahu adalah dalam gambar di bawah ni. Dalam kekecohan terdapat DNA B*** dalam coklat Cadbury dairy milk hazalenut dan Cadbury Milk Roast Almond, barulah sibuk² nak tengok barangan yang lain pulak ye. Selama ni ada pernah tengok tak? Persoalan lagi satu, dah ada logo halal pun masih tidak halal? Siapa nak jawab ni?

Bukan makanan je kena fikir halal haram, barang² yang digunakan dan juga perbuatan kena tahu jugak tu. Ade sesetengah tu, kemain fikir halal haram soal makan dari duit yang halal tapi perbuatan kurang pulak dititik beratkan halal haramnya. Ok, tak nak komen pasal tu.

Logo halal jakim yang terbaru macam dalam gambar bawah ni. Kalau confused nak beli barang nanti save je gambar ni. Senang untuk rujukan dari mengingat code makanan yang ada DNA B*** tu. Lagi² barangan yang di import dari luar negara sebab logo lain².
Logo Halal Jakim
Untuk check pemegang sijil halal pulak boleh gunakan perkhidmatan sms.
Antara Tips membeli barang makanan :
1. Logo Halal yang disahkan Jakim
2. Tarikh Pemprosesan
3. Tarikh luput
4. Keadaan pembungkusan produk.

sama samalah kita jaga dan pelihara pemakanan kita yang akan menjadi darah daging kita ni. Saling ingat mengingati. Nak makanan lagi sihat terjamin rajin² lah masak makan kat rumah sebab sekarang ni banyak aduan di restaurant yang kurang menitik beratkan soal kebersihan pulak. Terdapat ulat di dalam makanan. kembang tekak aii..

Kemudian kes udang kering yang dijemur diratakan dengan penyapu dan disitu ada anjing duduk berbaring atas udang kering. Bila dah tersebar benda macam ni, memang kena banned la makanan tu kan.


credit info : www.halal.gov.my
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. great piece of sharing fiza, akak pun pernah buat entri ni dulu...

    ReplyDelete
  2. Punyelah sedap isap jari mase makan cadbury ni sebelum ni.. Camne x halal tapi boleh lepas dapat logo halal?

    ReplyDelete
  3. Jom..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/kuiz-medical-1-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  4. pelik betul la.. kenapa dah sekian lama baru issue ni timbul..
    kenapa tak dari dulu lagi.. padahal brand cadburry kat top dari dulu lagi..
    hurmmm susah nak describe huhu

    ReplyDelete
  5. Alllahhuakbar. Bila dah telan banyak baru tahu. Nasib jenis yang tak suka telan cekelat banyak2. Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang kita tak tahu tu :'/

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... Moga Allah pelihara diri dan keturunan kami dari benda yang haram dan syubhah!

    ReplyDelete
  7. Lepas macam macam yang dah terjadi sekarang ni, memang kena ambil berat pasal logo Halal ni. Ena dulu mungkin tak ambil berat sangat sebab yakin makanan kita barangan yang kita guna bersih. Zaman sekarang ni tak boleh dibuat main

    ReplyDelete
  8. stuju dengan ena.. dulu , x concern sangat pun, maen makan jer.. sekarang tak leh dah.. dah lar peminat coklat gak neh.. huhu sedehh.. msukk perut bnyk dh..

    ReplyDelete
  9. rasanya rakyat malaysia kena mula belajar untuk baca label ingredients..setahu saya nak dapat logo halal jakim ni prosedur sangat ketat sebab pernah follow member dengar penerangan.. kos maintenance pun tinggi dan ada pemantauan..lepas ni, semua pakat buat coklat di rumah sahaja lah..

    ReplyDelete
  10. Lepas ni kena lebih berhati-hati.. Thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  11. dari dulu sampai skang tak sudah2 isu logo halal jakim nih....selagi ada teknologi dan selagi ada pakar2 photoshop...illustrator etc selagi tu la ada logo cetak rompak

    ReplyDelete
  12. selalu kalau beli brg mesti check setiap ciri2 halal tuh..
    dan lepas nih boleh guna khidmat sms..:)

    ReplyDelete
  13. Lepas ni kena lebih berhati-hatilah.. Tq!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.