Keberkatan Yang Dicari

Keberkatan adalah satu tuntutan dalam hidup kita untuk mendapat ketenangan jiwa, kemurahan rezeki, ringan melakukan ibadah, berjaya dalam hidup serta hidup yang aman. Untuk muhasabah diri dan sebagai manusia yang melalui liku liku hidup kita boleh  rasai kehidupan kita ni ada keberkatan, penuh berkat atau tidak berkat. Sebagai hamba Allah yang lemah perlunya ada kesedaran dalam dalam diri kita mencari keberkatan hidup.
rezeki yang berkat
Credit Image :google

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah datang tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.

KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati:
1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala. 
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

Wallahualam ..

Petikan copy paste via fb wall
Tanda tanda rezeki yang berkat
Credit Image : google

Notapink : Renung renungkan dan selamat beramal. Salam Jumaat.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. salam jumaat and great piece of sharing fiza...

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat kak. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita sentiase diberkati dan dilindungi oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. salam jumaat..betul tu..bukan hnya dlm mkanan..tp juga dgn perbuatan..anyway good share

    ReplyDelete
  4. ada terbaca ni di fb..

    ada betulnya juga

    kena muhasabah diri atas stiap apa yg jdi

    ReplyDelete
  5. terima kasih perkongsian ini. untuk hidup berkat juga hati mesti bersih. kerana segala-galanya bermula dari hati. :)

    ReplyDelete
  6. dalam hidup ni kalau tak berkat mesti ada something wrong yg kita buat tak betul kann Fiza..
    contohnya duit.. kalau tak berkat duit tu mst tak pernah cukup.. sekurang2nya kalau kita bersedekah wpun sikit, pn dah ok.. janji dpt keberkatan dan yg penting ikhlas :D

    ReplyDelete
  7. penting mencari rezeki yang berkat.. sebab akan menjadi sebahagian darah daging kita..:)

    ReplyDelete
  8. jijah,, muhasabah diri... inshaaAllah

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsiannya kak fiza.. :)

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang sangat bermakna...:')

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, perkongsian yang bagus :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.