Dengar cakap mak

Salam Jumaat..Selamat pagi! Hari jumaat ni kena lebihkan amalan kebaikan ye. Banyak dapat pahala. Bercakap pasal pahala ni semua orang nak pahala kan. Berebut nak kumpul pahala, kadang kadang benda kecik kita buat pun Allah berikan kita pahala. Betapa sayang dan kasihnya Allah pada kita.

Salah satunya nak dapat pahala berbuat baik pada mak, dengar cakap mak. Berapa ramai yang dengar cakap mak? kalau mak tegur sikit perangai tu cepat je melenting cakap kasar dengan mak kan? even cakap 'ah' pun dah berdosa tau. Cuba fikir, ada sebabnya kenapa mak cakap itu boleh itu tak boleh pada kita. Sebabnya agama Islam telah mengajar kita bagaimana cara hidup yang sebenar dan sebetulnya.

Cuba tengok pada gambar ni.

credit image : muslim'show

Dah tahu kenapa kan? Bila dah kahwin ni memang terasa apatah lagi ada anak. Betapa sayangnya parents kita mendidik kita supaya dapat yang terbaik dan menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan ni. Sebak pulak bila ingat kembali yang telah berlalu yang mana tak dengar cakap mak tu tanpa niat dan tak sengaja.

Jangan pulak tunggu raya baru nak mintak maaf kan. Selagi mereka ada, sayangi dan balas jasa mereka. 

"Better Late than Never"

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. salam. i love my mother so much & more!
    salam jumaat akak :)

    ReplyDelete
  2. selamat pagi jumaat
    anum singgah pagi jap lagi bz day
    keep in touch

    ReplyDelete
  3. sayang mak... semuga kita dapat jadi anak yg taat

    ReplyDelete
  4. huwwaa..meleleh air mata..tersentuh hati..selamat hari ibu kepada yang bergelar ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cakap pasal parents mesti rasa nak nangis kan :)

      Delete
  5. touching ~ T.T tengs mom for everything ...~ bila besar bru kita tau sbab mnsabab ma didik sbgini rupa.. ~ =) selamat hari ibu :')

    ReplyDelete
  6. i love my mom so much.....syurga dibawah tapak kaki ibu...

    ReplyDelete
  7. Dengar cakap mak ..jgn lawan apa yg ibu kata ..
    Ibu adalah pencetus semangat untuk kita
    Kawan berkongsi suka duka ..
    Mak ..I LOVE U

    ReplyDelete
  8. bila kita dah jadi mak baru kita betul faham perasaan seorg ibu.

    tak sama dgn syg kita kat mak kita.
    syg mak kat anak lebih..
    itu hakikat..kena selalu ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..baru terasa apa yang ibu rasa selama membesarkan kita kan

      Delete
  9. Yeahh betul tu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anak2 dia

    ReplyDelete
  10. kekasih,suami,isteri,kawan kita boleh cari..tapi mak ada satu je kat dunia nih..hargailah mak kita..:)

    ReplyDelete
  11. apa2 pun yang melibatkan mak ni mmg akak concern..
    Kena hargai mak sementara dia masih ada.. skrg akak dah tak ada ayah.. kadang2 tu rindu sangat.. sobs =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..kena hargai sementara mereka masih ada..

      Alfatihah untuk arwah ayah akak..

      Delete
  12. ringankan kerja mereka sehari-harian inshaAllah..:)

    ReplyDelete
  13. sedihhh...
    bila dah jadi mama ni mmg terasa betapa susahnya mak mendidik kita dulu... huuu
    hargai mak yang ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.