April, bulan keempat tahun 2026. Hmmm...Masuk bulan April, baru dapat 7 ketul post tahun ni. Apa nak jadi Fiza oiii. Kemana menghilangnya semangat blogging yang dulu? Entahlah ek.
Banyak faktor sebenarnya. Kita buat mana yang termampu je lah. Ayat cliche, tapi itulah kenyataannya. Jangan di push sangat. Just follow the flow orang kata. Okay, baiklah. Saya menurut sahaja.
Sadly, bulan April tak ada cuti umum kecuali beberapa negeri je. Cukup-cukuplah tu kot cuti raya hari tu kan. Takkan tak cukup lagi. Alamak! Puasa enam pun belum mula ni. InshaAllah Isnin nanti kita mula.
Harini pun dah 15 Syawal. Tahu-tahu nanti nak habis raya sebulan dah. Masa berlalu begitu je, tak menyempat nyempat nak tunggu kita. Pejam celik pejam celik dah nak raya haji pula dah nanti. Kann...
Minggu lepas sempatlah pergi sebuah rumah terbuka. Minggu ni ada juga tak berkesempatan untuk hadir. Apa-apa pun semoga yang baik-baik di bulan April ni.
April
Every step forward carries the warmth of tomorrow's light

And the hereafter is better for you than the first —Ad-dhuha 93:4
Cuti umum/ Public holidays April 2026
15 April – Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
32 Comments
Ok la tu lbh dr 2 entry nya... kak ret br 1 je posting April haha 2 blb sepi... mood mcm ssh nak back to normal je ji
ReplyDeleteHihi..begitulah mood kita ada naik turun. Jomlah kita aktif semula Kakret.
Delete28 april - bday MZ hahaha. salam 15 syawal utk fiza dan happy weekend jugak!! waaaa cutenya ada hari penguin laaa...kebetulan esok MZ nak buat entry psl penguin
ReplyDeleteBelated Happy birthday MZ. Macam-macam hari haiwan ada kan. Wah, syok entry tu.
DeleteSelamat hari raya sis Fiza ..
ReplyDeleteYa. Buat ikut kemampuan..jangan nekan².. hihihi
Ye, nak nekan sangat pun tak boleh. Hihi...
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteMohon Maaf Zahir Dan Batin.. ☺️👍🏻
Maaf juga jika ada salah dan silap saya. Nak wish raya dah out of season pulak.
DeleteOkla tu ada jugak 7 posting utk tahun ni.. biasala tu ada waktu waktu kena slow down sebab nak utama kan perkara yang penting..
ReplyDeleteBetul betul. Ada masa kita kena rehat juga.
DeleteSlmt hari raya fiza
ReplyDeleteSamaa la he hee kdang sebln 2 ke 3 je buat entry
Mana yang sempat je lah kan Kak Nur.
DeleteYa Fiza, follow the flow. Follow hati kita. Take care ya.
ReplyDeleteps... Sorry Fiza, sibuk ke sana sini, gift Fiza tak sempat pos lagi 🙏
Terima kasih.It's okay, saya faham itu. Hadiah pun dah selamat diterima. Belum sempat update lagi. Maaf ye.
Deletesama la mcm kite kak fiza, paksa diri gak nak wat post. tahun 2026 ni baru 2 ketul post...
ReplyDeleteTakpe, kita pelan-pelan kayuh. Tak lari dikejar. hihi...
DeleteRehat dari bercuti panjang di april
ReplyDeleteYa, nampaknya begitulah kan Kak Dana.
DeleteTak apa ikut mood kak. Menulis ini bukan sesuatu yg bisa dilakukan tiap hari oleh sebagian orang saya pun tak bisa. makanya saya menulis semingu sekali saja di blog 😄.
ReplyDeleteTak terasa dah April kan. Memang cepat sangat waktu berlalu. Saya ada senang, tapi juga sedih kalau waktu cepat begini. Senang karena menanti2 December nak traveling jauh . Tp kalau terlalu cepat, ingat juga usia akan makin berkurang...
Betul tu Fanny. Kita ikut kemampuan kita je. Bagus juga macam Fanny seminggu sekali, boleh santai menulis.
DeleteSeronok jadi seorang Fanny sentiasa travel kemana-mana.
Selamat hari raya!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Kira acilah saya reply selepas hari raya ye.
Deleteada masanya kita rasa nak take a break dari sosial media dan itu normal. kena tunggu mood datang barulah ada semangat!
ReplyDeleteBetul tu Mazni. Sekarang baru nak kembali. Meh pinjamkan semangat sikit.
DeleteSalam Fiza. Tolong check email ya.
ReplyDeleteMaaf lambat reply.
DeletePatutlah jarang nampak entri akak.
ReplyDeleteCuya skrol blog tadi, terbaca komen lama akak. Saja singgah sini nak tengok update baru.
Takpe kak, take your time kay. Fokus pada perkara yg penting dulu. Blog ni bila2 boleh update
Ye Cuya. Terima kasih sudi singgah sini. Sesekali ambil masa untuk berehat seketika.
DeleteBab hilang semangat blogging, LZ faham apa maksud Fiza sebab pernah terjadi pada diri sendiri.. Takpe Fiza, slowly but surely asalkan jangan berhenti blogging okay..
ReplyDeleteTerima kasih memahami saya kak. Nampaknya begitulah, kena pelan-pelan kayuh kumpul semangat dulu.
DeleteFiza...dah tengah bulan 5 dah ni. Bangun adikku, bangkit.
ReplyDeleteAmmiiii...komen ni sangat memberi semangat untuk saya tau Terima kasih Ammi!
Delete