Header Ads

Perfume Kayali Vanilla | 28 Tak Seperti Bau Vanilla Yang Diminati

Susah ye nak cari pengganti perfume bauan vanilla yang saya minati macam bau perfume Vanilla The Body Shop, Warm Vanilla Sugar Bath & Body Works (BBW) ataupun Billie Eilish No.1 tu.

Bau-bau manis vanilla dan chocolate gitu. Jenama yang saya sebutkan tu ada dalam jenama produk yang telah diboikot. Jadi, kenalah cari penggantinya.

Saya cuba beli Bonfire Vanilla MyKonos, terlalu kuat bauan rempah dan woody. Bau keras! Lepas tu beli pula Vanille Emperial Masion Materi tak bau sangat vanilla nya.

Hmmm...Lepas tu cubalah cari review di TikTok. Katanya bauan perfume Kayali Vanilla code 28 tu bau vanilla yang best. Okay, baiklah saya cuba.

Saya beli di platform Zalora. Ehhh lama betul tak shopping di Zalora. Dulu rajin shopping baju je situ. Kebetulan masa mencari tu ada stok dan ada promo pula tu. Tak pasti promo apa masa tu. Saya beli masa bulan Oktober 2024. Mungkin promo Christmas kot. 

Tak ada pilihan saiz, hanya 100ml je. Ingatkan kalau ada saiz kecil tu bolehlah beli dulu. Kalau ok baru upgrade yang besar. Tapi disebabkan diskaun yang diberikan tu macam berbaloi. Baiklah beli. Beli dulu menyesal kemudian. Jangan lupa prinsip tu. Hihi...

Saya buat pembelian 16 Oktober dan sampai pada 18 Oktober. Kira laju jugalah tu courier Ninja van buat kerja. Unboxing kena rakam video. In case ada kerosakan, kita boleh buat aduan dan tuntut.

Setelah dibelek-belek semuanya okay. Kotak perfume dibalut dengan bubbe wrap tebal. Kotak pun tak kemek. Dapat banyak juga free gift. Sample perfume Kayali Lovefest burning cherry | 48 dan concealer Huda Beauty.

Perfume Kayali

Seperti yang dicadangkan, Selepas pakai perfume Kayali Vanilla 28 tu lapiskan dengan Kayali Lovefest Burning Cherry. Selepas saya cuba, baunya ngam. Tapi kalau pakai satu-satu perfume pun dah bau best. Tak perlu berlapis perfume pun tak apa.

Saya lebih sukakan bau perfume tu satu bau je. Dalam satu perfume pun dah banyak jenis bau, inikan nak pakai berlapis-lapis. Tapi ada orang suka. Ikut kemahuan masing-masing lah ye.

Perfume Kayali

Key notes Perfume Kayali Vanilla | 28 Vanilla Orchid, Tonka Absolute, Brown Sugar, Amber Woods dan Musk.

Fragrance Family : Oriental Gourmand
Scent Type : Rich, Decadent, Deep

Perfume Kayali

Baunya sangat lah sedap. Bau vanilla orchid dan brown sugar. Nak terjemahkan dengan perkataan lain saya tak berapa pandai. Saya bukan pakar review perfume. Tapi baunya mesra hidung tak menusuk. Bauan bukan jenis keras, lembut.

Manis tapi tak manis sangat.Very feminine dan sesuai untuk dijadikan perfume asas untuk dilapiskan dengan perfume kedua. 

Perfume Kayali

Walaupun best, tapi masih belum betul-betul menepati ciri-ciri bauan vanilla yang saya minat. Saya suka bauan vanilla warm sugar ada manis-manis coklat sikit mirip The body Shop yang keluaran dulu jenis oil. 

Perfume Kayali Vanilla | 28 ni jenis EDP tapi bauan dia tak tahan lama, 4-5 jam macam tu. Tapi kalau sembur di pakaian duduk rumah, bau dia melekat.

Siapa peminat bauan vanilla? Sila komen perfume vanilla apa yang best?

20 comments:

  1. Ya akak suka bau vanila. Dahulupun ada jenis Body Shop. Inilah minyak wangi yang habis dahulu.
    Ada jenis vanila lain ya?
    Sekarang akak ada guna perfume paradise 'Sexiest'

    ReplyDelete
    Replies
    1. The body shop tu saya rasa dah tak ada dah jenis oil. EDT spray tak tahan lama rasanya.

      Paradise sexiest bau vanilla ke?

      Delete
  2. Ada student praktikal baru juga masuk kat tempat saya, pakai minyak wangi bau vanila. Memula dulu saya tak perasan. Saya siap cakap, siapa yang buat kek ni.. Dah 2, 3 kali baru dia cakap, pakai perfume bau vanila.. Haha.

    ReplyDelete
  3. ni ke yg org cakap ada bau mcm pramugari tu? hehehe...
    tak tahulah kenapa sy bli perfume dr body shop tp bau dia tak lama... pd hal EDP dah tu...last2 bli perfume murah kat TT. tak sampai pun RM30. tp bau dia tahan 2 hari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah pulak Anies. Setuju juga tu, dia tak tahan lama kan padahal EDP. Mungkin base note dia bukan jenis tahan lama kot kan. Yang murah juga kadang berbaloi.

      Delete
  4. Susah juga nak cari yang berkenan di hati. Boleh lapis-lapis pula perfume. Akak pakai selapis je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena bau tester dulu kot. Kita ni beli online tak dapat bau camne. Tengok dari details dia je lah. Ye, boleh pakai dua lapis.

      Delete
  5. EDP pun sekejap je tahan? Ni memang kena sentiasa ada dalam beg ni. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Mungkin base dia tak strong kot. Ada baca juga pasal ni. Tak semestinya EDP tahan lama.

      Delete
  6. Macam dapat bau sampai sini. Menarik lah.

    ReplyDelete
  7. Saya nih koleksi parfume. Suka coba bermacam2. Kdg ada yg tak sesuai wangi, tp kadang ada yg cocok.

    Cuma fav saya juga aroma yg sweet macam vanilla

    Biasanya saya pakai Carolina Herrera 212 Sexy. Itu base note nya vanilla.

    Tapi Taulah kaan harga dia naiiik terus 🤣🤣🤣.

    Untungnya Indonesia lagi banyak produk lokal, salah satu yg saya suka dan wanginya vanilla juga, Avicenna. Dengan harga LBH murah, tapi awet wanginya. Sukaa jadinya. Tak semahal Carolina lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kadang blind buying ada yang bau tak best. Banyak juga base perfume vanillah tapi itulah tak jumpa yang terpaling minat tu. Macam menarik perfume tu. Kena beli yang saiz kecil kalau ada. Kalau ada di Malaysia okaylah. Kalau beli dari oversea lama pula menunggu sampai.

      Sekarang banyak perfume dari Indonesia sudah mendunia kan. Yang saya tahu MyKonos tu. Ke?

      Okay juga tu ada pengganti perfume yang lebih berpatutan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.