Planner Islamic 2025 The Wife & Co
Ini entry tertangguh dari hujung tahun lepas, 2024. Lama betul peram entry Planner Islamic 2025 ni rupanya. Watermark pun watermark lama. Dah malas nak edit semula letak watermark baru.
Tapi tetap nak masukkan dalam blog juga walaupun dah terlewat. Apa nak buat masa tu writer's block telah menguasai diri.
Tahun 2025 saya masih meneruskan tradisi menulis perjalanan hidup dalam planner. Kekok rasanya kalau tidak menulis.
Macam biasa masih setia bersama Planner Islamic dari The Wife & Co sejak tahun 2019. Bermakna ini tahun ketujuh. Kalau dah suka, tak cari planner lain dah. Walaupun dapat planner yang lain tapi tetap lah rajin menulis dalam planner yang satu ni.

Dengan setiap pembelian planner 2025 akan dapat beg uncang besar dengan cop mohor The Wife & Co, pelekat, kalendar dan pelekat untuk setiap bahagian bulanan.

Muka depan hak milik planner. Gambar agak suram sikit sebab lighting tak on point. Tapi in real memang cantik kombinasi warna-warna begini.

Tambah lagi menarik dalamnya kombinasi warna putih dan dusty pink. Tona warna favourite saya selain warna rosewood.



5 PVC Planner Divider
2 Pages Monthly Spread
Goals Setting Template
Weekly Planner ( *Can Choose Between Dated/Undated* )
Monthly Budget
Habit Tracker
Extra Notes
Berminat dengan planner macam ni bolehlah jengah di instagram The Wife & Co.
Ini dia koleksi dari The Wife & Co dari 2019-2025. Harapnya tahun depan ada hard cover. Senang nak flip untuk menulis. Kalau jenis binding ni kena buka tutup dia punya ring keluarkan kertas untuk muka surat sebelah kiri yang dekat dengan ring. Baru selesa menulis.

Untuk edisi tahun 2025 ada 4 pilihan cover. Saya pilih design cover yang paling minimal. Tak serabut. Tahun 2025 nak tenang-tenang je. Warna pilihan dah tentulah warna ada yang tona-tona pink. Yang saya pilih ni warna rose gold. Dusty pink, rustic gold. Lebih kurang begitulah tona warna dia.
Tahun ni tak ada hard cover. Kembali ke ring bindings dengan clear PVC cover. Ring bindings warna rose gold, leather strap button warna soft pink dan button rose gold juga. Kombinasi tona-tona pink yang menarik.
Lebih kurang serba serbi pink macam planner tahun 2020. Warna pink dan seorang Fiza ni memang tak dapat dipisahkan.

Dengan setiap pembelian planner 2025 akan dapat beg uncang besar dengan cop mohor The Wife & Co, pelekat, kalendar dan pelekat untuk setiap bahagian bulanan.


Tambah lagi menarik dalamnya kombinasi warna putih dan dusty pink. Tona warna favourite saya selain warna rosewood.

Tarikh-tarikh cuti juga ada disediakan sekali untuk rujukan. Selain tu ada bahagian untuk Ramadan. Maaf, saya tak ambil gambar bahagian tu sebab lighting tak on point ye. Sia-sia ambil gambar kalau suram. Lepas tu dah malas. Dia kalau mood malas dah mari memang tak jadi apa dah.

Diselitkan sekali kalendar untuk tahun 2026 juga. Warna ni pun menarik. Cuma bahagian font kalau dapat yang bold sikit mesti lagi menyerlah.

Planner Islamic 2025 The Wife & Co
- PVC Cover + Insert + PVC Divider
- Standard A5 Size
- PVC Cover With Leather Strap Button / Binder
- Standard 6 Holes Ring
- 220 Printed Pages (100gsm Paper)
Full Contents
2025 & 2026 Calendar & Holidays5 PVC Planner Divider
2 Pages Monthly Spread
Goals Setting Template
Weekly Planner ( *Can Choose Between Dated/Undated* )
Monthly Budget
Habit Tracker
Extra Notes
Berminat dengan planner macam ni bolehlah jengah di instagram The Wife & Co.
Ini dia koleksi dari The Wife & Co dari 2019-2025. Harapnya tahun depan ada hard cover. Senang nak flip untuk menulis. Kalau jenis binding ni kena buka tutup dia punya ring keluarkan kertas untuk muka surat sebelah kiri yang dekat dengan ring. Baru selesa menulis.
Kalau menulis sebelah kiri luar dan sebelah kanan tak ada masalah. Ini untuk yang menulis tangan kanan. Kalau kidal, susah nak menulis pada muka surat sebelah kanan pula sebab dekat dengan ring.

Planner yang lama-lama saya simpan dalam kotak. Setiap tahun keluarkan untuk ambil gambar. Simpan buat kenangan.
Sweet, menarik design planner ni.
ReplyDeleteDesign yang menarik pandangan mata saya.
Deletetetap semangat menulis perjalanan hidup kak
ReplyDeleteYa, masih bersemangat untuk menulis di dalam diary. Lebih feel.
DeleteWah! Planner pun boleh jadi koleksi kan?
ReplyDeletePun boleh uncle. Bosan asyik kumpul setem je kan. hihi...
DeleteHai geng planner. Awak mesti seorang yg soft je orang nya kan?
ReplyDeleteSetelah menggunakan pelbagai jenis planner, yang paling serasi dgn kita ialah jenis notebook kosong.
Wahh ada geng rupanya. Hi geng planner! Betul, yang serasi tu je lah yang dipilih. Tak cari lain dah. Soft tu tidaklah kot...hihi...
DeleteMenarik reka bentuknya.. Bekerja sebagai designer atau freelance?
ReplyDeleteSangat menarik pada saya. Saya ke? Surirumah.
DeleteItulah puas kalau tulis dalam planner.
ReplyDeleteMemang cantik gambar depan.
Tidak pernah tulis jurnal dalam buku yang ada gegelang ini.
Setuju tu. Puas menulis. Lebih mudah kalau jenis gegelang yang boleh lipat, mudah nak menulis pun.
Deletekiranya ni peminat setia The Wife & Co laa ya? ;-)
ReplyDeleteBenar. Pengguna tegar planner The Wife & Co. hihi...
DeleteCuya tahun 2025 baru ad planner
ReplyDeleteTapi tu pon buat mcm diari harian.
Kadang2 tulis, kadang2 takde idea nak tulis apa sebab kita pon ad blog untuk ditulis. So idea dah lepaskan dekat blog.
Journaling online dan offline. Seronok macam ni boleh tulis macam2
Ya, buat macam diari harian. Betul tu.
Deletecantik sgt planner ni...
ReplyDeleteKann..untuk perempuan memang cantiklah.
DeleteSetia Fizah dengan brand planner yang sama. Akak guna diary ofis suami punya, tiap² tahun dapat. Jadi, tak perlu beli. 😊
ReplyDeleteHihi..begitulah. Ada juga yang dapat free tapi tak kena dengan jiwa.
Delete