Berat Turun Masa Bulan Puasa
Masa bulan puasa haritu tergerak hati nak timbang berat makan. Risau bila lama tak bersenam secara konsisten sejak bulan Januari 2025. Tahun lepas 2024 gigih kita bersenam. Hiking pun dapat buat setiap bulan.
Tapi tahun ni malap dengan senaman akibat alahan kulit. Manja betul tak boleh berpanas, berpeluh, berhabus, berhaba, berasap dan macam-macam ber lagi lah. Jadilah puteri lilin kejap.
Terlampau risau berat naik, saya pun timbanglah. Sekali timbang, terkejut berat turun. Selama ni punyalah degil dia nak turun. Bila kecewa terus merajuk tak nak timbang berat dah. Selepas 84 hari tak timbang, dia buat kita terkejut ek.

Macam tak percaya turun banyak jugalah tu, 3.2kg bukan jumlah yang sikit pada saya. Satu kejayaan jugalah. Mungkin sebab bulan Mac, puasa haritu pun saya sakit batuk berpanjangan tu. Kurang makan pun ye. Lagi satu, banyak minum air mineral spritzer pun ye juga.

Banyak faktor penurunan berat badan walaupun tak bersenam. Tak pernah lagi turun berat badan masa bulan puasa. Tapi janganlah pula lepas ni berhenti bersenam.
Untuk rekod, ini satu percapaian yang baik. Boleh lah berlagak kejap berat dah turun. Terus pakai baju raya saiz XS. Tak pernah-pernah baju raya saiz XS. Padahal XS design loose kot. Bagilah chance bangga kejap. Bukan lama pun.

Tapi tiba-tiba jadi risau berat naik semula lepas raya ni. Nak timbang ke tidak, nak timbang ke tidak. Tacod! Eh, tapi lepas raya 7-13 Syawal sambung puasa enam. Lepas tu bedal macam-macam. Tak tahulah berapa berat naik.
Saya gunakan penimbang digital pintar realme dan guna aplikasi Xioami Home. Ada pelbagai jenis lagi ukuran selain berat badan. Jadi kita tahulah mana nak kurangkan. Lepas tu dia kan labelkan berat badan kita ni ideal ke, obese ke overweight ke.
Semua berat yang kita timbang ada grafnya. Jadi boleh nampak turun naik berat kita. Walaupun berat saya turun tapi label tu masih high, belum mencapai berat yang ideal dengan BMI yang sesuai. Banyak lagi nak kena turunkan tu.

Biasa timbang waktu pagi sebelum sarapan. Bulan puasa haritu saya timbang petang sebab berpuasa dan tak makan apa-apa. Jadi petang tu kira waktu yang sesuai jugalah kot kan. Kalau timbang pagi macam tak sesuai je sebab baru lepas sahur.
Entah bilalah nak mencapai azam kurus yang dah carry forward bertahun-tahun tu. Tak penat ke asyik carry forward je. Sekarang ni rasa macam rindu nak hiking. Bilalah akan mula kembali. Sekarang macam dah ok sikit rasanya. Tunggu masa yang sesuai.
Tahniah.. Berat badan saya naik, turun, naik turun,
ReplyDeleteTerima kasih. Okaylah tu ada turun. Jangan dia naik dan terus naik. Nayaa...
Deleteboleh tu kurus lagi...
ReplyDeletesyarat dia, kata doktor sy.... no more gula putih...
tu je...
Memang stop gula putih dah. Cuma kadang je tambah sikit dalam masakan. Tapi gula lain belum stop, contohnya kopi dan kuih muih gitu. Tapi kita kurangkan pengambilan tu.
DeleteTahniah! Cuya turun naik berat badan mungkin sebab kurang minum air kosong.
ReplyDeleteNak stop sugar completely bukan mudah kan sebab makanan mana2 mmg ada gula tersembunyi. Sama2 la kita jaga kesihatan diri dan menguruskan badan hehe
Terima kasih Cuya. Itulah tu, nak cut sugar terus memang payah sikit. Yang penting minum air masak banyak gitu.
Deletealhamdulillah kalau dapat turun..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteWak sebulan puasa turun 5 kg
ReplyDeleteSeminggu raya naik balik 5 kg
Hihi...penangan raya tu wak. Itu biasa.
Deletewahh..congrats. yeay!!
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerima kasih MA.
Tahniah, Fizah, turun berat, banyak juga tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteTerima kasih kak Nur.
Uncle puasa ni naik pulak... Acaner?
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Alamak, tak dapek nak nolong eh uncle.
DeleteBaiklah, saya akan ke sana.
Tahniah Fiza! Banyak tu turun 3.2kg.
ReplyDeleteAkak pun dah lama tak hiking, dok Perlis ni payah sikit sebab tak banyak bukit yang seronok dipanjat. sini jenis bukit batu kapur tak banyak tumbuhan, cendawan. Kemain alasannya kan :D
Pada saya kira banyak jugalah tu.
DeleteTakpe kak, sana bawah tempat cantik boleh brisk walk.
saya tak tau la berat saya naik ke tak selepas bulan puasa. terlupe nak timbang..
ReplyDeleteHihi..saya pun kebetulan je rasa nak timbang tu. Lepas ni boleh lah timbang.
Deleteyeay, leh pakai baju xs. tahniah-tahniah.
ReplyDeletebila cpt turun berat means metabolisme masih tinggi.
kita pun mudah turun bila puasa. alhamdulillah rasa ringan nak bersolat.
XS versi loose lah tapi.
DeleteAlhamdulillah...mudah nak solat pun kan.
Selalunya macam tu. Tapi lepas raya, kena hati-hati. 😂
ReplyDeleteItulah tu. Ghisauuu...
DeleteBanyak turun tu. Moga berat tak naik2, tapi makin turun buat kita semua 😊
ReplyDeleteHarap begitulah. Aamiin...
Delete