Tambah Koleksi Non Stick Deep Frypan Tefal

Rezeki dapat voucher daripada Lazada sebab menang contest anjuran Lazada tahun lepas. Setelah bertangguh berminggu lamanya dengan urusan ke sana sini, baru minggu ni lah ada kat rumah dan baru sempat nak memilih barang apa yang perlu di beli. Apa yang fikir, nak beli barangan rumah je la setakat ini.

Dah lama juga simpan hasrat nak tambah koleksi non stick pan Tefal sebab dari pengalaman memang puas hati dengan kualiti dari brand Tefal ni. Kali ni cuba beli yang jenis deep frypan untuk memasak setiap hari. Memudahkan kerja masak sebab ada holder, tak melekat dan mudah mencuci. Kerja masak tu jadi lebih cepat orang kata.


Sebelum ni Fiza beli jenis bulat biasa. Saja nak beli yang ada curve macam ni. Senang nak tuang masakan dalam bekas nanti. Nanti kalau tak beli, asyik terbayang-bayang je pula. Bila dah dapat baru puas hati.



Tefal Super Cook Non Stick Deep Frypan 28cm with Thermo-Spot Technology
  • 2 Years Local (Malaysia) Manufacturer Warranty 
  • Easy to use everyday
  • POWERGLIDE non-stick coating
  • The glide that lasts longer


Nak tanya sikit, Macamana nak tahu barangan Tefal tu orginal atau fake ye? Ada sesiapa tahu? Boleh tinggalkan komen dalam kotak di bawah ni. Deep frypan yang Fiza baru beli bawah dia takde tulis made in france pun? Ke memang design deep frypan jenis ni takda tulisan made in france pada bahagian bawah?



Tapi yang deep frypan yang Fiza beli kat AEON ada made in france pada bahagian bawah.


Periuk yang Fiza dapat dari UK ni pun memang original ada made in france bawah tu.

Fiza google takda pula nak kenalpasti original atau fake. Kalau terbeli yang tak original of courselah rasa tertipu dan rugi sebab kualiti tak sama. Biarlah jenama dan kualiti tu seiring dengan harganya. Tengok kat Lazada harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di shopping mall, itu yang nak beli tu. Lagi berbaloi dapat apron Tefal free ni. Nampaknya kena simpan apron lama ni. Semoga jarang-jarang berlaku kemalasan tu ye Puan Fiza.


Well, setakat ini puas hati dengan pembelian Non Stick Deep Frypan Tefal daripada Lazada ni. Packaging elok dalam kotak dan barang pun dalam keadaan baik. Sebelum ni risau juga nak beli sebab tengok daripada review ada yang dah rosak lah apalah. Tapi since tak pernah ada masalah dengan Lazada, Fiza teruskan shopping. Bukan bodek ye, tapi cerita benar. Jika berlaku sebarang masalah tu kira bukan rezeki dan ada jalan penyelesaiannya.




Lepas ni nak shopping deep frypan lagi tapi saiz kecik sikit ala-ala periuk. Yang ni Fiza beli saiz 28cm dan harganya RM99. Beli cepat sebelum stok habis.

6 comments:

  1. tefal memang jenama yang berkualiti. My mom pun memang selalu beli tefal & dia tak mudah hangus. Senang nak control panas dia

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..boleh lebih beraksi di dapur ni Fiza...cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  3. dulu pun pernah pakai jenama tefal,tapi disebabkan selalu sangt pakai sudip besi tu,jadi jahanam,so make sure pakai sudip selain dari besi

    ReplyDelete
  4. Qekra pun suka pan Tefal ni...
    yang ada kat rumah 1 jer.. ingat nak tambah yang deep dan yang saiz kecik senang nak goreng telor...

    ReplyDelete
  5. Tefal ni ada byk jenis...classic, super cook, super cook plus, pure chef,so intensive,pleasure dan expertise...utk type classic n super cook, dibuat di kilang china... utk jenis super cook plus dibuat di kilang di vietnam..pure chef dibuat di china..intensive, pleasure dan expertise dibuat di france....coating bagi setiap jenis kuali pon berbeza2 bahannya...layer pon berbeza... bagi kuali tefal dlm blog ni, ni kuali jenis super cook...super cook kilangnya di china..so, no wonder la xde tulis made in France....

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, baru faham. Terima kasih ye untuk perkongsian.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.