Akhirnya Tersuka Durian

"Ruginya tak makan durian!" Dah biasa sangat dengar ayat tu kalau bagitau orang yang Fiza tak makan durian. Takda lah rugi mana pun, malah buat orang lain untung dapat makan lebih durian sebab Fiza tak makan durian. Tapi sekarang, No! No! No! Durian is mine! Setelah berbelas tahun Fiza tinggalkan kesukaan Fiza makan durian. Akhirnya Fiza beranikan diri makan durian semula.

Kenapa tak suka durian? Pertamanya sebab terlampau muak dengan buah durian. Nak dijadikan cerita dulu masa kecil, abah Fiza ada dusun durian. Memang puas makan durian setiap hari bila tiba musim durian. Bila hari-hari dah hadap, terus jadi muak dan jemu nak makan sampai bau durian pun tak boleh nak hadap. Apatah lagi nak menghadam isi buah durian.

Dari sekolah rendah sampailah ke tahun 2018 ni Fiza memang taknak lansung makan durian. Mungkin dah tertutup hati untuk menerima si buah durian. Tapi tahun ni sejak musim durian ni, tiba-tiba rasa ada nak mencuba. Pada mulanya makan main cubit-cubit rasa sikit je. Sekali bila dah rasa seulas durian, terus rasa tak cukup. Lagi-lagi bila dapat durian Segamat yang sedap dan sejenis  "kucing tidur" macam ni.


Kebetulan sangat dapat durian Segamat yang sedap. Memang tepat pada masanya Fiza cuba makan durian kembali. Bab jenis buah durian memang Fiza failed. Yang Fiza tahu, durian tu sedap. Tak pasti durian kampung ke durian kahwin ke durian tembaga ke. Macam-macam nama ada. Yang pasti bukan Durian Musang King D24 tu. Yang itu mahal ya amat! Dapat durian sedap dan isi tebal macam ni dah kira bersyukur sangat.


Sekali dah tersuka dengan durian semula ni parahlah. Sekali craving payah nak cari. Dahlah durian dah mahal sekarang dan pokok dusun pun dah berganti dengan kebun getah. Tersuka makan pula tu masa hujung-hujung musim durian ni. Kalau balik kampung ada durian lagi memang rezeki lah. Barulah tahu macamana nikmatnya makan durian.


Ini hasil kenDURIAN Fiza dan husband. Nak sangat makan durian kan, kena lah tahan bau durian semerbak dalam kereta bila bawa balik durian dari kampung. Tapi itu semua tak penting dah. Bila dah suka durian, bau dia pun kau dah boleh terima seadanya. Betul tak? Ampun! Buat kau orang terliur.

16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Fuhhh sedapnyaaa durian. Nani kalau ada durian, memang tak menolak. Hahah.

    ReplyDelete
  2. dulu pun akak rasa muak fiza...tp sekarang ni,setelah payah dah nak cari durian,kat kampung pun dah xde pokok besau tu,hah..barulah tercari-cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..bila xde tercari-cari pula..kalau dapat tu memang rasa nikmatnya durian

      Delete
  3. mujur dah merasa durian hasil dusun ari tu :D

    ReplyDelete
  4. Kalau orang yang suka makan durian macam saya, saya mmg rasa durian tu wangi je.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau suka memang suka juga dengan baunya :)

      Delete
  5. Ya Allahh! Kegemarannn! Tahun ni ena tak sempat nak melantak durian. Sebab duduk kat luar. Kalau duduk rumah parents, memang kenyang durian kalau time musim durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni musim durian kena wajib balik rumah baru dapat makan durian puas²

      Delete
  6. wah ni mmg betul2 hantu durian ni hehe...

    ReplyDelete
  7. Ada anak dara pakcuk seorang tak makan durian langsung.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال