Nasi Ayam Penyet Paling Senang Nak Buat

Friday, January 26, 2018

Bila kau teringin nak makan sesuatu yang kau teringin sangat, mesti automatik kau akan jadi rajin nak memasak kalau susah sangat nak dapat ataupun beli. Betul tak? Nak tak nak terpaksa lah masak sendiri. Sedap atau tak rasanya belakang cerita. Yang penting menu tu ada dan dapat makan. Satu hari tu, teringin nak makan ayam penyet lepas tengok video resepi ayam penyet mudah kat facebook.

Inilah susahnya kalau kau orang jenis mudah terpengaruh. Masa tu jugalah rasa teringin sangat nak masak. Setelah Fiza perhati macamana nak masak nasi ayam penyet paling senang nak buat, Fiza pun cubalah masak cara Fiza sendiri. Janji ada rupa tu dah kira lulus. Maaf kalau derhaka dengan resepi asal sebab Fiza masak ikut suka je, dah nama pun masak cara Fiza.


Nasi tu nasi biasa je. Jadi, macam nasi macam biasa. Sementara tunggu nasi masak bolehlah masak lauk. Pertama kali Fiza masak ayam dulu dengan cara merebus macam buat sup.

Bahan-bahan Ayam Penyet

  • Potongan Ayam
  • Air secukupnya
  • 1 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • serbuk kari
  • serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng

Cara masak Ayam Penyet

  1. Cuci bersih ayam
  2. Rebus ayam dengan menggunakan air secukupnya bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  3. Setelah ayam agak masak, keluarkan dan toskan.
  4. Kemudian salutkan ayam bersama rempah ratus seperti serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari dan sedikit garam. Kalau rajin boleh tambahkan besar kisar kalau nak lagi rangup.
  5. Lepas tu boleh goreng terus ayam dalam kuali. Bila warna dah agak cantik kekuningan tu dah boleh angkat dah sebab ayam tu pun dah masak direbus tadi. Kemudian penyetkan menggunakan pisau potong daging tu. Jadilah ayam penyet.

Bahan-Bahan Sambal Ayam Penyet

  • 1 biji bawang merah (dipotong-potong)
  • 1 ulas bawang putih
  • Cili Api Merah
  • Ikan bilis ( Kuantiti kurang sikit daripada cili api, nak letak sikit je pun boleh)
  • 1biji tomato (dipotong-potong)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu gula pasir
  • sedikit garam

Cara Buat Sambal Ayam Penyet

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Gorengkan kesemua bahan (kecuali gula dan garam) sehingga layu dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian kisar bersama gula dan garam. Kisar sehingga lumat dan kalau nak cair sedikit tambah je air rebusan ayam tadi.



Dah siap nasi, ayam dan sambal. Yang lain cuma perlu goreng tempe dan tauhu. Sayur tu boleh potong timun atau sayur kacang panjang. Nampak tak senang je nak masak ayam penyet kalau bahan-bahan ada. Tak sempurna seperti bahan asal pun takpe, janji ada rupa ayam penyet tu. Jangan lupa hidangkan sekali dengan sup rebusan ayam tadi tu.

14 comments

  1. ya ALLAH i is kennottt... sedapnyaaaa T_T
    follow sini #5815

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba buat ye kalau kennott tahan..hihi. Terima kasih follow :)

      Delete
  2. Allahuuu! Menu paling paling ena suka. Makan hari2 tak akan bosan. Yang penting ayam dan sambal kena aummmm. Boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe, ayam dan sambal memainkan peranan paling penting dalam menu ayam penyet

      Delete
  3. kul 12.45 blogwalking terus ternampak ni terus la terasa laparnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'(

    hahah dasar kaki pemakan mmg x leh jauh dr tgk gambar mknn camni..sebab nampak mmg sedap gilerrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya. tak pernah lagi buat sendiri ayam penyet ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.