Kisah Paku Dan Dinding

Pernah dengar tentang "Kisah Paku dan Dinding"? Kalau belum pernah dengar lagi boleh baca dulu kisah paku dan dinding ni. Cerita yang bagus untuk mengubah seseorang menjadi yang lebih baik akan datang.

Credit Image :google

Al kisah bermula ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu" 

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda!

15 comments:

  1. betul tu kadangkala kita tak sedar kan apa yg kita buat mungkin melukakan hati orang lain...

    ReplyDelete
  2. Kekadg kita x prasan yg kata yg kita ucpkn mguriskn hati org lain kan secara x sgaja

    ReplyDelete
  3. couldn't agree more.. takut buat salah kat org tanpa kita sedar ;')

    ReplyDelete
  4. betul tu....kadang kala kita tak sedar apa yang kita buat tu betul atau salah...ya kan...

    ReplyDelete
  5. Betul tuu...terlajak perahu bleh undur lg..terlajak marah...?

    ReplyDelete
  6. Agree.. Azwar pernah juga baca kisah -aku dan dinding ni.. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.