Cara Daftar Perniagaan di Pejabat SSM

Cara Daftar Perniagaan di Pejabat SSM lebih mudah Fiza rasa dari cara daftar SSM secara online. Pada mulanya Fiza daftar cara online tapi ada masalah error pada website dan berjaya buat separuh jalan. So cara lain terus pergi ke pejabat SSM. Memandangkan ramai bertanya macamana nak daftar, so terus Fiza kongsikan dalam blog sebagai rujukan je la ye. Penat pulak kita nak explain pada sorang sorang.

Cara untuk daftar perniagaan di pejabat SSM

1. Sediakan salinan/photostat kad pengenalan (IC)

2. Sediakan duit secukupnya samada RM40 untuk pemilikan tunggal/ RM70 untuk pemilikan perkongsian. Di kaunter memang dah tulis siap siap sediakan duit secukupnya. Maksudnya takde sediakan baki duit la tu.

3. Pergi ke pejabat SSM yang berdekatan.

4. Semasa ambil no giliran di situ staff akan tanya urusan apa. Jawablah "untuk daftar perniagaan". Dia akan bagi borang untuk di isikan, no giliran dan akan guide mana yang perlu di isi.
*Kalau nak isi borang siap siap boleh print dari website (www.sssm.com.my). Pilih Servives>>Form. Print Form PNA.42 & Form A

5. Selesai isi borang bagi semula pada dia, dia akan check jika borang lengkap atau tidak kemudian tunggu giliran untuk di panggil di kaunter.

6. Bila nama dah dipanggil, serahkan borang yang telah di isi, salinan IC dan IC. Kemudian buat pembayaran.

7. Selesai buat pembayaran dan jika tiada masalah tentang perniagaan resit akan diberikan dan kena tunggu sijil siap.

8. Sijil siap dalam masa kurang 1 jam atau 30minit. Bila sijil siap, sila buat semakan dahulu sebelum beredar.

Dah siap. Boleh mulakan perniagaan anda. Cara ini lebih mudah sebab staff SSM yang akan buat untuk kita. Kita hanya perlu isi borang dan tunggu je la. Cuma yang lecehnya nak kena pergi pejabat SSM.

Disebabkan kita ni berniaga online..gunakan alamat rumah je. Kalau berkongsi berniaga kenalah bawak partner sekali okay.

cara-daftar-perniagaan-di-pejabat-ssm
Harap entry ini juga dapat membantu. Sebarang pertanyaan silalah tinggalkan di ruangan komen. Mana yang dah ada jawapan dalam entry ni tak perlulah tanya lagi ye :)

17 comments:

  1. bagus info ni..terima kasih sudi kongsi :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih fiza sudi kongsi info ini :)

    ReplyDelete
  3. skrg ni sume kene dftr ke? bisnes online pon kene dftr ek? huhu

    ReplyDelete
  4. Smua jenis prniagaan kna daftar dah kan, tq fiza infonya..kat Sabah ni kurang pasti plak prosedurnya

    ReplyDelete
  5. Mmg mudah... Cuma kalau yg buat part time agak susah...

    ReplyDelete
  6. Wahh ada tuto ...lagi senang nak tahu step yang perlu diikuti ..thanks Fiza

    ReplyDelete
  7. Nanti boleh la Kak Lya rujuk kat blog Fiza..Ok

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing fiza...lagi mudah ek...tahniah yer

    ReplyDelete
  9. Info sgt berguna. Bleh daftarla pasni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.