Resepi Roti Puri Mudah

Resepi Roti Puri Mudah je rupenya. Bahan bahan pun tak banyak. Boleh buat santapan bila bila masa je. Bila dah bahan simple je memang rajinlah nak buat. Pertama kali cuba menjadi memang excited nak buat lagi. Cuma kurang kembung sikit roti ni sebab sepatutnya kena lenyek tepung nipis sikit. Tapi takpe, still kembung dan sedap dah memadai.

Roti puri ni sedap makan panas panas masa tengah kembung. Kalau dah sejuk ginilah jadinya, dah mula mengecut..huhu..Lambat snap punya pasal.

roti puri

Pepagi ni bolehlah try buat untuk breakfast.

Bahan²
1/2 kg Tepung gandum
Susu Tepung * tak kisah susu tepung jenis apa. Tapi Fiza guna susu tepung Dutch Lady wiith honey so tak perlu letak gula dah
Air
Garam
2 sudu Butter atau 1 sudu marjerin

Cara²
1. Sediakan air susu [ bancuh susu tepung dengan air dan tambahkan garam. Kalau guna susu tepung biasa tambahkan gula 1-2 sudu ikut citarasa].

air susu roti puri

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung bersama butter yang telah dicairkan (atau marjerin) dan gaul.
3. Masukkan  air susu sikit demi sedikit dan uli menjadi doh. *Pastikan doh tidak melekat. Jika melekat tambahkan tepung.

doh roti puri

4. Dah siap doh, bulatkan kecil kecil dan letak minyak sikit.

doh roti puri

5. Rehatkan selama 5 minit
6. Sebelum menggoreng pastikan minyak panas dan banyak. Lenyek nipis tepung tadi dengen pengelek kemudian goreng setelah minyak panas. Roti akan mengembung semasa goreng :)

cara buat roti puri

Sediakan roti puri bersama sambal sardin. Tumis bawang merah,bawang putih dan tambah cili kalau nak pedas. Dah garing bahan tumis masukkan sardin dan biarkan masak seketika. Dah boleh dihidang bersama roti puri. Memang sedap!

sambal sardin

Selamat mencuba :)

30 comments:

  1. sedapnya makan roti puri ni..kena dengan kari pekat sedap nie

    ReplyDelete
  2. secara tiba2 teringat puri dan macam nak balik menyinggah di mamak pulak ni...ekekekeke....

    ReplyDelete
  3. wah simple ja tapi nampak sedap.. boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  4. mmg sedap roti puri nie..akak suka mkn dengan sayur campur isi dlm poket yg kembung tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah isnin dik Fizah..sedap ni buat untk sarapan pagi atau minum petang...InsyAllah nak try..

    ReplyDelete
  6. macam-macam versi roti puri...tiba-tiba rasa nak buat sendiri pulak...

    ReplyDelete
  7. roti puri cicah kari sardin... sedap jugak.

    ReplyDelete
  8. lya pernah mkn mak mentua yg buat hhee..nnnt lya cuba

    ReplyDelete
  9. pernah buat...cicah kari tenggiri sedap nih

    ReplyDelete
  10. makan dengan kari sardin pun best..

    ReplyDelete
  11. Hm....sedap nmpaknya..

    ReplyDelete
  12. kuih tingat zaman sekolah saya..... kantin sekolah saya dolo lau buat kuih karipap intin dh abih kulit tu goreng kemudian cicah ngan sambal ikan bilis hehehe

    ReplyDelete
  13. alamak sedapp ni tunggu hari cuti....sambal bilis pun jadikkk

    ReplyDelete
  14. rajinnya :) nampak sedap boleh la nak cuba utk weekend nanti

    ReplyDelete
  15. ermmm..dapnyeee..senang je rupenye wat roti puri ni..tp akak xmnm susu..nk tukarkan ngan ape yek?ke xletak pun xpe?

    ReplyDelete
  16. senangnya... mcm buat doh pizza je..
    skrg semangat memasak sangat2 membaca.. bila nampak recipe mudah2 macam ni rasa tak sabar nak try..
    rasa rugi je bila makan kat kedai padahal boleh buat sendiri je kannn :D

    ReplyDelete
  17. Roti x kira apa jenis..mmg makanan wajib harian den

    ReplyDelete
  18. saya biasa makan dengan kari ayam. nyam nyam

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.