Permohonan Rayuan UPU

Permohonan Rayuan UPU kemasukan ke IPTA telah dibuka mulai hari ni. Untuk semak keputusan UPU. Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti & ILKA sahaja layak mengemukakan permohonan rayuan.


Tarikh permohonan rayuan adalan seperti berikut:

Rayuan ke IPTA
Rayuan ke IPTA bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014 di link berikut :

https://online.moe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/

Rayuan Politeknik Premier
Rayuan ke Politeknik Premier bagi program pengajian Lepasan SPM/Setaraf dibuka untuk capaian mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014 di link berikut:

https://online.moe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/


Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Bermula16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014.

Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula 12 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2014 (tentatif).

Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Laman Aplikasi e-Rayuan UPU

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

Tarikh semakan dibuka

Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Bermula minggu kedua bulan Jun 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).

Bagi calon lepasan STPM/setaraf
Bermula minggu ketiga bulan September 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).

Kaedah semakan
Semakan secara online
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU

Semakan melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:

Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

Contoh: UPU RESULT 960325035243

Hantarkan SMS ke 15888

Selamat masuk U adik² semua. Semoga permohonan kali ini berjaya.



8 comments:

  1. salam..sy mungkin ambik PJJ kut..tapi entah la x sure lagi ni..maybe taun depan kut baru nak apply upu :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum fiza...semoga mereka berjaya...:)

    ReplyDelete
  3. good to know. moga berguna buat mereka yang sedang mencari peluang melanjutkan pelajaran. :)
    http://nad2nadzirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. semoga mereka berjaya.. in sha ALLAH ,kalau dah ada rezeki, kat mana-mana pun boleh .. pasti lah :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.