MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Seminggu sudah berlalu majlis sebelah husband Fiza. So dah settle majlis kedua dua belah pihak dan boleh rehat puas puas. Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kami sudah menjadi suami isteri. Happy! Seperti yang dirancang, majlis sebelah lelaki buat simple je takde sanding bagai dan lebih kepada gaya santai je kot.

Bertolak dan bersiap siap dari kampung Fiza kat segamat sebab menggunakan perkhidmatan mak andam yang sama.Ok kali ni baju tersempit pulak..sebelah perempuan hari tu oversize, kali ni overfit pulak..Nasib boleh masuk..phew~

Dari Segamat pukul 11pagi cuaca sangat cerah dan bila sampai ke Kuala Pilah dalam pukul 1 petang dah hujan. Nasib baik jugak bila sampai di rumah hujan dah reda cuma hujan sikit je la.Turun kereta pengantin kena payung diri sendiri je la sebab tak budget ada pengapit pun..

So yang jadi pengapit ni kira pengapit terjun la namanya..Terima kasih along n mak teh yg sudi jadi pengapit sekejap tu ye. Thanks juga budak comel baju ungu tu anak buah Fiza terpaksa tolong pegang kain baju pengantin yang overflow tak boleh belah tu..hikss


Sampai sampai je terus ke meja makan beradab. Serius lapar sebab awal pagi dah kena make up without breakfast.


Dah settle majlis terus pergi outdoor kat Istana Sri Menanti. The famous amous place kan. 

Last destination dekat kota warisan berhadapan dengan entrance pintu masuk istana sri menanti tu. Alang alang dah pergi situ apa kata turun ke sawah kejap kan.


Ok,tu je nak share. Mana yang sempat datang tu Terima kasih banyak banyak dan pada mereka yang tak sempat datang tu,boleh tatap gambar yang ada ni kan. Kot ada bagi idea kat korang camna ke kan..idea lah sangat..hehehe..Bila dah settle semuanya barulah lega. Alhamdulillah..kini, mulakan tugas tugas isteri untuk suami tercinta.

14 comments:

  1. rase mcm nk sanding lg skli jeeeeeeeeee.. haha.. cantek gmbr..

    ReplyDelete
  2. Cantik baju fiza... Design kita lebih krg... Tp perot sara x dpt nk cover... Hahahahaa... Mjls bertandang bln 11 tatau nk pki baju apa... Huhu..

    ReplyDelete
  3. sweetnya.. hehe
    suka baju pepel tu unik la dan gambar ada sentimental value ;)

    ReplyDelete
  4. sorry fiza, kak izah tak dpt jugak berpeluang nak ke majlis belah lelaki.... cantik sgt dress fiza in purple color. my feveret kale jugak tau! anyway, k izah nak ucapkan selamat pengantin baru. k izah doakan semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal bahagia buat selamanya dan cepat dapat baby....

    ReplyDelete
  5. cantiknyer warna purple tu sis...

    ReplyDelete
  6. Warna baju cantik sangat Fiza! Once again,congrats! Dah jadi isteri orang. :)

    ReplyDelete
  7. Alolooo.. comellllnyaa. semoga berbahagia hingga akhir hayat. maaf for the late wish .teehee !

    ReplyDelete
  8. tumpang bhgia tgk kwn2 happy..tahniah fiza :)

    ReplyDelete
  9. best dapat bergambar kat kampung2 mcm nih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.