Entry ni Fiza nak review sikit pasal doorgift masa wedding Fiza August 24, 2013 yang lepas.Mana tahu kot ade bride to be yang pening fikirkan doorgift ni.So harap entry ni boleh bagi idea kat korang.Idea ni lebih jimat.Kalau sediakan paper bag,dalam paper bag kena ada macam macam nak letak kan.Kerepek la gula gula la kuih bahulu la telur la..Haa..kalau kira kira satu bag tu dah berapa dengan siap dalam sekali tu kan.
So kalau guna glass jar ni,korang tinggal fikirkan satu bende je untuk masukkan dalam ni kan.Betul tak?Nanti bekas tu boleh la korang guna buat perhiasan ke,buat guna harian ke kan..Nampak tak kegunaanya glass jar sebagai doorgift?Jimat,practical dan mudah.kalau guna paper bag mesti orang dok buang je nanti.Kalau yang simpan tu okay jugak kan.rugi dah kat sini. At least kita bagi tetamu barang yang boleh dibuat kenangan ^___^.Tak gitu?
Fiza beli glass jar masa promotion kat Lurvering DoorGift. RM1/jar siap dengan sticker dan riben pink comel tu.
Dalam Glass jar Fiza letak teddy bear chocolate cookies dan colourful ice cream cookies. Fiza beli borong cookies ni dekat area Segamat. Beli 2 tin besar Teddy bear chocolate cookies dan 2 tin colourful ice cream cookies,total harga cookies less than RM200 cukup untuk 5++ pcs glass jar.
Untuk sticker kat glass jar ni Fiza design sendiri sebab nak bagi sama dengan design kad kahwin,bunting,banner semua barulah mengikut tema kan..Walaupun sticker design sendiri harga promotion glass jar tetap sama. Fiza design 2 style baru nampak pelbagai sikit kan.Yang penting suka dengan design sendiri.Memang puas hati!
Ok,doorgift ni boleh buat untuk apa apa event pun bukan untuk wedding je. Hope bila share ni dapat memberi sumber inspirasi untuk wedding,engagement,majlis cukur jambul,birthday dan macam macam lagilah. Cuma korang kena pandai kira kira budget dan fikir apa yang sesuai nak letak dalam glass jar ni.
Kalau ada budget lebih bolehlah letak rainbow cake ke,red velvet cake ke,marshmallow ke,kacang ke,maruku ke,jeruk ke, dan apa apa je la..Pening jugak lah nak fikir apa nak letak.Finally cookies jugak jadi pilihan sebab lebih mudah kot.Beli dan terus masukkan je.Kalau buat kek,agak leceh jugak nak buatnya..kann..
Okay,bunga telur tak dilupakan.Mak nak jugak ada bunga telur,baru namanya kenduri kahwin kan.Tak lengkap majlis kenduri kahwin kat kampung tanpa nasi bungkus.Tu lah yang seronoknya kenduri kahwin kat kampung Johor ni,tak kosong tangan tetamu bile balik.^___^
Terima kasih kepada tetamu yang datang memeriahkan majlis dan mendoakan kami.^__^
cantik
ReplyDeletecomel betei
ReplyDeleteCantikkk. Design sticker tu pon cantik.
ReplyDeleteRM1/jar ? biar betul . . murah betul . .
ReplyDeletebetul tuu akak . . klau pakai paper beg ramai orang buang . . Kalau jar ni boleh laa orang simpan . .
Macam mak saya mesti kumpul bekas2 ni . . hee
bestnye biskut teddy bear . . sukaaaa . . nyumnyum . .
sticker akak mmg tbaek . . cantikkk sangat . .
kreatif laa akak . .
nice! :D
ReplyDeletecantik la fiza...ala akak dah tawen..hahaha..kalau muda lg dan baru nak tawen akak dah amek dah idea ni..hehe
ReplyDeletecomel nyer..^_^
ReplyDeleteok sgt hrga cmtu kan dear..
ReplyDeleteberguna juga jar tu.
wah comel sesangat ^_^
ReplyDeletekreatif n rajin je =) mmg cantik
ReplyDeletenice sgt!!! =)
ReplyDeletecomel la! siap dgn sticker lagii
ReplyDeletecantik la ..
ReplyDeleteMurah dan sangat comel...blh jd inspirasi ni =)
ReplyDeleteAssalam nk tanya beli biskut borong ni kat mana ye
ReplyDelete@umira aziz
ReplyDeletebeli kat kampung sy kat segamat, Johor
comel je....ado keto
ReplyDeletecomel nya...hu
ReplyDeleteWahhh. Comel lah door gift Kak Fiza ;)
ReplyDelete