Kisah Misteri Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Yang Menjadi Perbualan Pelajar UiTM Shah Alam

Tuesday, February 22, 2011

Sila baca artikel ini dengan penuh penghayatan ok! Cerita nih memang kisah benar katanya. Cerita diambil daripada facebook yang dikongsikan oleh seseorang. 

Cerita seram yang popular satu ketika dahulu. Dah ikuti cerita ini memang agak seram dan ada beberapa fakta yang tak logik juga. Nak tahu cerita? Ikuti kisah seram misteri rumah Seksyen 2 dengan sewa RM50 sahaja sebulan.



Cerita mereka bermula.....

9 tahun lepas aku dpt smbung belajar kat uitm shah alam. So, perkara pertama yang kena fikir ialah aku nak duduk mana sebab aku tak dadat hostel. 

Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada kat aku dan kawan-kawan, maka dapat lah aku dengan kawan-kawan aku umah sewa dekat-dekat area seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World (kalo korang tau la). 

Rumah tu bungalow 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang unttk 1 bilik lah. Aku ringkaskan je la, kitorg masuk umah tu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama, tuan umah hanya amik RM50 je sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama ni free la....[?]
 
Kedua, tuan umah tak bagi kitorang bawak barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya.
 
Ketiga, pokok ara tepi umah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas. 

Malam pertama duduk rumah tu kitorang tak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang dan juga layan dvd korea . Cerita seramnya start masa hari kedua.  Tak payah nak tunggu malam, siang pon kitorang dah kena kacau. Azmi "dagu" orang first kena. 

Masa tu baru pukul 10.30pg (anggaran aku la), si Azmi ni bangun nk memerut. So dia pergi lah toilet bawah tu tapi dalam toilet ada orang (sebab pintu tutup). Toilet atas plak rosak, tuan umah kata nanti dia betulkan. 

Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas ni. Jadi Azmi ni memekik lah suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu umah bangun pergi tengok apahal. 

Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang kat dalam tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi.

Dalam ramai-ramai ni, Lan sorg je yg berani sikit (mungkin pasal dia ni keturunan bugis kot), dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu mmg dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi nak berak, Mungkin sebab takut kot. 

Malam tu kitorang kena lagi teruk. 

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba  je ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu kat lantai!! Apa lagi, hangin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak ada orangg pulak. 

Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan dvd kat hall bawah.

Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah kebawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...

Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut, kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? ada batu nisan yg dah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang sangat-sangat kuat. 

Masa ni korang jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadik kat korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. 

Aku lari keluar dari bilik tu dan  pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member ake lah kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku sorang pon dah tak ada kat hall. Nak tahu diorang kat mana? semua dah duduk kat luar umah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanat nya,  tak ada sorang pon kejutkan aku.Taik betol diorang ni. 

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang  ni dah pukul 3 pagi. Nak mintak tolong tok imam, umah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorangg cina. 

Last-last Salleh ajak lepak restoran hakim je smpai pagi. Bunyinya macam senang tapi memasing semua  tak pakai baju lepas tu pakai boxer dengan kain pelikat je. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor. 

Oleh sebab bilik is Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitorang decide lah nak pinjam baju dan seluar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. 

Wallet pun aku tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut kat dinding (tempat penyangkut). Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pulak perasan ada budak perempuan kat pintu dapur tengah senyum sambil babai tangan kat dia. 

Yang aku pulak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung dan pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar la... Kepala lutut aku menggigil sampai kat restoran hakim!!!! 

Lepas sampai kat restoran hakim tu, memasing sibuk buka cerita termasuk dengan aku sekali lah. Memula Wak cerita la, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu kat tingkap bilik dia. 

Cerita Wak

Bila dia jengah, dia nampak ada sorang perempuan duduk kat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan  koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, pompuan huduh tu boleh senyum kat dia pulak. 

Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus nak keluar pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi sekor pulak hantu duduk kat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik je tak patah. 

Cerita Azmi "Dagu"

Azmi "dagu" pulak cerita lahyang dia nampak ada budak perempuan babai tangan kat dia [yang ni, aku pun kena jugak ok). Aku confirm yang budak ni bukan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! 

Cerita Sam

Sam pulak cerita dia nampak hantu tu kat siling rumah! Bila buka mata je , hantu tu betul-betul "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau lah ni. Dan aku orang yang last cerita. 

Aku cakap lah yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak kat lantai. Lepas tu aka cakap lah yang aku nampk diorangg tengah layan dvd kat hall tapi si Azmi tetiba menyampuk "bila masa pulak kitorang tengok dvd ni?". 

Rupanya tak ada sorang pun yang tengok dvd pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? haru betol! Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil. 

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau gak. 

Rupanya si Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang kat Restoran Hakim tu. Malu betol. Aku pulak obleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadik cerita kelakar pulak. 

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar, Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob sorang je yang bawak handphone

So kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pulak, sama juga tak ada orang angkat. Lepas tu Lan amik hanphone Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepastu dia suruh Bob call Naim lagi skali. 

Bob call da buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya mengilai lha sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. 

Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik umah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan mengilai kat handphone tu, tak ada seorang pun antara kitorang bercakap sampai subuh!! 

Pukul 7.30pagi baru kitorangg blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tak tahu lah. Sampai kat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan gate dah terbukak seluas-luas nya. 

Ini kalau pencurik masuk ni, memang dia kaya sebab laptop, wallet dengan handphone kitorang semua tinggal macamtu je. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada siapa berani masuk rumah tu dulu

Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorang duduk tercangak kat depan rumah sebab tak ada siapa berani masuk. Entah macamana agaknya handphone Bob berbunyi. Hati aku dah tak sedap. Jangan lah kata hantu tu call kitorang suruh masuk rumah. 

Lan yang angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai geng aku ni, Lan lah yang paling berani tapi kekadang dia jadi penakut jugak la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad emergency Hospital Klang. 

Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada missed call dari nombor handphone Bob ni, tu yang dia call nombor handphone Bob ni...Ooooh baru aku faham. Yang peliknya Naim eksiden? 

Masing-masing dah serba salah jadinya. Bingung pun ye jugak. Tak tahu samada nak melawat Naim kat Hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. 

Akhirnya kitorang call tuan rumah untuk tengok apa yang patut. Aku dengan Sam pulak pergi Hospital Klang tengok keadaan Naim macamana. Kalau mrmang tenat sangat, aku inform yang lain-lain suruh datang lah. 

Yang lain aku suruh cari Salleh kat keliling rumah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing tawakal je. Masa on the way pergi Hospital Klang ni, aku tak tahu lah si Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat cakap yang hal ni tak abis lg. 

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak betul hati aku tengok Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau something else lah. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat cakap yang umur Naim ni tak panjang sebab darah banyak gila keluar. 

Sam pulak tak sanggup tengok, air mata dia dah berjurai-jurai macam air terjun. Doktor pun cakap yang dia ni dah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. 

Dia minta maaf sebab buatkan kitorang jadi susah. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap ni. Akhirnya dia meninggal juga

Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan lain bagitahu pasal Naim dah meninggal. Aku tengok Sam dah terduduk kat tepi balkoni dengan mata merah sebab menangis banyak sangat. Tak lama lepas tu parents Naim datang. Aku tak sanggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam. 

Sampai kat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa. Habis satu rumah dia geledah. Lastly, ada orang tua kat situ mintk tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz tu tapi lepas Asar baru kitorang jumpa Salleh duduk kat atas busut belakang rumah. 

Yg hairannya, dah 5-6 kali orang cari tapi tak ada pulak jumpa dia kat situ. Tak kisah lah janji jumpa balik Salleh ni. Kitorang punya lah suka jumpe si Salleh ni balik. 

Masing-masing ambil keputusan pindah dari rumah tu haritu juga. Kebetulan pulak kat seksyen 7 (pintu belakang UiTM) ada satu rumah untuk disewa, kitorang pindah situ lah. Barang-barang Naim kitorang angkut sekali. 

Terus terang aku cakap, memang aku hangin gilea tengok muka tuan umah sebab tak bagithau yang rumah ni "keras". Patut lah dia suruh bayar RM50 je dulu lepastu tak bagi bawak barang banyak-banyak. Cisss...

Aku demam 3 hari. 

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. 

Seminggu lepas tu, keadaan dah okay sikit cuma Salleh je yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal tu dia ada cakap kat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. 

Rupanya masa hari 1st day kitorang masuk rumah tu, Naim dengn Salleh dah buat hal. Dia pergi cangkulnya busut kat belakang rumah tu. Si Naim pulak boleh kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin pasal tu lah kaki dia eksiden kot (dalam hati aku lah). 

Lepastu Salleh cerita lah, pada malam yang kitorang satu rumaa kena kacau tu dia dengan Naim pun kena jugak. Tapi hantu tu siap kejar diorang lagi samaip kat jalan. Diorang punya lah cuak sampai lari ke tengah jalan.

Entah mana datangnya kereta tetiba dah hentam diorang. Naim tercampak kat tengah jalan, yang dia pulak kat tepi. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepastu, Salleh kata dia terus tak sedar ap-apa sampailah kitorang jumpe dia atas busut tu. 

Yang peliknya,macamana dia boleh duduk kat atas busut sedangkan dia kata dia dah lari kat tengah jalan besar? Nape naim seorang yang kena teruk sangat tapi salleh tak? 

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahu lah sakit apa tapi 3 bulan lepastu dia meninggal. Famili dia sendiri bingung sebab doktor pun tak tahu sakit si Salleh. 

Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang pergi gali tu. Aku dengan geng-geng aka yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. 

Memang aku tahu dia sedih sangat. Yang tak boleh aku lupe, kitorang semua nangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian kat UiTM ni. Buat Naim dengan Salleh, kitorang tetap akan ingat kau sampai bila-bila...Al-fatihah .. 

p/s: kepada semua penduduk seksyen 2, awas 


6 comments

  1. pergh !!! mangg seramm arr cte ! miera sedekahkan al-fatihah buad arwah naim denagn arwah salleh .

    ReplyDelete
  2. seramnye,sampai hati tuan rumah tu x bgtau dorg

    ReplyDelete
  3. seramnya...alfatihah untuk arwah...tak sanggup nak tengok gambar...



    New Entry: Keputusan SPM 2010

    ReplyDelete
  4. masa belajar kat uitm dulu masa sibuk2 tngh cri umh swa yg murah memang pnh dgr la cite2 ni.. tp tak pnh pulak nak usha2 rumah yg mana. scary jer...

    ReplyDelete
  5. ya ALLAH..terdiam jap bace cite ni..erm..buat owner rumah....pergi la buat ape yg patut..jgn la pk untung je..kalau betul umah tu keras..ade eloknye jgn disewakan pada mane2 pihak...huhu..alfatihah~

    ReplyDelete
  6. lejen kisah seram shah alam...banyak jugak tempat yg 'boleh tahan'

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.