Header Ads

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah

Sesekali teringin nak makan kek kukus coklat. Sedap betul dapat makan kek yang dikukus ni. Kek lebih moist. Boleh lah cuba resepi kek kukus coklat mudah dan ringkas bawah ni. Resepi kek coklat kukus lembab mudah dan menjadi.

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah

Bahan-bahan A 
2 cawan tepung kek blue key
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula kasar 
1sudu camca natrium bikarbonat
1sudu camca serbuk penaik

Bahan-bahan B
1 cawan susu cair
3/4 minyak masak
1/2 cawan air suam
2 biji telur 

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah-Tepung Blue Key

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah-Natrium Bikarbonat

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah-Baking Powder


Resepi Kek Kukus Coklat Mudah-Susu Sejat 

Cara Penyediaan

1. Masukkan semua bahan-bahan A kedalam satu mangkuk dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan B, dimulakan dengan susu cair, minyak, telur, air suam dan telur.
3. Oleskan loyang dengan marjerin/butter. Panaskan loyang terlebih dahulu didalam pengukus selama 5minit sebelum tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
4. Setelah loyang dipanaskan. Tuangkan adunan dalam loyang dan tutup pengukus.

Biarkan masak selama selama 45minit. Jangan intai selama 45 minit tu ye. 

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah

Untuk pastikan kek dah masak ke belum. Selepas 45minit tu, bukak penutup dan cucuk dengan lidi. Kalau adunan tak melekat pada lidi, tandanya kek dah masak. Kalau belum, sambung lagi proses mengukus.

Lepas masak, keluar kek dah biarkan sejuk. Lepas tu terbalikkan. Inilah dia rupa kek coklat kukus yang dah siap.

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah

Taburkan kek dengan chocolate rice untuk lebih menarik dan lebih sedap rasa coklat tu.

Resepi Kek Kukus Coklat Mudah

12 comments:

  1. Rupanya Fiza ni dari dulu lagi memang suka memasak ye..Patut la cik abam sayang..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka memasak bila rajin dan ada mood je kak diana :)

      Delete
  2. Wahhh mmg sodapp tuu ..Kek coklat kesukaan anak2 Kak Lya ni

    ReplyDelete
  3. tgk entri lama bulan 2009, wahh. 3 entri ja ya. ahaha~

    bw time nk bukaa..aduhh,laporrr den !

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye, wah 2x kak lya datang komen. Terima kasih :)

      Delete
  5. mmm... nak try la... Tapi, saiz cawan tu besar mana erk...

    ReplyDelete
  6. Kalau ada coklat cair atas kek lagi best.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.