Bunga Matahari

Sunday, May 02, 2010

Tengok gambar bunga matahari ni, mulalah terkenangkan kampung. Pernah dulu mak saya tanam pokok bunga matahari depan rumah. Cantik bersusun bunga matahari di rumah. 

Semua pokok bunga matahari meninggi diri dengan bunga matahari yang kembang dan besar. Pagi pagi sedap bau bunga matahari yang segar. Susah nak describe macam mana bau bunga matahari tu. Pernah bau kelopak bunga? 

Bunga Matahari

Dia tak ada bau yang spesifik atau saya yang tak tahu nak digambarkan dengan perkataan.

Bunga Matahari

Nama saintifik pokok bunga matahari adalah Helianthus annuus. Bunga matahari sejenis pokok semusim dari famili Asteraceae. Dikatakan pokok bunga matahari ni berasal dari benua Amerika. 

Ciri-ciri pokok bunga matahari

  • Batang pokok bunga matahari pula boleh bertumbuh setinggi 3 meter tinggi.
  • Bunga matahari  boleh mencapai garis pusat sehingga 30 cm dengan benih-benih "besar"
  • Saiz kepala kuntum yang besar. 

Biji bunga matahari @kuaci bunga matahari

Biji bunga matahari dan kuaci bunga matahari merujuk kepada benda yang sama atau dikenali juga dengan jantung bunga matahari. 

Ada 3 jenis benih yang biasa digunakan untuk menghasilkan kuaci iaitu :  
  • benih minyak linoleik (paling umum)
  • minyak oleik tinggi
  • minyak bunga matahari. 
Setiap jenis ada tahap lemak masing-masing. Ada lemak tepu dan tidak tepu.

Bunga Matahari

Cara tanam bunga matahari sangat mudah. Boleh tanam dari biji benih bunga matahari yang kering. Biji benih perlu disemai terlebih dahulu dalam medium tanah. 

Bila dah besar baru pindahkan dalam pasu. Cara mak saya tanam, terus letak biji benih dalam tanah. Pun boleh hidup membesar subur macam ni.

Bunga matahari mengingatkan lagu Matahariku Agnes Monica dan Matahari nyanyian Maya. Sambil tengok bunga matahari layan lagu matahari sekali.

Lirik Lagu Matahariku – Agnes Monica

Tertutup sudah pintu
pintu hati ku
yang pernah dibuka waktu
hanya untuk mu
Kini kau pergi
dari hidup ku
ku harus relakan mu
walau aku tak mau

[#:]
Berjuta warna pelangi
didalam hati
Sejenak luluh bergeming
menjauh pergi
Tak ada lagi
cahaya suci
semua nada beranjak
aku terdiam sepi

[Reff:]
Dengarlah matahari ku
suara tangisan ku
ku bersedih
kar’na panah cinta menusuk jantung ku
Ucapkan matahari ku
puisi tentang hidup ku
tentang ku
yang tak mampu
menaklukkan waktu

Oh [#]

[Interlude]

Dengarlah matahari ku
suara tangisan ku
ku bersedih
kar’na panah cinta menusuk jantung ku

Lirik lagu Matahari - Maya Matahari

Terbitnya sinar mentari
Saban hari mengejut mimpi dari lena
Riang kenari di cemara mengusik sukma

Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi

Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi

Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.