Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0. RM1000 untuk B40

Wednesday, September 23, 2020

Sedikit lega mendengar Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tadi. Syukur lah masih ada bantuan prihatin daripada kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. 

Ramai yang terkesan dengan pandemik wabak virus Covid-19 sejak bulan March lalu. Kita tahu ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Nak mengharapkan pengeluaran i-lestari pun belum tentu cukup dengan taraf hidup yang semakin tinggi kosnya.

BPN 2.0

Bantuan Prihatin Nasional BPN telah dilanjutkan kepada BPN 2.0. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat yang layak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kumpulan pertama seramai 3.7 juta isi rumah yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40.

Kumpulan kedua pula seramai 3.8 juta kumpulan bujang B40 sebanyak RM500. Kumpulan ketiga seramai 1.4juta isi rumah M40 sebanyak RM600. 

Manakala kumpulan ke empat seramai 1.7 juta kumpulan M40 yang layak akan menerima sebanyak RM300.
  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat secara dua kali ansuran iaitu pada hujung bulan depan (Oktober 2020) dan selebihnya akan dibayar pada bulan Januari 2021.

Sebagai contoh, golongan B40 akan menerima RM700 pada bulan Oktober 2020 dan RM300 lagi akan diterima pada Januari 2021.

Untuk BPN 2.0, tidak perlu buat sebarang permohonan. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada mereka yang layak dan lulus BPN 1.0 sebelum ini.

Moratorium pun akan tamat 30 September ni. Dengan bantuan yang ada bolehlah buat tambah sikit untuk bayar kereta atau bil bil yang tertunggak. Sedikit sebanyak meringankan beban juga. Bersyukurlah jika layak terima.

sumber : hmetro.com.my



14 comments

  1. Replies
    1. Syukur alhamdulillah. Takpa, nanti akan diketahui juga kalau ramai yang share atau boleh tengok semula :)

      Delete
  2. Alhamdulillah..semoga dapat membantu rakyat..

    ReplyDelete
  3. semoga yang ambil moratorium bersedia untuk bayar semula macam biasa ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.