Nanas Goreng Rangup

Wednesday, July 15, 2020

Setelah sekian lama perap resepi nanas goreng viral tu, akhirnya baru dapat cuba buat sendiri nanas goreng rangup ni. Lebihan nanas masak udang masak lemak cili api tu, dapatlah buat nanas goreng sikit. 

Nak juga rasa nanas goreng yang katanya sedap juga. Gigihlah buat sendiri. Nak beli pun kat mana pulak nak beli kan. Nanas pun ada, why not buat sendiri je. Lagipun tak susah mana, Fiza guna cara paling mudah nak buat nanas goreng yang confirm rangup.

Tapi kan...

Nanas ni spoil sikit. Rasa dia masam sikit. Tak silap Fiza beli nanas MD2 kat Ayer Hitam haritu. Biasa beli rasa dia okay je. Tak ada rezeki dapat yang manis. Ke silap buah nanas tak tahu lah tu. 


Masam sikit je lah tak terlalu masam. Kerangupan nanas goreng ni buat lupa kejap rasa masam tu. Kalau dapat yang manis memang sedap lah cerita dia. Macam Fiza cakap dalam entry yang lepas kalau nak mudah dan cepat, bancuh je tepung goreng pisang yang ready made tu je.

Bancuh, celup dan goreng macam biasa. Tapi kalau tak ada tepung goreng pisang ready made tu, boleh je buat bancuhan tepung yang rangup. 

Bahan-bahan

Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu


Cara penyediaan

Satukan semua bahan dan bancuh rata. Sukatan tepung ikut berapa banyak nanas nak digoreng. Sukatan serbuk kunyit sikit 1/2 sudu camca okay dah nak bagi warna kuning nampak menarik sikit.


Garam tu secubit pun dah cukup dah buat perasa. Nanas pun dah ada rasa kan. Berapa banyak air bergantung berapa banyak tepung yang digunakan. Bancuh adunan jangan terlalu cair sangat. Nanti tak melekat pada nanas.

Dah siap bancuhan, celup nanas dalam bancuhan dan goreng kan dalam minyak panas. Bila dah warna kekuningan angkat dan toskan untuk kurangkan minyak melekat pada nanas.


Kalau kau orang guna nanas manis mungkin rasa tu tak mengecewakan. Rasa dia Fiza rasa okay je cuma nanas masam sikit je lah. Tapi lagi sedap cempedak goreng kot. Manis cempedak goreng memang tak boleh lawan lah.


22 comments

  1. Haritu kawan share gak, goreng guna tepung bestari...eee apa rasanya ek..nanti lerr nak cuba..

    ReplyDelete
  2. ramai dah orang cuba kan... akak aritu ada nenas bawak dari kampung tapi tak dan nak buat je

    ReplyDelete
  3. Guna tepung gandum rupanya.. Ingatkan tepung beras. Biasanya akak buat goreng pisang pun guna tepung beras . letak tepung gandum 1 sudu je..

    Sini pun kalau beli nanas dapat yang masam je Fiza. Susah nak dapat yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung gandum mostly semua ada di rumah. kalau ada tepung beras boleh guna tepung beras lebih sikit.
      itulah kan, nanas yang biasa beli tu jarang dapat yang manis. Kalau ada yang manis bolehlah buat

      Delete
  4. Boleh try lepas ni. sebelum ni ada pernah tengok orang buat, tapi kami xpernah try lagi

    ReplyDelete
  5. Ada lagi sebiji nenas beli dari Pontian tempohari. Kalau ada kerajinan nak juga try :)

    ReplyDelete
  6. woww ni versi rangup tapi masam. macam sedap ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sedap juga macam ni sesekali. nanti ada yang manis boleh rasa yang manis pulak kan :)

      Delete
  7. a'ah kan kalo nanas masam mcm kureng skit la..
    dpt yg manis baru layan..
    boleh try buat jgk ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau manis laju sikit nak habis. selamat mencuba.

      Delete
  8. Dengarnya sedap nanas goreng ni, tapi belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  9. hahaa..shida dah cuba buat fiza :)
    nanas kena potong nipis skit mcm keledek grg
    baru sedap mknnya..salut byk2 tepung hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh kena nipis lagi eh..okay, nanti dapat nanas manis nak cuba potong nipis lagi

      Delete
  10. serius ni pestime tau akak tau nenas boleh goreng..nampak fiza post kat IG tu da kagum nengok...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.