Asplenium Variegated, Pokok Paku Langsuir Berurat Daun Yang Cantik

Saturday, July 18, 2020

Uisshhh langsuir? Menakutkan! Ye, betul nama dia pokok paku langsuir. Siapa je yang tak seram bila dengar atau baca perkataan langsuir tu. Auto seram! Pokok paku langsuir ni sebenarnya ada banyak nama. 

Ada orang panggil pokok tanduk rusa, pokok tanduk kijang, pokok sakat, pokok daun semun, bird nest fern, pokok fern dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak nama tu orang lebih familiar dengan nama pokok tumpang dan paling familiar dengan pokok paku langsuir lah.

Di Indonesia pulak lebih popular dengan nama pokok paku lansguyar/langsuyar plant. Langsuyar tu adalah langsuir. Nak tahu cerita tak kenapa di panggil dengan nama pokok paku langsuir?

Alkisah pokok paku langsuir 

Nak dijadikan cerita. Pokok ni asalnya tumbuh liar di hutan. Tumbuh dan hidup menumpang kat pokok pokok besar dalam hutan tu. Dalam pada itu, ada juga kepercayaan orang dulu mengatakan pokok ni didiami makhluk yang bernama langsuir.

Credit : google

Disebabkan pokok paku ni tumpang hidup kat pokok besar, maka mudahlah si langsuir ni nak bertenggek sambil mengilai dan ketawa terbahak-bahak. Kira tumpang sekaki lah ni? Ada juga yang kata pokok paku ni tempat langsuir bergayut. Dok terpaku je kat situ agaknya macam di paku.

Mungkin disitu lah bermulanya pokok tersebut di panggil dengan nama pokok paku langsuir. Atau mungkin juga ada yang pernah ternampak atau terserempak semasa melalui pokok tu. Cerita ini mitos dan kepercayaan orang dulu. Wa'allahualam.

Okay, buang jauh-jauh kisah yang agak seram tu. Kita move on ke zaman moden, nama pun berubah  menjadi pokok paku sarang burung.

Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.

Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.

Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.

Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Kalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi  untuk hidup sihat dan subur.

Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.

Cara Pembiakan Pokok Paku Langsuir

Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok. 

Asplenium Variegated

Panjang betul cerita tentang pokok paku langsuir ni. Padahal nak cerita tentang pokok Asplenium Variegated je sebenarnya. Dah lama beli belum sempat repot. Pasu tak beli lagi. Suka tengok pattern urat daun pokok paku langsuir ni. Jenis variegated yang berbeza warna selang seli warna putih dan hijau.



Variegated ni lebih cantik sikit lah daripada Asplenium Nidus yang biasa tu. Tapi kedua-duanya pun cantik untuk hiasan landskap, balkoni dan hiasan luar rumah. Rupa yang unik dan jarang ditemui. Dekat nursery pun tak banyak yang ada.

Kalau ada mungkin harganya agak mahal mengikut saiz. Fiza beli yang mini je, Pasu kecil murahlah sikit. RM10 kalau tak silap Fiza. Beli di Seremban Landscape & Nursery. Kebetulan kot masa tu ada stok. Sebelum ni tak pernah nampak. Jenis pokok paku/asplenium jenis mudah jaga takpe. Kalau buat hiasan gantung cantik ni kan.



Terkejut juga ada yang berharga sampai RM150 sepokok di shopee. Setanding rupanya lah, pokok besar dan rimbun. Ingatkan pokok yang tak berapa nak dipandang ni murah, boleh tahan juga ye. Mungkin sebab value 'rare' dan liar tu kot. Susah nak dapat.



12 comments

  1. Dulu2 kak pokok getah tua di kebun wak banyak pokok ni.

    ReplyDelete
  2. kami panggil paku pandan.. pernah masa arwah ayah ada lagi, dia suka kumpul dan bela di rumah kampung.. cantik2 segar je daunnya. Tapi kami sorang pon adik beradik tak ngikut minat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panggil paku pandan pun ada ye. betul betul banyak nama panggilan pokok ni. minat masing masing kan. kalau kumpul dan jaga elok memang cantik buat hiasan.

      Delete
  3. Sedap sedikit pokok paku sarang burung.
    Nasib baik Fiza dapat beli pokok Aspleneum Variegated.

    ReplyDelete
  4. Cantik pokok ni.tapi kalau harga mahal mcm tu, Tak berbaloi nak beli pula kan. Cekik darah org yg menjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau harga mahal memang tidaklah nak membelinya kak.

      Delete
  5. nampak cantik jugak yang fiza beli tu...

    tu lah, ramai cakap pokok tu nama gitu sebab ada langsuir bergayut..huhu..tak tahu la betul ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang langsuir bergayut tu pernah dengar jugak. seram dengar. huhu

      Delete
  6. amboi nama scientific diorng kemain bebelit nak nyebut nama..
    senang ppokok langsuir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut ada yang seram dengan nama langsuir tu.panggil nama lain baru cam best sikit gitu. hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.