Apalah Abah Nak Pesan Tu Agaknya

Monday, July 27, 2020

Berdebar debar menantikan Pengumuman Khas YAB Perdana Menteri (PM) Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin hari ni. Apalah abah nak pesan lagi tu agaknya kan. Melekat terus gelaran abah yang diberikan pada PM. Caranya berpesan santai macam abah pesan anak-anaknya. 

Senang mendengar ucapan dan pesanan seorang abah. Tapi! Debaran tu lain macam je. Tak sabar nak tunggu pun ada. Ada yang kata pengumuman khas Perdana Menteri hari ni nak umumkan samada boleh balik raya haji ke tidak. 

Alahaiii, kalau tak boleh balik beraya di kampung lagi. Beraya berair mata lagi lah kita.
Credit image : The Third Force

Harap-harap lah dibenarkan balik beraya di kampung macam PKP Bersyarat tu. At least boleh juga rentas negeri balik kampung. Jangan tiba-tiba PKP 2 sudahlah. PKP Pemulihan pun tak habis lagi ni. 

Macam-macam yang menjadi tanya tanya. Semua ni sebab pertambahan kes baru positif Covid-19 makin rancak dari hari kehari. Dengan adanya kluster baru, ramai tak ikut SOP. 

Makin buat risau. Harap jugalah tak ada gelombang kedua. Risau betul. Kalau betullah PKP semula, tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Banyak benda yang kena difikirkan semula. Budak budak pun dah mula bersekolah semula.

Mungkin kita tak akan terkejut jika PKP di adakan semula sebab kes pun makin meningkat. Terpaksa lah kita akur juga daripada menyesal dikemudian hari kalau kes naik mendadak. Disebabkan kedegilan orang yang tak bertanggungjawab, orang lain jadi mangsa. Sedih betul.

Sama-samalah kita nantikan apa yang abah nak pesan lagi tu. Sejak minggu lepas rasa banyak betul berita yang tak sedap di dengar. Mana satu nak hadam entah. Lepas satu, satu lagi berita yang viral eh. 

Kes Sugu, kes Alya, hari ni kes budak umur 14 tahun pulak. Bawang rangers tak penat ke tu? Macam-macam kan! Kita duk tepi perati je. 

Marilah kita sibukkan diri dengan jaga SOP kalau keluar rumah tu. Bila kes naik semula ni, terpaksa lah kita duduk rumah buat sementara waktu. Stay safe! Nak keluar shopping pun jadi malas dah. Tapi dalam hati ni meronta ronta nak keluar. Sabar puan, sabar.


24 comments

  1. tlg keluarkan perintah PKP kat kawasan yg ramai pesakit je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. skang menular kat kedah pulak dah. aduhaiii

      Delete
  2. harap2 dapatlah balik kpg raya haji ni...tiket dah beli..huhu..

    ReplyDelete
  3. Risau juga di Kuching hari2 ada kes :(

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. itulah kan Lea, makin banyak pulak kluster baru dan kes baru. aduhaii

      Delete
  5. akak banyak terlepas cerita2 viral kat sosial media sekarang ni. Sibuk sebenarnya dengan hal sendiri. Tak tahu la sibuk apa.. Yang pasti sibuk dengan blog dan urusan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam viral sekarang ni kak. takpe, sibuk hal sendiri je lebih baik kak :)

      Delete
  6. Hope kes covid menurun semula. InsyaAllah. Aamin

    ReplyDelete
  7. tiada sekatan lega dgr..baru berhasrat nk pulg ke kg suami..isu gosip2 tu xleh nk kate ape dah ..mcm2 hal lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat juga beraya kat kampung kan shida

      Delete
  8. tak sabar dah nak balik raya.... tapi tulah risau jugak kan, sop kene ikut lah...pelitup muka memang dah standy semua dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting ikut sop dan pakai mask tu. moga dijauhkan dari covid-19. aamin

      Delete
  9. Bila Abah dah umum boleh balik raya Haji barulah lega tapi mesti ikut SOP ya

    ReplyDelete
  10. ahaha bila dia announce nak buat pengumuman tu..
    haih seram terasa tiba2.. apala dia nak cakap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya ada, tapi menteri lain pulak yang umumkan.takpe, syukur boleh balik kampung

      Delete
  11. alhamdulillah takde sekatan balik kampung hari tu..

    ReplyDelete
  12. Sekali pandang, sian tengok wajah letih abah.
    Dua kali pandang, didoakan moga abah sentiasa sihat dan bertenaga dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negara yang semakin mencara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pemimpin dan frontliner dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. aaminn

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.