Resepi Kuih Semperit Kastard. Lahhh, Senang Je Rupanya Nak Buat Pun!

Monday, June 15, 2020

Kuih Semperit kastard ni bukan Fiza buat. Bagitau sesiap, nanti kang ada yang komen pandai Fiza buat kuih semperit. Kalau ada yang komen gitu nampak sangat tak membacanya pun. Haha..berhati-hati jangan sampai kantoi. Hahaha...

Boleh tak nak cakap, baru tahu ada kuih semperit kastard. Betapa noob je alahaii. Berapa tahun dah beraya baru tahu ada kuih semperit kastard? Ke selama ni pernah makan tapi tak tahu. Iyelah kan, beraya rumah orang mana ada label nama-nama kuih. 


Kalau ada, memang rare lah tuan rumah label nama kuih dekat bekas kuih raya. Melainkan dia hidang guna packaging asal siap berlabel (kalau beli). Fiza baru tahu sebab baru tahun ni lah terjebak beli kuih raya (jenis biskut) sendiri. Sumpah tak tipu!

Selama ni jenis tak berapa buat kuih raya sangat. Buat kerepek pisang dan cookies mana yang mudah macam cornflakes cookies, cornflakes madu, popiah nestum tu je. Itupun kuantiti sedikit. Tak buat banyak sebab raya balik kampung dan weekend pun jarang ada rumah pergi beraya atau balik kampung.

So bila orang nak datang, tak ada orang kat rumah macam tu. Kuih yang buat tu pun bawa balik kampung. Cuma tinggal sikit untuk kat rumah sendiri. Kot kot ada tetamu datang tetiba kan. 

Sesungguhnya Fiza tak pernah cuba buat kuih semperit. Kuih semperit kastard apatah lagi. Jenis orang boleh masak lauk pauk je. Kuih muih masih di tahap membimbangkan. Risau betul kalau buat nanti termasuk dalam kategori 'masak apa tak jadi harini'.

Dia punya fobia nak membuat kuih dan kek-kek tu masih terasa lagi. Ajak husband pergi Mydin nak beli kuih raya. Sebenarnya nak cari tart nanas. Dia punya teringin tak boleh bawak bincang. 

Dah masuk Mydin, mata sibuk mencari kuih tart. Berakhir dengan kehampaan sebab kuih tart yang dicari satu pun tak ada! Siapalah yang memborang kuih tart entah.

Takpe! Cari kuih lain. Nampak kuih semperit. Kuih favourite juga ni sebab suka jenis semperit rangup. Beli lah kuih semperit. Masa tu tak baca label lagi. Ni jenis main ambik je. Musim PKP kan, kena cepat membeli grab apa yang depan mata walaupun masuk Mydin tak ada had waktu boleh masuk berapa lama. 


Mungkin sebab kamiorang pergi masa sejam lebih lagi nak tutup. Tak ada orang sangat. Tapi Mydin nak tutup dah kot. Nak berlama-lama kenapa pulak kan.

Cerita dia, balik rumah nak makan baru baca label 'Kuih Semperit Kastard'. Kastard? Sejak bila semperit ada kastard? Nasib kau lah Fiza oii tak tahu nama kuih ni dah upgrade taraf kluster kayangan kastard.

Sekali rasa, sedap oiiii! Hilang terus persepsi Fiza terhadap kuih beli tunjuk-tunjuk ni. Dulu selalu fikir kuih beli-beli kat luar ni macam kurang sedap sebab buat dari kilang kan. Yang homemade lagi sedap. Itu memang tak dapat dinafikan lah.

Rupanya sedap juga kuih beli ni. Mungkin tak semua lah. Kira boleh recommend lah untuk kau orang beli kuih Semperit Kastard kat Mydin tu. Kira sedap lah ikut citarasa Fiza. Kuih lain tak pasti sedap ke tidak.

Boleh je nak beli kalau nak cuba rasa. Harga pun tak mahal sangat. Seingat Fiza RM14.15 untuk sebekas macam ni. Kira berbaloi jugalah. Mungkin juga sebab lepas raya dia jual murah.


Dah tahu ada kuih semperit kastard, terus google resepi semperit kastard. Tengok dekat youtube buat orang lapo. Lahhh, senang je rupanya nak buat pun!

Resepi Biskut Semperit | Semperit Dahlia

Bahan-Bahan  
250gm Mentega
150gm Gula Aising
1 Telur Kuning
1 sk Esen Vanila
250gm Tepung Cookies
150gm Tepung Kastad
30gm Tepung Jagung Hiasan
Gula
Urai Coklat
Urai Ceri
Ingredients  
250gm Butter 
150gm Icing Sugar 
1 Egg Yolk 
1 tsp Vanilla Essence 
250gm Cookies Flour 
150gm Custard Flour 
30gm Corn Flour

Decoration :
Sprinkles
Chocolate Rice
Cherry


Nak lebih mudah membuatnya, boleh tengok video resepi biskut semperit dari youtube buat orang lapo. Bila tengok resepi ni rasa macam nak cuba buat. Cari bahan-bahan dululah ye. Selamat mencuba.

Credit : Buat Orang Lapo


15 comments

  1. Haha saya lagi kasihan, Fiza tulis pasal kuih samperit kastard baru tahu kewujudannya. Samalah tak tahu beza yang biasa dengan kastard ni kalau tengok dari luaran. Mungkin pernah makan.

    ReplyDelete
  2. sy pon dulu terfikir yg kuih tnjuk2 ni sbnrnya xsedap..
    tp bila try mkn kuih yg jual kat mydin persepsi sy terhadap kuih tnjuk2 ni berubah.. hahaha..

    bg sy plak kalo bentuk mcm semperit tu semperit jela xde plak nk tau kastard ke bkn.. febret sy jgk semperit ni..

    bila dh tau psl semperit kastard ni teringin jgk nk try mkn.. mcm kene cari je ni.. haha

    ReplyDelete
  3. Sejak kanak2 lagi kakak akan buat kuih semperit atau dahlia ni utk raya. Cuma skrg ia dibayangi oleh kuih2 moden yg lain.

    ReplyDelete
  4. Dah ada semperit kastard ek sekarang.. boleh cuba nanti ni...

    ReplyDelete
  5. Kak pip pula x tahu kuih semperit ada versi lain melainkan semperit kastard psal mmg dari dulu kalau buat semperit, wajib ada kastard.

    ReplyDelete
  6. pernah juga beli kuih semperit kat mydin..memang kalau dapat yang sedap, berbaloi beli biskut kann..

    ReplyDelete
  7. Semperit kastard sebab ada guna tepung kastard kan? Hihi.
    Btw, Sha pernah juga try buat semperit. Tapi semperit bungalah. Yg versi panjang macam ni asyiklah patah manjang. Give up betul masa tu 😅

    ReplyDelete
  8. Takpe next year kena cuba juga buat kuih sendiri ^_^

    ReplyDelete
  9. ini kuih wajib makan klu gi raya rumah org haha

    ReplyDelete
  10. tambah kastard plak dah... tapi kuih samperit mmg faveret..

    ReplyDelete
  11. Favorite kuih semperit tiap tahun beli dengan office mate tapi tahun ni dia tak jual pulak sebab PKP katanya.
    Wah nanti gi Mydin bolehlah cari ni

    ReplyDelete
  12. terasa kat tekak ni. sedap dan cair dlm mulut uhuiii

    ReplyDelete
  13. dah ada resepi boleh cuba buat ni... semperit kueh legen

    ReplyDelete
  14. sedap kuih ni, suka makan ja tapi tak suka buat sebab selalunya tak jadi. Nanti nak cuba resepi yang ni pula. Terima kasih yer kongsi.

    ReplyDelete
  15. Nurul pun ade persepsi kuih tunjuk-tunjuk yang buat dekat kilang ni tak sedap. Sampai sekarang pun tak pernah beli. Lepas tu semperit pun tak tahu resepi, ape tah lagi nak bezakan semperit biasa dengan semperit kastad hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.