Resepi Biskut Cornflakes Rangup Mudah Ya Amat! Gerenti jadi.

Dok terfikir nak buat kuih raya apa ye? Kuih raya apa yang paling mudah dan gerenti jadi? Biskut cornflakes ranguplah mudah ya amat! Tak perlu beria nak menyediakan dan bahan-bahan pun tak lah banyak mana. Selain cornflakes madu yang memang mudah nak buat, biskut cornflakes juga mudah nak buat. Apa yang penting, kena rajin lah. Kalau malas, memang tak menjadi lah kuih dan biskut raya kau orang tu haa.


RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP MUDAH

Bahan-Bahan
250g Buttercup ( Fiza guna pure buttercup Emborg-Cook & bake buttery)
1 Cawan gula aicing
1 penutup botol esen vanilla
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes (Bergantung nak guna banyak mana, Fiza guna separuh kotak jumbo cornflakes)
*cornflakes diramas kasar.


Cara-Cara
1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula aicing dan esen vanilla. Gaul sebati dengan menggunakan senduk.



2. Dah agak sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati semua adunan.
3. Last sekali masukkan cornflakes yang dah diramas kasar tadi dan kacau sebati adunan.

Okay adunan siap, part membakar pula
1. Panaskan oven suhu 160’c dalam masa 10 minit.
2. Sapu loyang dengan butter terlebih dahulu.
3. Dengan menggunakan sudu, letakkan adunan dalam saiz kecil sebesar sudu atas loyang. Pastikan ada jarak antara setiap biskut supaya tak melekat sebab biskut akan mengembang sikit.
4. Bila oven dah siap dipanaskan, bakar biskut cornflakes dalam masa 20-25minit pada suhu 160’c.


5. Dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk. Kemudian letak/simpan dalam bekas kedap udara.

Note : Kalau nak biskut tu lagi cantik, hiaslah dengan chocolate rice ke, choco chip ke, buah ceri ke, almond nibs ke. Ikut lah bajet masing-masing. biskut cornflakes kosong macam ni pun dah okay dah. Jadilah buat acah-acah rajin untuk persiapan raya. Hihi.

Mudah ya amat bukan? Silalah cuba. Tapi nak buat biskut kuih raya ni buat malam-malam lah. Kalau siang hari memang kena sabar lebih dengan dugaan. Bau kuih raya ni harum mewangi kalau dalam proses membakar tu. Kalau masak malam-malam tu boleh juga lah merasa sebiji dua. Entah-entah sebalang boleh habis belum sempat simpan raya. Kan?

Jom pulun buat biskut raya. Last minit preparation ni baru meriah gitu.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.