Mini Parlour Palm Indoor Plants

Friday, June 19, 2020

Selamat pagi! Salam jumaat. Harini dah 27 Syawal. Tinggal dua hari je lagi nak merayakan Syawal. Sempatlah raya di kampung sehari hujung Syawal ni. Hari ni dah berkuatkuasa juga boleh sembahyang jumaat di masjid. Tapi tak semua tempat. Ada yang kena apply kedatangan melalui online. Walk in pun boleh kalau belum cukup had.

Pagi ni nak share cerita house plant lah. Rasa macam tak ada idea nak update apa dalam blog ni. Cerita apa yang best nak dikongsikan kat blog ye?. Nak update resepi, asyik masak menu yang sama je. Tak kan nak update resepi yang sama.

Baru-baru ni ada terbaca pokok viral which is pokok lidah mertua tu membahayakan kesihatan jika ditanam di dalam rumah. Kalau kau orang jenis baca tajuk je memang kau orang akan set terus dalam kepala pokok lidah mertua tu bahaya ditanam. 

Sila cari fakta dan rajinkan membaca. Jangan salah anggap. Biasalah letak tajuk nak gempak. Tajuk gempak tapi orang tak baca content tak bagus juga. Lain kali baca dulu

Ini apa yang Fiza baca daripada buzzkini.com
Seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim yang juga Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, meluahkan rasa bimbangnya dengan trend semasa yang menyimpan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata ini di dalam rumah lebih-lebih lagi didalam pasu berisi tanah kerana boleh membiakkan mikroorganisma.
Menurutnya ini kerana tanah merupakan lokasi kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” jelasnya
Namun menurut Dr Fatimah, terdapat alternatif lain bagi menggantikan tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah seperti tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.

Jadi, faham dah kan. Yang tanam di luar tu tak ada masalah. Cuma yang tanam dalam rumah tu kena ambil peduli sikit. 

Kebanyakkannya indoor plants Fiza guna kaedah letak dalam air atau guna crystal gel je. Cuma ada beberapa je guna tanah. Itupun tanah jenis yang kurang serap air macam sabut kelapa tu lah. Trend trend juga tapi  kena tahu juga tu mana boleh mana tidak.

Well, dah boleh move on dengan pokok lidah mertua tu. Nak share pokok mini parlour palm, satu lagi indoor plant yang menarik. Biasa orang panggil pokok buluh ke ek? Tak pastilah parlour palm ni sama ke tidak dengan areca palm.

Pokok-pokok ni bukan ada satu nama. Bermacam-macam nama ada kan. Itu yang  buat confuse tu. Pokok ni tak ada dalam senarai houseplant yang Fiza suka cuma entah kenapa masa pergi IKEA awal tahun hari tu sebelum PKP, tertarik pulak dengan Pokok Parlour Palm ni.

Mungkin sebab tengok harga dia macam murah sikit kot. Tu yang beli tu. Golden pothos ikea yang Fiza beli berjaya hidup bertahun-tahun sampai repot banyak pasu dah. Dracaena ikea kecundang tak panjang umur. Tak tahu sebab apa.

Kalau beli pokok kat IKEA tak tahu lah kenapa umur dia tak panjang. So far beli ikea palms ni okay pulak dia dah berbulan elok hidupnya letak dalam rumah. Fiza beli yang mini je lah nak cuba tanam kat rumah sesuai ke tidak. Yang large parlour palm tu rasa macam harga tak termasuk dalam bajet. So lupakan je yang large tu.


CHAMAEDOREA ELEGANS

Chamaedorea elegans, the neanthe bella palm or parlour palm, is a species of small palm tree native to the rainforests in Southern Mexico and Guatemala.The parlor palm is one of the most heavily sold houseplant palms in the world.-wikipedia



Harga untuk mini Parlour Palm ni RM8.90. Kira murah jugalah untuk sepasu pokok yang cantik ni. Dengar kata banyak pokok sold out kat IKEA. Betul ke? Penangan hobi baru rakyat Malaysia. Semua habis pakat beli pokok.

Elok jugalah rajin menanam pokok ni. Tenang sikit mata memandang pepokok hijau. Kat bandar ni kalau orang tak tanam pokok, tak dapatlah tengok hutan hijau. Hutan batu je banyak. Lagipun okaylah tanam pokok ni boleh produce more oksigen. Hidup kita kan saling berkait dan memerlukan. Tak gitu?

Parlour Palm Care

Perlu di siram dengan secara sederhana. Tak lebih dan tak kurang air. Sesuai untuk hiasan dalam rumah dan diletakkan pada tempat yang mempunyai cahaya. Elakkan letak di tempat yang direct sunlight.

Macam Fiza, letak je dalam bekas kaca berisi crystal gel ni. Air letak sikit je. Agak-agak crystal gel dah mengecil. Tambah air bagi kembang dan kurangkan air. Mudah je macam ni. Tak perlu nak siram hari hari.



Okay jugalah beli pokok yang boleh tanam dalam tanah dan secara hydroponik. Untuk tak pakar menanam guna tanah ni, boleh lah tiru kaedah hydroponik ni. Sesuai lah kot untuk newbie macam Fiza. Dulu heran orang suka tanam pokok. Now, dah terjebak baru faham feeling dia macamana.




9 comments

  1. Tempat saya masih mengehadkan 250 jemaah.. kalau ruangan rumah luas, sesuai tanam pokok dalam rumah

    ReplyDelete
  2. Mrs. A seronok tengok rakan-rakan blogger up-date kisah pokok-pokok depa.
    Mrs. A kalau tanam tak menjadi. Dah beberapa kali mak sedara bagi benih pokok kunyit, pokok kari time dapat elok subur menghijau sampai kat tangan Mrs. A seminggu dah bertukar kuning melayu hahahaa....

    ReplyDelete
  3. Pokok bunga ini memang cantik. Kami ada beberapa pasu besar bunga ini. Encik Suami letak dekat pintu dapur.

    ReplyDelete
  4. kretif fiza dalam tanaman nih, nampak fiza suka dgn tanaman ye. Shida ni x bkesempatan fiza..yg betul2 ada kat depan rumah tu tanaman daun kunyit hahaha ^_^

    rakyat malaysia ni rajin sejak2 PKP kot hahaa..sampai habis semua pokok viral depa beli.. pastu pokok snake plant plak dah..shida baru nk beli buat tanaman bagi seri rumah :)

    ReplyDelete
  5. suka dengan idea Fiza. tanam pokok dalam rumah secara hidroponik... selamat

    ReplyDelete
  6. Betullah Fiza, ramai start hobi tanam pokok masa pkp.

    ReplyDelete
  7. Kena baca penerangan je terlebih dahulu barulah dapat keseluruhan ceritakan Fiza..

    ReplyDelete
  8. Di sini juga banyak yang jadi hobi bertanam, dan menjadikan harga tanaman jadi mahal, padahal dulu bahkan jarang dilirik orang, sekarang pada rebutan.
    Saya memilih tanam cabai saja, hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.